Semua orang tentu akan menyukai lelaki yang rapi, bersih, tampan dan berduit. Memang lengkap dah ciri-ciri yng dimahukan. Dan ya, itulah lumrah setiap insan yang bergelar wanita. Tapi hati-hati jangan kerana terlalu inginkan kesempurnaan sehingga kita lupa akan kesengsaraan di penghujungnya nanti.
Betapapun seorang wanita itu mempunyai kemampuan dan kemahuan yang tinggi, memiliki kemahiran serta percaya terhadap diri sendiri namun pada hakikatnya, ia masih ingin mencari perlindungan dengan seorang lelaki.
Jika keinginan mencari perlindungan itu datangnya dari wanita, namun selalunya ia merahsiakannya. Seandainya hajatnya tercapai, ia mengharapkan layanan yang lemah lembut dan amat mengharapkan perlindungan dari lelaki yang bertanggungjawab.
Sifat lemah lembut dan tegas ini harus dimiliki oleh lelaki kerana setiap isteri mengharapkan suaminya mampu menjadi pemimpin dalam rumah tangga yang dibina. Sifat tegas dan lemah lembut ini biarlah kena pada tempatnya.
DULU MUNGKIN KAMU SUKA PADA YANG TAMPAN, TAPI SETELAH DISAKITI KAMU AKAN SEDAR BAHAWA YANG SEHARUSNYA DICARI ITU ADALAH YANG BAIK.
PENYESALAN MEMANG AKAN DATANG DI KEMUDIAN HARI, MAKA PASTIKAN KAMU TIDAK PERNAH SALAH DALAM MEMILIH.
Maka untukmu yang masih mencari, jangan sampai terburu-buru dalam mengenali seseorang, kerana kamu perlukan waktu untuk mengenali siapa yang akan hidup semati bersamamu nanti.
Pastikan kamu tidak pernah salah dalam memilih, tidak pernah salah dalam mencintai, dan tidak pernah salah dalam memutuskan.
Carilah yang mempunyai agama, yang beriman, yang mampu berkomitmen, agar sampai bila pun kamu merasakan ketenangan yang hakiki.
Maka berhati-hatilah dalam memilih pasangan. Jangan sampai kamu merasa menyesal di kemudian hari, kerana salah memilih pasangan hidup itu, kamu pasti akan menyesal. So see well who really can make you better latter.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI