Sagu gula melaka merupakan antara menu yang popular sepanjang PKP berlangsung. Di mana-mana sahaja pasti kita akan nampak ahli keluarga atau rakan-rakan sedang memasak sagu gula melaka.
Tidak dapat dinafikan, sagu gula melaka memang enak dimakan. Lebih-lebih lagi jika dimakan bersama keluarga. Tetapi, satu perkara yang sering terjadi bila buat sagu gula melaka ini adalah biji sagu melekat antara satu sama lain.
Jom kita cuba resipi yang dikongsi oleh Nur Aqilah Jufri di mana beliau telah berkongsi tip untuk memastikan biji sagu dapat dimasak sebiji-sebiji dan tidak melekat. Jom baca perkongsiannya.
Ads
Resepi Sagu Gula Melaka
Bahan-bahan:
Sagu
Pewarna
1 tin susu cair (pakai santan boleh, pakai susu segar pun boleh cume rasa lain-lain )
2 sudu gula Melaka
1 ketul gula merah
1 helai daun pandan (tak ada pun tak apa)
Secubit garam
1/2 air
Isi jagung (tak ada pun tak apa)
Ads
Cara-cara:
1. Masak sagu sehingga kembang (jadi clear).
2. Cuci sagu dan letak pewarna & biarkan selama 20 minit & selepas tu cuci lalu bawah air paip je supaya susu tidak bewarna.
3. Untuk kuah, masukkan susu cair, air (saya sukat pakai tin susu cair tu juga), gula merah, gula Melaka, daun pandan, jagung & garam.
4. Biarkan masak seketika.
5. Akhir sekali campurkan kuah susu & sagu tu.
Ads
TIPS SAGU
– Pastikan air betul-betul mengelegak baru masukkan sagu, kalau tidak nanti hancur dan hilang.
– Jangan basuh sagu, kalau basuh nanti hancur.
– Kacau setiap 5 minit supaya sagu tidak berketul.
– Cuci sagu pada air paip & masukkan ke dalam bekas berisi air paip supaya tidak melekat.
– Selepas warna, biarkan dalam 20 minit supaya warna melekat & cuci kembali sagu selepas itu supaya kuah susu tidak bewarna.
– Pastikan penapis dicuci selepas tos sagu, kalau tidak nanti sagu melekat dekat penapis.
Undang-undang bila jadi isteri orang, perempuan melawa biar bersyarat! Tak berdosa tetapi ikut lah syariat. Tidak melebih dan jadi menjadi tarikan orang luar.
Bukan melawa dengan mekap tebal, bukan melawa dengan bau wangian yang menusuk hidung dan bukan melawa dengan pemakaian yang menarik perhatian.
Nak lebih jelas, jemput baca perkongsian saudara Firdaus Syakirin ini…
Syarat Untuk Perempuan Melawa
Orang perempuan melawa, tak boleh sampai jadi tarikan, jadi tumpuan.
Kalau melawa sampai menarik pandangan ajnabi lain, maka melawa camni tak boleh dalam islam.
Sebab melawa orang perempuan especially yang dah berkahwin ni, kena untuk suami. Kalau untuk suami, kau rendam muka semalaman dalam tepung pun tak apa. Dan kalau untuk suami, kau rendam badan dalam softlan pun tak apa.
Yang itu boleh, yang tak boleh, ketika keluar dari rumah, melawa untuk orang luar.
Tapi zaman sekarang, kalau kita tegur bab melawa, kita ini ketinggalan zaman, tak up-to-date, dan mungkin dicop kolot.
Tak apalah nak kata apa pun, yang mampu untuk jaga, alhamdulillah dan tahniah. Sekurang-kurangnya kita sudah setel untuk diri kita.
Selebihnya, kita doa orang lain pun mampu jaga cara melawa depa ikut syariat yang telah ditetapkan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini pelakon Zarina Zainuddin menyelar segelintir wanita muda yang kemaruk kahwin suami orang sehingga sanggup memusnahkan rumah tangga orang.
Bak kata pepatah, sanggup membina bahagia atas penderitaan orang lain itu sepatutnya, elakkan lah. Walaupun memegang status isteri kedua, namun pemilik nama penuh Nur Zarina Mohd Zainuddin, 54,menasihati agar golongan wanita muda mempertimbangkan keputusan memilih bernikah dengan suami orang kerana akan digelar penyondol sampai ke tua.
Nasihat Zarina Zainuddin Buat Wanita Muda
“Ingat ya, tak senang kahwin dengan suami orang. Jadi isteri nombor dua otak kena kuat dan kalau iman tak cukup, tidak payah! Jadi orang gila di rumah nanti.
“Carilah lelaki bujang, tak payah nak peningkan kepala. Sampai ke tua orang akan kata kau penyondol,” katanya dalam video Instagram semalam.
Dalam video sama, dia turut berasa kurang senang melihat ramai wanita yang masih muda ‘kemaruk’ berkahwin dengan suami orang sedangkan tidak menjaminkan kehidupan yang mewah pun.
“Sakit hati lihat semua yang cantik dan muda hendak sangat kawin dengan suami orang kemudian jadi ala-ala wanita simpanan di rumah sebab suami takut isteri pertama mengamuk.
“Kalau boleh tak payahlah, jika hidup mewah lain cerita tetapi kalau kau pun bekerja mencari duit, memang sayang.
“Baik bercerai ketika usia muda sebelum usia tua yang ketika itu hendak berpisah pun tiada faedah,” katanya lagi.
Caranya Berbeza Walau Status Isteri Kedua
Sementara itu, Zarina berkata, situasinya ketika bernikah dengan suaminya dan menjadi isteri kedua adalah berlainan namun rasa bersalah tetap dirasai sehingga hari ini.
“Kes saya lain, tidak akan sama sebab saya bukan nak menggatal. Dia bawa saya jumpa isteri pertama dan kini sudah 30 tahun saya berkahwin.
“Tetapi sehingga sekarang saya rasa berdosa besar sebab kacau hak madu saya,” luahnya.
Elakkan Dan Lupakan!
Menerusi luahan sama, dia menasihatkan wanita muda di luar sana melupakan hasrat untuk bernikah dengan suami orang sebaliknya memilih lelaki bujang.
“Nak buat apa kalau semua hidup asyik makan hati dia makan hati saya makan. Suami pun semakin botak fikir hal isteri-isterinya.
“Anda fikirlah sendiri, rasa nak azankan di telinga supaya jangan kahwin suami orang. Cari lelaki bujang yang berlambak di luar sana,” ujarnya.
Terdahulu, Zarina mendirkan rumah tangga dengan Datuk Seri Abu Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993 sebagai isteri kedua.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata lelaki termasuklah sepasang kembar Raizal Azrai Abu Raihan (Azal) dan Muhammad Razil Azrai Abu Raihan (Azil) yang sentiasa menjadi perhatian netizen.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sibuk mana pun isteri, sesekali kena belek juga penampilan suami, mana yang nampak kurang sesuai, tegur dan tukar.
Bak kata saudara Akhtar Syamir, bertanggungjawablah di atas penampilan suami. Saya lihat terlalu ramai para suami yang tidak mempedulikan penampilannya selepas beberapa tahun berkahwin.
Penampilan Suami Tetap Kena ‘Belek’
Saya bukan bercakap mengenai berat badan kerana ada yang berat badannya berlebihan tetapi masih kemas dan mempunyai penampilan yang baik.
Penampilan ini tidak mengenal saiz, warna kulit, fizikal dan duit. Ianya berkenaan dengan apa tanggapan orang bila melihat kita.
Apakah penampilan yang tak baik itu? Saya bagi beberapa contoh.
1. Baju yang kusut, luntur, koyak.
2. Seluar yang lusuh, terlalu singkat atau terlalu labuh.
3. Gagal dalam kebersihan diri. Muka dan gigi yang tidak bersih, badan berbau.
4. Misai dan janggut yang tidak terurus. Simpan janggut tu tak salah, malah Sunnah, tapi boleh sahaja dikemaskan. Nak kenal orang yang kemas? Tengok misainya. Kalau bersepah sampai masuk dalam mulut, memang orang itu kurang menjaga penampilannya.
5. Rambut yang kusut masai.
6. Pakaian yang terlalu ketat atau terlalu besar.
7. Sentiasa memakai selipar walaupun ke tempat yang tidak sesuai berselipar seperti majlis dan sebagainya.
Bila Masuk Zon Selamat
Kenapa terjadinya perkara sebegini? Ada kebarangkalian besar disebabkan lelaki tersebut sudah termasuk dalam zon rasa selamat, iaitu perasaan yang tidak perlu menjaga penampilan diri kerana sudah ada segalanya. Isteri, anak, rumah dan kenderaan serta kerjaya.
Bila dalam “comfort zone’ ini, penampilan diri menjadi tidak penting dan ada di antara para suami sebegini lebih mengutamakan keluarga berbanding dirinya. Ada juga yang sudah rasa selamat dan rasa sangat yakin yang isterinya akan sentiasa berada bersamanya walau bagaimana teruk penampilan dia sekalipun.
Jadi, disebabkan ini saya sarankan para isteri perlu mula peka dan jaga penampilan suaminya. Jangan dibiarkan kerana takut bila suami segak, dia akan cari lain. Kena buang mentaliti begitu. Suami yang baik dijaga isterinya pasti akan menghargai apa yang isterinya lakukan.
Antara cara untuk menjaga penampilan suami :
1. Pastikan sentiasa tengok rambut dia terurus atau tidak. Jika terlalu panjang, beri cadangan supaya dia pergi potong rambut.
2. Bulu di muka juga perlu sentiasa tengok. Misai dan janggut jangan biarkan bersepah. Boleh trim bagi cantik. Kalau dia malas nak buat, anda boleh tolong buat.
3. Ingatkan suami supaya sentiasa membasuh muka dan tegur jika mulutnya berbau atau giginya tidak bersih. Lebih baik isteri tegur dengan lembut berbanding orang lain nampak dan mengata di belakang.
4. Pastikan baju dan seluar suami sentiasa bersih dan bergosok. Jika bajunya tidak bersesuaian dengan majlis, tegur. Jika tidak bergosok, gosokkan kalau dia tak nak gosok. Kalau baju tu dah buruk, tegah dia dari terus pakai. Lelaki ni ada sikap selagi benda tu boleh pakai, dia akan pakai. Tugas isteri untuk jangan bagi suami pakai baju atau seluar yang sudah terlalu buruk.
5. Kebersihan suami juga perlu dijaga. Bukan perlu mandikan macam mandikan anak yang kecil. Cukup sekadar peka mengenai tubuh badan suami. Kalau melekit, berpeluh-peluh dan berbau, perlu tegur supaya dia dapat bersihkan diri.
6. Bab kasut vs selipar juga perlu diberi perhatian. Tak semua tempat sesuai untuk berselipar. Tak kiralah selipar mahal ke murah. Ada tempat sesuai, ada tempat lebih sesuai berkasut. Jika keluar bergaya, pakailah kasut.
7. Saiz pakaian pun perlu ambil perhatian. Kalau dah ketat sangat tu, tukarlah. Tak manis tersembul sana sini. Apa salahnya cari baju seluar yang mengikut saiz yang bersesuaian.
Menjaga penampilan suami ini lebih kurang sama sahaja dengan menjaga penampilan anak. Ianya ada kaitan dengan maruah, aib dan tanggapan orang terhadap kita dan keluarga kita umumnya.
Ada beza antara penampilan yang baik dengan penampilan yang berlebihan. Bagi saya, cukuplah sekadar ada penampilan yang kemas berbanding tidak ada langsung penjagaan.
Jangan simpan kalau perasan suami tidak menjaga penampilannya. Tegurlah dengan lembut dan baik dan bantu dia menjadi lebih kemas.
Isteri saya kata, tegurlah dalam pujian supaya kurang kebarangklian suami terasa. Kemudian, kalau dia ada usaha untuk menjaga penampilannya, pujilah selalu supaya suami rasa dihargai.
Para isteri, mula cakna bab ini ye? Nanti saya cerita bahagian suami pula perlu menjaga penampilan isteri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!