Gambar Sekadar Hiasan

Islam tidak melarang wanita untuk berhias, bahkan menggalakkan mereka supaya kelihatan cantik.

Allah SWT menciptakan wanita dengan fitrah ingin kelihatan cantik, sekali gus menjadikan bersolek atau berhias tidak dilarang di dalam Islam.

Meskipun dibolehkan bersolek, wanita perlu tahu batas yang ditetapkan dalam agama, manakala bentuk yang dibenarkan seperti menutup cela dan menghilangkan kusam di wajah.

Solekan yang tidak dibenarkan Islam adalah hingga menukar rupa paras yang Allah SWT ciptakan seperti menambah bulu mata palsu dan mengoles pipi, kelopak mata dan bibir dengan warna terang dan melampau.

Kecantikan wanita halal dilihat suami dan mahram, sekali gus perlu memperbetulkan konsep hanya berhias dan bersolek di luar tetapi kelihatan kusam di rumah.

“Wanita boleh berpakaian cantik mengikut perkembangan fesyen tetapi perlu patuh syariah iaitu labuh, tidak ketat, menutupi dada dan tidak menampakkan bahagian aurat.

Jangan seronok sangat berpakaian yang berbeza hingga mata yang tidak sepatutnya tertumpu kepada keanehan cara kita berpakaian.

Wahai Wanita, Ingatlah Kecantikan Itu Hanya Untuk Suami Dan Mahram

Mengenai ibu bapa yang memberikan solekan berlebihan kepada anak,berkata, mereka perlu memahami tanggungjawab untuk mencorakkan anak yang diibaratkan kain putih.

Ibu bapa sewajarnya mendidik anak untuk bersederhana dalam kehidupan termasuk berhias, apatah lagi penyakit hati seperti ujub dan riak boleh timbul hingga mencacatkan peribadi kanak-kanak yang tulus.

Ads

Kecantikan rupa paras hanya sementara kerana jasad manusia akan hancur ditelan tanah apabila meninggal dunia. Lebih indah sekiranya wanita mampu mengawal nafsu daripada bertabarruj dalam solekan dan berhias.

Sementara itu, pakar motivasi dan pendakwah, Noor Laila Aniza Zakaria, berkata tutorial berhias dan bersolek dibolehkan tetapi perlu memastikannya tidak ditonton oleh orang yang tidak sepatutnya.

“Misalnya mengajar tutorial bersolek dengan niat mengajar wanita lain bersolek dan berhias untuk tatapan suami atau kelas yang disertai kaum wanita saja.

Bagaimanapun, berhati-hati itu adalah lebih baik supaya video tutorial atau perbuatan itu tidak mendatangkan fitnah.

Membuat tutorial atau mengajar wanita bersolek tidak salah selagi mendatangkan manfaat dan tidak menimbulkan fitnah.

Niat kita adalah untuk mengajar wanita untuk tampil lebih yakin mungkin betul tetapi orang lain mungkin tidak menjaga amanah dan menyebarkannya sesuka hati yang boleh menimbulkan fitnah.

Islam tidak bersifat sempit dan menindas, sekali gus tidak menghalang wanita untuk bersolek dan berhias tetapi mensyaratkan batas yang perlu dijaga dan dipatuhi bagi melindungi maruah wanita.

Ads

Wahai Wanita, Ingatlah Kecantikan Itu Hanya Untuk Suami Dan Mahram

Wanita dengan wajah yang mempunyai masalah umpamanya boleh mengenakan solekan untuk menutup cela itu tetapi kadang-kala berlebihan hingga menjadi tabarruj dan hukumnya berdosa.

Wanita yang tidak mempunyai wajah bermasalah juga boleh mengenakan solekan supaya kelihatan segar tetapi jangan berlebihan sehingga tabarruj.

Mengenai suntikan kolagen, hukumnya berubah mengikut situasi kerana suntikan yang mampu mengubah wajah hukumnya salah kecuali kalau sekadar memperkemas wajahnya.

Bagaimanapun, bahan kolagen itu mestilah berasal daripada sumber yang halal.

“Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliyah yang dahulu dan dirikan solat, tunaikan zakat serta taati Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa daripada kamu wahai Ahli Bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.” (Al-Ahzab: 33)

Ads

Ayat itu turun kerana pelacur wanita pada zaman jahiliyah memakai gelang kaki dan menyelak kain untuk menampakkan perhiasan itu kemudian menghentak kaki sekuatnya untuk menarik perhatian lelaki yang mengekori mereka untuk melakukan perbuatan terkutuk.

Justeru, wanita Islam dituntut menutup aurat dengan sempurna kerana Allah SWT menjaga maruah wanita, sekali gus, mengangkat martabat mereka.

Rasulullah SAW turut menegah wanita memakai wangian yang berbau kuat kerana wanita pada zaman jahiliyah menggunakan wangian sebegitu untuk menarik perhatian lelaki.

Tegahan itu tidak bermakna wanita tidak perlu menjaga kebersihan kerana memakai wangian sekadar mahu bauan kurang enak dan menjaga kebersihan dibolehkan.

Cuba contohi wanita Arab di Yaman yang berhias dan bersolek pada malam perkahwinan untuk meraikan pengantin tetapi berbuat demikian di ruang atau bilik yang dihadkan untuk wanita.

Wahai Wanita, Ingatlah Kecantikan Itu Hanya Untuk Suami Dan Mahram

Menariknya, apabila tiba masa pengantin lelaki masuk ke bilik itu, semua wanita terus mengenakan pakaian serba hitam dan menutup seluruh tubuh dan wajah mereka sehingga hanya pengantin perempuan yang kelihatan bersolek dan berhias dengan indahnya.

Mereka hanya mempamerkan kecantikan kepada orang yang dibenarkan berbuat demikian, sekali gus menjaga aurat dan akhlak apabila berhadapan dengan bukan mahram.

Budaya itu boleh dijadikan teladan kepada wanita untuk menjaga kehormatan diri.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI