Solat adalah tiang agama bagi seorang muslim. Kita sebagai hambanya wajib menunaikan perintahnya. Apa yang anda akan lakukan selepas selesai solat subuh? Tidur balik atau terus terjaga? Sebenarnya adalah elok jika biarkan satu jam berlalu dahulu sebelum sambung tidur.
Kenapa? Apa yang nak buat selepas solat subuh? Jadi, ini yang perlu kita buat 1 jam selepas subuh. Semoga bermanfaat.
1. Jangan tidur lepas subuh. Ia menutup banyak pintu rezeki malah akan membuatkan tubuh jadi lemah. Kalau terlalu penat, tunggu waktu syuruk jam 7.00 pagi ke atas. Dan selepas itu rehatlah tak mengapa.
2. Biasakan untuk mandi dan bersihkan diri. Mandi sebelum dan selepas subuh akan membantu sistem badan menjadi segar dan sihat. Juga membuatkan wajah menjadi awet muda. Cubalah!
3. Sarapan. Makan sikit diwaktu pagi membuatkan sistem penghadaman akan berfungsi dengan baik. Ambil sepotong roti pun takpe. Segelas susu dan kopi pun baik. Janji makan atau minum sikit.
4. Ini yang terpenting. Baca Al Quran. Zikir. Selawat. Nak buat atau nak baca atau nak pasang sahaja di Youtube pun tak mengapa. Asalkan kita niat untuk memberi makan buat hati. Hati akan jadi kuat dan tidak akan lemah.
1 jam kita buat semua ini, insyaAllah hidup akan bermakna.
Dan kita mampu melangkah lebih jauh dan bertenaga.
Kredit : ustaz Abu Hurairah Asifa
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selain Basuh Tangan Guna Kulit Durian, Ini Cara Lain Nak Hilangkan Bau ‘Menyengat’ Raja Buah
Oleh kerana sekarang tengah musim durian, memang banyaklah kita boleh nampak orang jual-jual durian dekat tepi jalan kan? Tapi, selepas makan durian tu bau dekat tangan memang tak boleh bawak bincang. Memang ‘menyengat’ bau dia.
Jadi, kepada sesiapa yang suka makan durian tu tapi takut mulut dan tangan berbau boleh cuba tips ni, selepas makan durian amik kulit dia siram air atas kulit tu untuk basuh tangan & berkumur mulut, InsyaAllah hilang bau durian kat tangan dan mulut.
Bau Dalam Kereta
Oleh kerana ruang kereta yang kecil dan tertutup amat mudah bau durian menusuk ke setiap sudut. Sehinggakan berhari-hari ia masih boleh dihidu. Petua lama ada menyatakan untuk meletakkan arang dalam kenderaan dan bau tidak menyenangkan ini boleh hilang dalam sehari dua.
Tetapi ada cara lebih pantas iaitu dengan meletakkan secawan kopi yang dibancuh panas-panas dan letakkan dalam bonet. Ia lebih cepat menyerap dan efektif dalam masa kurang 2o minit. Ada juga tip yang menyarankan guna cuka atau kepingan roti putih. Tip ini juga boleh anda amalkan.
Mulut Bau Durian
Tentu anda pernah dengar untuk berkumur dengan air yang dituang di bahagian dalam kulit durian. Ya memang benar inilah yang disarankan oleh orang dulu-dulu supaya mulut tidak berbau kuat kalau dah lebih lapan ulas durian anda makan! Kalau minum airnya juga dapat menurunkan suhu badan yang selalunya meningkat selepas makan durian yang kaya dengan kolesterol itu.
Anda juga disarankan untuk meminum air kosong dengan banyak untuk meneutralkan kembali kandungan durian dalam usus. Selain itu, buah manggis juga dikatakan bagus untuk mengelakkan bau durian pada pernafasan.
Bau pada tangan
Cubalah guna sabun dan kalau jenis yang paling kuat pun sukar untuk hilangkan semerbak durian pada tangan. Petuanya adalah dengan menggunakan air takungan kulit dalam durian dan membasuh tangan dengan air itu.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wahai Isteri, Inilah Rahsia Menjadi Pasangan Paling Menyenangkan Suami Sehebat Saidatina Khadijah!
Kehidupan rumah tangga bukan semata-mata satu tuntutan atau sunnah Rasulullah SAW, malah ia merupakan satu medan untuk kita belajar lebih menghargai dan mensyukuri nidkmat dari Allah SWT. Rumah tangga yang normal pasti ada pahit, manis, masam dan masin. Adakalanya pedas dan hangat, adakalanya sejuk dan nyaman.
Cuma yang membezakan sesebuah rumah tangga, bagaimana peranan dimainkan oleh setiap pasangan suami isteri. Wahai Isteri! Contohi sifat Saidatina Khadijah yang sentiasa menyenangkan Rasulullah SAW.
Masih ingatkah kita tentang kejadian penurunan wahyu pertama di Gua Hira?
Hingga suatu ketika datang kepadanya Al Haq (kebenaran atau wahyu) iaitu sewaktu Rasulullah SAW masih berada di Gua Hira.
Malaikat datang kepadanya, lalu katanya, “Bacalah!” Jawab Nabi, “Aku tidak pandai membaca.”
Kata Nabi selanjutnya menceritakan, “Aku ditarik dan dipeluknya sehingga aku kepayahan. Kemudian aku dilepaskannya dan disuruhnya pula membaca.
“Bacalah!” katanya. Jawabku, “Aku tidak pandai membaca.”
Aku ditarik dan dipeluknya pula sampai aku kepayahan. Kemudian aku dilepaskannya dan disuruhnya pula membaca.
“Bacalah!” katanya. Kujawab, “Aku tidak pandai membaca.”
Aku ditarik dan dipeluknya untuk ketiga kalinya, kemudian dilepaskannya seraya berkata: “Iqra’ bismi rabbikalladzi khalaq. Khalaqal insaana min ‘alaq. Iqra’! Wa rabbukal akram. (Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan. Yang menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah! Demi Tuhanmu Yang Maha Mulia)
Setelah itu Nabi pulang ke rumah Saidatina Khadijah binti Khuwailid, lalu berkata, “Selimuti aku! Selimuti aku!” Lantas diselimuti oleh Khadijah, hingga hilang rasa takutnya. Kata Rasulullah SAW kepada Saidatina Khadijah (setelah dikhabarkannya semua kejadian yang baru dialaminya itu), “Sesungguhnya aku cemas atas diriku (akan binasa).”
Kata Saidatina Khadijah, “Jangan takut! Demi Allah! Tuhan sekali-kali tidak akan membinasakanmu. Engkau selalu menghubungkan tali persaudaraan, membantu orang yang sengsara, mengusahakan (mengadakan) barang keperluan yang belum ada, memuliakan tetamu, menolong orang yang kesusahan kerana menegakkan kebenaran.”
Sungguh indah kisah cinta keluarga bahagia Rasulullah SAW bersama isteri tercinta, Saidatina Khadijah.
- Tanpa KEJUJURAN mana mungkin Saidatina Khadijah mampu membenarkan suaminya tinggal berseorangan di dalam Gua Hira, meninggalkan dirinya sendirian di rumahnya.
- TanpaKASIH SAYANG dan KEPRIHATINAN, mana mungkin Saidatina Khadijah melayani suaminya dengan baik dan mentaati baginda tanpa sebarang persoalan. Tidak pula beliau berkata sepatah perkataan melainkan terus menyelimuti Baginda seperti yang diminta.
- Tanpa HORMAT-MENGHORMATI pula, mana mungkin Saidatina Khadijah boleh mampu mengeluarkan kata-kata yang menenangkan suaminya, mendorong dan memuji suaminya dan memberikan sokongan penuh saat Baginda memerlukan beliau. Saidatina Khadijah juga yang menjadi sandaran di saat orang lain menggelar Baginda sebagai ‘gila’ dan ‘tidak siuman’ sepanjang dakwahnya.
Oleh itu para isteri, jadilah orang yang paling menyenangkan hati suami. Taatilah suami selagi peranannya dan tanggungjawabnya masih berlandaskan syariat Islam.
***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Percakapan Kita Lembut , Suami Pun Tak Kisah Nak Dengar Cakap Isteri
Suami selalu keluar malam, lepak kedai mamak dengan member, keluar rumah tak pelawa isteri pun. Sekali buat ok, dua kali berulang ok tapi kalau banyak kali terasa juga, lebih-lebih lagi isteri berhati “sponge” mudah rasa kecil hati.
Ini 5 rahsia yang semua isteri boleh amalkan supaya suami mudah lembut hati dan dengar kata, insyaallah mujarab :
1. Jaga makan suami
▪️ Nak suami mudah dengar kata jangan bagi makanan sebarangan masuk ikut mulut.
▪️ Bila suami dah terlalu biasa makan di luar nanti makan di rumah rasa pahit dan tawar walaupun sekadar minun air putih.
▪️ Sebaiknya isteri masak untuk suami dan makan di rumah sambil suap menyuap baru mood honeymoon tu sentiasa segar.
▪️ Nescaya suami akan buka telinga seluas-luasnya untuk isteri bila perut dia dipenuhi kasih sayang.
2. Guna kata-kata lembut
▪️ Jangan sesekali keluar kata-kata kasar dengan suami walau marah macam mana sekali pun.
▪️ Sekali terlepas perkataan kasar akan menghasilkan selaput di telinga suami ibarat dinding yang menghalang suara isteri didengari.
▪️ Inilah punca suami dapat masalah pendengaran, lebih serius lagi suami boleh berjangkit pekak dari badak.
▪️ Jaga bahasa, jaga nada suara, jaga hati barulah suami sentiasa lembut hati.
3. Jangan keluar tanpa izin suami
▪️ Salah kalau keluar rumah tanpa izin suami, lebih salah lagi kalau menipu suami.
▪️ Lumrah lelaki mereka mahu di hormati, hormat suami barulah suami mudah hadam apa isteri cakap.
▪️ Hormat suami dapat pahala besar lagi, Untung betul ! Lebih best kalau keluar bersama suami, boleh luangkan masa dengan suami.
▪️ Rumahtangga ni ladang pahala, jika betul cara semai banyak pahala boleh di tuai nanti.
4. Berhias depan suami
▪️ Time nak pergi majlis kahwin ewah bukan main tebal lagi solek, kalah mak andam solek.
▪️ Sedar tak yang suami akan terasa jealous dan kecik hati bila nampak isteri sendiri “melawa” bukan untuk dia.
▪️ Kalau boleh tanya suami dulu, “boleh tak sayang solek macam ni?”, Barulah turun sedikit rasa jealous suami ni.
▪️ Tak salah berhias tapi sebaiknya betulkan niat berhias untuk jaga hati suami, jaga aib suami, jaga imej suami, jaga market suami.
▪️ Suami mana tak suka isteri yang lawa, tapi suami lebih sayang isteri yang nampak “lawa” di hati.
5. Tidak meminta-minta
▪️ Elakkan meminta-minta suami buat itu, beli ini, ambik sana, bawak sini apa sahaja perkara-perkara yang remeh.
▪️ Lagi di minta lagi susah mereka nak buat, ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri, ini lumrah orang lelaki tak suka di arah arah.
▪️ Mereka suka pada yang pandai berdikari, tak runsingkan kepala mereka tapi masih boleh bermanja-manja.
▪️ Percayalah semakin kurang isteri meminta-minta semakin prihatin suami anda jadi. Tup-tup dapat bunga je masa ulang tahun nanti.
Suami yang hebat pasti ada isteri yang hebat membantu di belakang, tapi isteri yang hebat tidak suka menyusahkan suami.
Ambil hati suami, curi mata suami, jaga perut suami barulah telinga dia akan ikut je mana isteri pergi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI