Solat adalah tiang agama bagi seorang muslim. Kita sebagai hambanya wajib menunaikan perintahnya. Apa yang anda akan lakukan selepas selesai solat subuh? Tidur balik atau terus terjaga? Sebenarnya adalah elok jika biarkan satu jam berlalu dahulu sebelum sambung tidur.
Kenapa? Apa yang nak buat selepas solat subuh? Jadi, ini yang perlu kita buat 1 jam selepas subuh. Semoga bermanfaat.
1. Jangan tidur lepas subuh. Ia menutup banyak pintu rezeki malah akan membuatkan tubuh jadi lemah. Kalau terlalu penat, tunggu waktu syuruk jam 7.00 pagi ke atas. Dan selepas itu rehatlah tak mengapa.
2. Biasakan untuk mandi dan bersihkan diri. Mandi sebelum dan selepas subuh akan membantu sistem badan menjadi segar dan sihat. Juga membuatkan wajah menjadi awet muda. Cubalah!
3. Sarapan. Makan sikit diwaktu pagi membuatkan sistem penghadaman akan berfungsi dengan baik. Ambil sepotong roti pun takpe. Segelas susu dan kopi pun baik. Janji makan atau minum sikit.
4. Ini yang terpenting. Baca Al Quran. Zikir. Selawat. Nak buat atau nak baca atau nak pasang sahaja di Youtube pun tak mengapa. Asalkan kita niat untuk memberi makan buat hati. Hati akan jadi kuat dan tidak akan lemah.
1 jam kita buat semua ini, insyaAllah hidup akan bermakna.
Dan kita mampu melangkah lebih jauh dan bertenaga.
Kredit : ustaz Abu Hurairah Asifa