Asam garam rumah tangga, semua orang pernah melakukan silap. Namun, apa yang jadi persoalannya adakah anda selesaikannya atau anda biarkan sahaja? Memperbaiki kesilapan adalah perkara penting dalam kunci rumah tangga bahagia.
Namun begitu, anda harus beriltizam supaya tidak melakukan kesilapan yang sama berulang kali supaya kehidupan perkahwinan anda adalah dalam fasa yang cukup menggembirakan hingga ke hujung nyawa. Di sini kami akan kongsikan antara kunci kebahagiaan rumah tangga.
1. Jangan cuba tukar sikap pasangan
Kunci rumah tangga bahagia yang pertama adalah tidak cuba tukar sikap pasangan anda. Inilah masalah perkahwinan yang sering membelenggu apabila anda cuba tentukan apa yang boleh dan apa yang tak boleh dilakukan pasangan. Sebagai suami isteri, anda perlu saling menerima antara satu sama lain dan sedia terima kelemahan dan kelebihan pasangan itu.
2. Tidak berubah sebab orang lain
Kunci rumah tangga bahagia yang lain adalah jadi diri sendiri. Pendek kata, tak berpura-pura di hadapan pasangan. Namun begitu, jangan tertekan jika tak dapat penuhi apa yang pasangan inginkan. Tapi anda boleh cuba menjadi yang terbaik buat dirinya.
3. Buang perkataan ‘bercerai’
Ini juga sering terjadi pada pasangan yang masih ‘mentah’ dalam rumah tangga. Bila bergaduh sikit mula minta cerai. Sedangkan ada banyak cara lain yang boleh dilakukan untuk atasi masalah ini, bukan dengan perceraian saja. Sebab itu kedua-dua pasangan kena saling memaafkan dan tidak teruskan pertengkaran supaya tak jadi lebih rumit.
Ads
4. Berkomunikasi antara satu sama lain
Komunikasi adalah sangat penting dalam rumah tangga. Jangan disebabkan nak ‘menang’ hingga anda merendahkan martabatkan suami. Cuba bertolak ansur dan jadi pasangan yang terbaik kerana dengan berkomunikasi secara berhemah dapat selamatkan perkahwinan anda.
5. Cuba bertenang
Bila bergaduh, jangan menggunakan perkataan yang tidak sopan dan senonoh. Sebaiknya bercakap secara lembut untuk menyelesaikan masalah.
Ads
6. Ucap maaf jika buat silap
Semua orang melakukan kesilapan, jadi jika anda ada melakukan silap yang telah menguris hatinya. Ucaplah perkataan ‘maaf’. Tidak susah pun hanya perlu memberitahu sahaja.
7. Beri ruang antara satu sama lain
Semua orang perlukan ruang untuk diri sendiri, termasuklah pasangan yang sudah berkahwin. Ada kalanya anda memerlukan waktu dan masa anda sendiri untuk menenangkan fikiran dan sebagainya.
Ads
8. Beri kepercayaan terhadap pasangan
Kpercayaan merupakan kunci utama untuk rumah tangga bahagia. Oleh itu, jangan menuduh tanpa usul bukti. Sebaiknya tanya terlebih dahulu.
9. Elakkan membebel pada pasangan
Sudah menjadi kebiasaan seorang isteri akan kuat membebel lebih daripada suami. Sebab itu, suami jangan terkejut jika semasa bercinta, isteri kelihatan lembut dan bersopan santun saja. Tapi lepas berkahwin, bagaikan mulut murai ada saja yang tak kena di matanya. Namun begitu, isteri cuba kurangkan sikap membebel itu kerana suami anda kurang gemarkannya.
10. Jangan lupa hubungan intim
Biasanya bila sudah ada anak, ada ketikanya pasangan suami isteri sedikit mengelak untuk melakukan hubungan intim dan rasa tidak perlu melakukannya. Sedangkan hubungan kelamin itu dapat mengeratan ikatan kasih sayang antara kedua-duanya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Doa adalah satu jenis permintaan kepada Illahi. Hakikat doa untuk menzahirkan kefakiran dan perasaan rendah diri serta pengharapan seorang manusia yang menyedari bahawa Allah yang menyusun atur kehidupan di dunia ini.
Allah juga menyatakan adanya golongan yang doa mereka akan dikabulkan.
Dari Ibnu ‘Abbas R.anhuma bahawa Nabi SAW mengutus Mu’adz ke negeri Yaman lalu bersabda: “Takutlah (berhati-hatilah) kamu terhadap doa orang yang dizalimi kerana antara doanya dan Allah tidak ada apa-apa penghalang” (HR Bukhari, No. 2268)
Kita percaya bahaawa Allah itu Maha Adil dan segala perkara yang dilakukan di dunia tidak akan terlepas daripada pandangan Allah. Dan percaya bahawa keadilan Allah boleh berlaku dalam pelbagai cara.
Doa Orang Yang Dalam Perjalanan (Musafir)
Waktu musafir adalah waktu yang paling istimewa di sisi Allah, hinggakan diberi keringanan solat dan juga berbuka puasa, malah menerima doa-doa yang dihajatkan.
Jadi selepas ini, jika perjalanan anda itu jauh ambil kesempatan untuk beristighfar dan berdoa kepada Illahi.
.
Doa Ibu Bapa Untuk Anaknya
Jika ibu bapa masih hidup ambil lah peluang yang sebaik mungkin untuk berbakti kepada mereka, dan minta doa-doa yang baik daripada mereka.
Sentiasa meminta keampunan kepada ibu bapa, berlaku baik dan mendoakan kesejatheraan mereka. Dalam diam, doa ibu bapa yang tersemat di dalam hati itu didengari Illahi.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sesekali ajaklah isteri keluar dating berdua, ini cara seimbangkan hidup yang sibuk dan rehatkan si dia daripada tugas rumah tangga.
Bagi kebanyakan isteri, tugasan harian seperti memasak, mencuci, menjaga anak-anak, dan menguruskan rumah tangga boleh menjadi sesuatu yang memenatkan secara fizikal dan emosi.
Dating Berdua, Rehatkan Isteri
Jadi, penting bagi suami untuk menyedari bahawa isteri juga memerlukan masa untuk berehat dan merasa dihargai. Salah satu cara terbaik untuk melakukannya adalah dengan membawa isteri keluar ‘dating’ berdua, sama seperti zaman bercinta dulu.
Sebenarnya, baik suami atau isteri kena dating berdua terutamanya suami kenalah paksa isteri. Tak perlu pergi jauh pun minum kedai kopi pun dah cukup.
Kadang-kadang bukan isteri tak nak, memikirkan banyak kerja rumah nak kena buat, rasa macam rugi masa pula bila nak keluar kan! Hakikatnya kalau difikirkan tentang kerja rumah memang tak akan habis.
Jadi, suami atau isteri kena sama-sama paksa untuk dating berdua, seperti apa yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif ini, ada betulnya.
Saya memang tak bagi isteri saya jadi ibu 24 jam walaupun dia rela. Malah, saya tetap kena ingatkan bahawa dia itu bukan cuma seorang ibu semata-mata tapi dia juga adalah seorang kekasih dan isteri pada suaminya.
JADI MEMANG NAK TAK NAK SAYA AKAN ‘PAKSA’ DIA DATING DENGAN SAYA. TAK KISAHLAH KE KEDAI MAMAK KE, KOPITIAM KE MALL KE ATAU DI TEPI SUNGAI KE YANG PENTING SAYA KENA CARI JALAN UNTUK REHATKAN ISTERI SAYA.
Itulah tugas saya untuk sesekali ‘rehatkan’ isteri daripada tugasnya menjadi seorang ibu rumah tangga.
Suami Pun Kena Rehat
Saya juga bukan cuma seorang bapa semata mata. Saya juga seorang pencinta dan suami kepada isteri saya.
JADI ISTERI SAYA PUN AKAN ‘PAKSA’ SAYA UNTUK DATING BERDUA DENGANNYA SEMATA MATA UNTUK REHATKAN SAYA DARIPADA MENJADI PENCARI NAFKAH SEPENUH MASA BUAT KELUARGA.
Saya percaya pada Balanced Life. Buat apa pun kena seimbang. Bila hidup seimbang insya Allah nak jadi ibu ke, jadi isteri ke, nak jadi pekerja ke atau pun nak jadi bos, semua boleh belaka. Apa yang penting kena hidup seimbang dan bahagia!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nak ‘meriahkan’ hubungan rumahtangga, kena ada persefahaman di antara suami dan isteri. Tapi, kalau perkahwinan itu adalah perkahwinan yang dirancang kelaurga, macam mana pula? Sudah tentu kita nakkan hubungan yang sihat kan?
Dalam hubungan rumah tangga, setiap pasangan perlulah memainkan peranan masing-masing dalam memastikan ikatan yang dibina kekal utuh dan berkekalan. Jika berlaku pergaduhan, segeralah bawa berbincang dan selesaikan dengan cepat. Jangan biarkan ia berlarutan hingga boleh mengganggu emosi anda mahupun pasangan.
Jika anda mula rasa risau akan situasi tersebut, anda mungkin boleh buat beberapa persediaan minda dengan menyedari 4 sebab yang menjadi punca keretakan hubungan. Anda boleh nilai sendiri dan kemudian sediakan minda anda untuk menghadapinya dengan sikap positif.
Di sini Pesona Pengantin kongsikan 4 penyebab hubungan cinta suami isteri tak kekal lama.
1. KURANG KOMUNIKASI
Komunikasi adalah asas kepada setiap perhubungan. Bila anda mula berkenalan dengan pasangan yang anda sukai, anda akan bercerita, berkongsi pelbagai macam kisah dalam masa yang lama.Jika tidak bercakap, khidmat pesanan ringkas (SMS) juga boleh jadi.
Semua komunikasi tiba-tiba terhenti dan anda dapati anda begitu kesunyian serta bersusah payah mencari topik untuk disembangkan. Ketika ini anda patut sedar pasangan anda bukanlah seperti yang dahulu lagi.
2. HILANG NIKMAT HUBUNGAN INTIM
Hubungan yang sihat dibuktikan dengan keserasian pasangan terutama ketika perhubungan seksual.Apabila salah seorang tidak lagi mempunyai keinginan tersebut maknanya tanda amaran hubungan sudah terjejas telah timbul. Pasangan yang menginginkan pula pasti berasa begitu kecewa, rasa diketepikan dan keseorangan.
Perasaan ini menjurus kepada pergaduhan jika berterusan. Jika anda sudah melalui peringkat ini maka janganlah terlalu bersedih. Fikirkan perkara lain dan sibukkan diri bersama anak-anak atau teman di pejabat.
3. MENYAMPAH DENGAN PASANGAN
Apabila setiap perkara yang dilakukan pasangan membuatkan anda menyampah. Sepatutnya apabila pasangan bercinta, walau si dia berperlakuan pelik anda menerima seadanya.
Namun, jika anda semakin jelek dan menyampah, sebagai contoh pasangan anda minat bola sepak, tapi anda mula membebel tidak berkenan dengan hobi pasangan anda itu, maka itu satu tanda bahawa anda perlu putuskan hubungan sebelum anda semakin sakit hati dengannya dan melakukan perkara yang bukan-bukan.
4. SELALU BERI PELBAGAI ALASAN
Alasan adalah tanda perhubungan yang tiada persefahaman. Jika anda semakin kerap melahirkan alasan, anda tanya diri sendiri kenapa. Jika anda sedar bahawa pasangan anda tidak mencapai tahap yang anda mahukan, tapi anda masih boleh memberikan pandangan positif tentang dirinya di hadapan sahabat anda, maknanya anda masih boleh mempertahankan hubungan tersebut.
Tapi jika anda mula membangkitkan sekecil kecil kelemahan dirinya maka lebih baiklah anda memutuskan sahaja hubungan tersebut sebelum ia memudaratkan diri sendiri dan orang lain.
Keempat-empat perkara ini patut menjadi pegangan para suami dan isteri. Kalau sayangkan rumahtangga, pilihlah untuk berubah menjadi yang lebih baik.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!