10 Minit Sahaja Sebelum Tidur, Guna Vaseline Jelly Dan Losyen, Bakal Pengantin Terus Jadi Cantik

Share

Kita semua tahu Vaseline merupakan produk penjagaan kuulit yang mengagumkan dan sememangnya boleh dipercayai. Penulis ingin kongsikan rutin kecantikan penulis amalkan dengan menggunakan Vaseline. Sediakan sesi 10 minit sebelum tidur

  • 1 bekas Vaseline Petroleum Jelly
  • 1 losyen badan Vaseline

1. Kerap pakai maskara?

Penulis memang tidak boleh keluar rumah tanpa maskara, jadi memang setiap hari dan masa bulu mata penulis diselaputi dengan maskara.
Bila masa untuk menanggalkan maskara sedikit azab, terdapat dua tiga helai bulu mata penulis tercabut nangis. Itu maknanya bulu mata penulis mula lemah dan sedikit.

Solusi: Sebelum tidur, penulis ambil sedikit Vaseline Petroleum Jelly dan sapu nipis di helaian bulu mata. Jangan terlalu tebal, nanti melekit pula disekitar kelopak dan bawah mata.

Hasil: Bulu mata semakin lebat, tebal dan bila tanggalkan maskara memang jarang bulu mata tercabut. Paling best, helaian bulu mata penulis semakin lebat jadi pakai maskara sekarang pun satu coat pun dah cukup wow!

2. Biar tak berapa cantik, jangan siku buruk

Serius…ramai yang lupa dengan bahagian tersembunyi ini. Lagikan pada mereka yang sering mengenakan baju lengan panjang. Penulis dahulu pun tidak sedar yang bahagian siku penulis sangat kering dan hitam, sehinggalah penulis berjumpa dengan seorang kenalan yang muka dan mekap da bomb tapi siku failed!

Solusi: Seperti biasa, sapukan Vaseline Petroleum Jelly di kedua-dua belah siku anda. Sapu sehingga qulit menyerap produk.

Hasil: Bila bangun tidur esok paginya, memang rasa kuulit dibahagian siku lebih lembut dan licin. Setelah dua minggu, anda akan dapat lihat qulit siku pun lebih cerah.

3.Lipstik lebih tahan lama

Peminat lipstik jenis matte dan gloss penulis syorkan untuk anda lakukan rawatan pelembab bibir dan skrub bibir. Bagi penulis yang setiap hari mengenakan lipstik matte memang padahnya bibir kering dan mengelupas akibat formula matte yang kadang kala mengeringkan bibir.

Solusi: Seperti biasa sapu Vaseline Petroleum Jelly di bibir selepas selesai semua rutin penjagaan wajah.

Hasil: Bila anda hendak pakai lipstik keesokannya memang mudah sahaja, bibir lebih lembut dan licin. Kesan pemakaian lipstik pun tahan lebih lama. Tak percaya? Cuba sendiri ya…

4. Melembutkan kutikel
Celahan kuku jari yang kering juga menganggu sehingga menyebabkan luka di jari. Selain itu, kulit jari yang kering juga boleh mengelupas sehingga terdedah kepada jangkitan kuman.

Solusi: Selesai sapu Vaseline Petroleum Jelly di bulu mata, siku dan bibir, terakhir sekali penulis usap lebih produk di jari dan kuku tangan. Seperti pakai losyen tangan sahaja… cuma cukup dengan sapuan nipis.

Hasil: Kutikel kuku lembut dan ya tidak kering lagi. Malah kuuulit dibahagian tampak lebih sihat.

5 Langkah terakhir sebelum switch off the lamp!

Kebiasaannya orang lain akan memakai losyen pada waktu pagi atau membawa sebotol losyen kemana sahaja mereka pergi. Tapi tidak pada penulis, jadi penulis menghabiskan 10 minit terakhir dengan menyapu losyen pada tangan, kaki dan leher. Itu sahaja masa yang penulis boleh luangkan untuk menghidrasi kembali qulit dengan losyen.

Published by
Kim