Sejak kebelakangan ini bakal pengantin lebih cenderung untuk menempah sendiri baju kahwin mengikut bentuk badan atau ringkas dipanggil sebagai custom-made. Admin senaraikan 10 pereka fesyen dan jenama baju kahwin yang korang boleh dapatkan di sekitar Shah Alam.
1.Amaze Atelier
Amaze Atelier ni mungkin sinonim di kalangan para selebriti tanah air. Dia juga merupakan pereka dress Ernie Zakri sewaktu AJL 32 tahun ini.
2.Hatta Dolmat
Nama yang tidak asing lagi di kalangan bakal mempelai. Anda sudah tentu tahu dia juga pereka buat busana kahwin Yuna.
3.Shanell Harun
Ini juga nama yang selalu sahaj di sebut buat bakal mempelai, Dari busana tunang hingga kahwin, Shanell mampu mereka mengikut citarasa anda.
4.Seth & Luna
Gabungan dua anak muda ini juga acap kali menjadi sebutan bakal raja sehari. Bukan sahaja di sekitar Shah Alam, namanya turut menjadi bualan di luar Selangor.
5.Zery Zamry
Ini juga nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Zery Zamry sentiasa menjadi sebutan para selebriti tanah air.
6.Atelier Amani
Orang Shah Alam pastinya biasa melihat nama ini di seksyen 7. Butik sebaris Jakel ini pastinya menjadi antara tempat bakal mempelai mencari pereka baju kahwin mereka.
7.Jakel
Nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Sebut sahaja Jakel, sudah pasti rammai tahu inilah hub fabrik-fabrik yang ingin di cari.
8.Mode.miroljonit
Nama ini mungkin baru tapi lihat sahaja profilnya di instagram,beliau sudah biasa mereka busana buat nama besar dan selebriti tanah air.
9.Syamil Fazwan
Pereka ini juga mampu mereka busana andamengikut citarasa yang diidamkan.
10.Jedan
Terus sahaja ke SACC Mall, butik ini tidak asing lagi di sana. Bertapak sekian lama, Jedan masih utuh menyediakan busana pengantin mengikut bajet anda.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI