Semua isteri sukakan belaian daripada seorang suami. Bukan mengada-ngada tapi sikap manja inilah yang membuatkan isteri bertambah sayang kepada suami, bahkan mengeratkan lagi hubungan suami isteri agar kekal romantik dalam rumah tangga.
Walaupun suami sudah menjalankan tanggungjawab memberi nafkah kepada isteri, itu bukan bermakna tugas anda sudah selesai. Sebagai suami anda haruslah memahami apa yang isteri inginkan daripada anda. Selain belaian, ada 10 perkara yang isteri mahukan daripada suaminya.
1. Seorang isteri biasanya inginkan perhatian sepenuhnya suami terhadap dirinya. Isteri akan susah hati apabila anda mula beri perhatian selain dirinya terutama apabila anda memuji wanita-wanita lain.
2. Seorang isteri inginkan suaminya meluangkan waktu bersamanya berbanding lepak di luar bersama rakan-rakan.
3. Seorang isteri mahukan komitmen daripada suami terutama apabila melibatkan hal keluarga. Sikap suami yang selalu lepas tangan akan menyebabkan isteri rasa tertekan. Secara tidak langsung, hubungan suami isteri akan mula menjauh antara satu sama lain.
Ads
4. Seorang isteri mahu suaminya selalu memuji dan memikat dirinya. Sikap isteri yang mahu dipuji bukanlah bermakna isteri itu bersikap gedik dan sebagainya tetapi dia cuma mahu dirinya dimanja dan dibelai suaminya.
5. Seorang isteri mahu suaminya sentiasa bersikap romantik terhadap dirinya. Setiap hari dia pasti berangan-angan si suami akan kejutkan dia dengan hadiah seperti bunga dan sebagainya. Wanita sangat suka pada perkara kejutan.
Ads
6. Seorang isteri juga mahu si suami selalu berbual dan bertukar pendapat dengan dirinya. Apabila berkahwin, isteri sebenarnya telah beri 100 % komitmen terhadap diri anda. Jika anda tidak berbual dengan isteri anda, tidak ada yang akan berbual dengannya. Oleh itu, rapatkan diri anda dengan isteri anda dengan selalu berkomunikasi dengannya dalam pelbagai hal.
7. Seorang isteri sentiasa mahukan suami yang memahami dirinya. Dia mahu suaminya selalu menyelami hatinya.
8. Seorang isteri mahu suaminya sentiasa menggoda dirinya dan rasa seronok melakukan hubungan seks dengannya.
Ads
9. Seorang isteri mahukan seorang suami yang sentiasa menghargai dirinya. Maksud dihargai itu bukanlah suami perlu beri hadiah pada setiap masa. Ucapan terima kasih juga sudah memadai kerana isteri selalunya ikhlas berkhidmat terhadap keluarga.
10. Seorang isteri mahukan suaminya sentiasa beri sokongan terhadap dirinya. Dia mahukan suaminya percaya akan dirinya berbanding percaya pada orang lain.
Semoga perkara-perkara di atas dapat membantu anda untuk lebih memahami isteri anda.
1. BERLAPANG DADA – Kebanyakan isteri menjadi tertekan dan merasa tersisih dengan keadaan suami workaholic. Tekanan itu menyebabkan mereka menjadi berjauh hati dan bersikap emosional terhadap suami. Kerana itu amat penting untuk para isteri bersikap sabar, tenang dan berlapang dada dalam menghadapi situasi itu.
2. JANGAN MENCACI – Jangan sekali-kali mencaci atau merendah-rendahkan kerja suami. Harus diingat bahawa suami jenis ini hampir menjadikan tugasan atau kerja mereka sebagai prioriti dalam hidup. Dalam bahasa mudahnya, kerja itu menjadi ‘sembahan’ mereka. Jika isteri tersilap langkah dalam menyuarakan ketidakpuasan hati maka keretakan rumah tangga boleh terjadi dengan mudah.
3. BERI DORONGAN – Cuba dampingi suami jenis ini dengan memberikan kata semangat dan penghargaan. Nampakkan yang anda berbangga mempunyai suami yang kuat kerja dan kreatif berbanding suami yang pemalas dan asyik makan tidur sahaja di rumah.
4. TAMBAH DAYA TARIKAN, JANGAN TAMBAH KEBOSANANNYA – Suami jenis ini biasanya agak kreatif dan akan pulang ke rumah dengan baki tenaga dan mood yang kurang. Ada kalanya akan jadi cepat marah dan mudah bosan dengan isteri yang pemalas dan pengotor. Justeru carilah jalan untuk mengimbangi sikapnya agar beliau merasa selesa di rumah. Siapkan diri dan indahkan suasana rumah agar nyaman dan selesa ibarat syurga. Penuhi segala keperluannya yang biasa seperti makan pakai dan peralatan kerjanya.
5. JANGAN SUKA MENDESAK – Walaupun kita merasa bosan dan tertekan, cuba pujuk diri agar bertolak ansur ketika permintaan kita tidak dipenuhi. Jangan sekali-kali bersikap mendesak ketika meminta sesuatu apabila dilihat beliau tidak selesa atau melayani permintaan kita. Contohnya untuk mengajak beliau ke mana-mana sedangkan dia kelihatan sibuk.
6. BANTU KERJANYA – Jika memang workaholic tidak dapat dielakkan, cuba fahami situasinya dan jadilah penolongnya secara fizikal. Tawarkan apa sahaja yang boleh anda bantu seperti tolong mengira dan menaip, tolong menyusun dan sebagainya. Jika suami anda berkerja sendiri, cuba cari jalan agar boleh pindahkan tempat kerja supaya dekat dengan rumah atau bawa balik sedikit kerja agar sama-sama boleh dibantu jika perlu.
7. SILATURRAHIM – Lazimkan untuk sentiasa bersilaturrahim dengan suami dari mula beliau berangkat ke tempat kerja, sampai pulangnya. Kirim mesej yang lunak dan mesra seperti mendoakan keselamatannya dalam perjalanan, doakan beliau dimudahkan urusan kerja hari itu, nampakkan anda bersyukur yang beliau telah selamat sampai ke tempat kerja, tanyakan beliau sudah makan ke belum? Makan apa? Di mana? atau apa sahaja mesej yang mesra.
8. AMBIL PELUANG ‘QUALITY TIME’ – Minda lelaki jenis ini sentiasa berputar memikirkan kerjanya. Adakalanya ia kurang berbicara. Jangan cepat melatah dan berputus asa. Jika mulutnya berat, cuba pelbagaikan kaedah berinteraksi atau apa sahaja pendekatan yang boleh ‘menggoda nafsu kelelakiannya’ ketika beliau berada di rumah. Contohnya,
a. Hargai kepulangannya dengan mempersiapkan diri dengan apa sahaja yang dia suka menjelang waktu beliau tiba dari tempat kerja. Sebaiknya hubungi beliau melalui telefon atau apa sahaja untuk mengetahui saat ketibaannya dengan tepat.
b. Beri senyuman paling manis, bergegas membuka pintu dan keluar rumah untuk buka gate sebaik sahaja beliau tiba. Bukakan pintu kereta atau bukakan helmetnya jika perlu. Pastikan kita menyarung pakaian ‘luar’ seperti jubah dan tudung yang lengkap ketika keluar menyambutnya.
c. Salam dan cium tangannya dengan penuh keikhlasan. Tundukkan kepala penuh tertib, bukan dengan mengangkat tangannya ke mulut sedangkan kita kekal tegak berdiri tanpa tunduk.
d. Tolong ambil, bawa masuk dan simpankan dengan cermat apa sahaja barang yang dia bawa bersama seperti beg kerja, pakaian, buah tangan atau apa saja.
e. Jika ‘keadaan mengizinkan’ dakaplah tubuhnya dengan erat, kucup pipi dan mulutnya penuh mesra dan manja. Beri juga peluang beliau untuk saling mencium pipi, kucup mulut, memeluk tubuh, dan ‘bermesra’ dengan tubuh anda semahunya kerana ia halal dan dituntut. Sebaiknya anda mengenakan pakaian paling ‘menjolok mata’ yang boleh beliau lihat dengan rasa ghairah sebaik sahaja anda masuk ke rumah dan melepaskan ‘pakaian luar’ anda.
f. Walaupun beliau kurang berbicara, cuba juga ajak berbual dengan soalan yang tidak merimaskan beliau. Jangan lontarkan soalan ‘bodoh’ yang membosankan fikirannya. Orang begini hanya melayan sesuatu yang berkualiti dan diminati sahaja. Jauhkan adu domba di saat beliau baru pulang dan tidak tenang.
g. Cuba dekati beliau di dalam rumah dengan layanan seperti membukakan stokin, kot, jaket, baju dan menyimpannya dengan baik.
h. Sebaik sahaja beliau duduk, pastikan anda sudah sediakan minuman dan makanan ringan kesukaannya.
i. Tawarkan beliau untuk diurut kaki atau tangan dengan penuh teliti dan kasih sayang sebaik sahaja beliau duduk. Jangan mengurut dengan gaya malas atau acuh tak acuh, sekejap urut sekejap berhenti, terutamanya jika anda mengurut sambil menonton tv. Ini akan membuatkan suami anda merasa bosan dan membenci. Ingat, suami jenis ini amat teliti dan sensitif. Beliau boleh rasa samada anda berlakun dengan fasik atau ikhlas dan bersungguh-sungguh.
j. Tawarkan juga jika beliau ingin mandi bersama bahkan jika beliau inginkan ‘sesuatu’ yang lebih dari itu. Hargai ‘permintaannya’ dengan penuh bangga kerana itu tanda anda sangat ‘berharga’ padanya. Itu juga tanda anda bijak kerana berjaya ‘menggoda’nya sebagai isteri yang berkualiti untuk seorang suami.
k. Jika beliau tidak menjamah makanan atau sedang melakukan kerja, ambil peluang ini untuk anda mendekatinya. Contohnya ambil makanan dan tawarkan untuk menyuapnya dengan manja dan penuh kasih sayang. Jangan pula anda ganggu anggota tubuhnya jika beliau sedang khusyuk melakukan kerja, juga jangan teruskan suapan makanan ketika ia kelihatan sedang khusyuk bekerja seperti menaip dan sebagainya.
l. Selain perhubungan maya, carilah juga jalan apa sahaja untuk mendekatkan diri secara fizikal dengan suami. Contohnya, jika suami bekerja sendiri atau anda bebas hadir ke tempat kerjanya, hantarkan bekalan makanan dan ajak suami makan sama di pejabat atau tempat kerja. Jika ‘keadaan mengizinkan’, anda juga boleh suap beliau ketika sedang berkerja seperti menaip atau sebagainya.
KESIMPULAN
Keretakan rumahtangga sering timbul kerana salah faham yang asyik menimbulkan selisih faham. Sebagai isteri, kitalah yang harus tunduk kepada suami. Cubalah memahami situasi suami anda agar anda mampu bertolak ansur dan bersabar dengan sikap workaholicnya. Jangan paksa suami anda untuk memahami anda sehingga ke tahap bertegang dan menghina peribadi dan kerjayanya.
Perkara yang paling sukar untuk kita ialah bersyukur dengan apa yang ada. Jika anda ada suami yang workaholic, cuba syukuri kerana di luar sana ada suami yang pemalas dan tidak suka kerja. Bahkan ada suami yang langsung tidak mahu kerja dan asyik meminta wang belanja dari isteri sahaja. Lebih malang lagi ada wanita di luar sana langsung tidak merasa hidup bersuami pun.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biarpun mungkin ada yang memandang ringan kepentingan sahur, tetapi tentu ramai juga yang mengetahui sahur merupakan sajian yang sangat diperlukan untuk mengharungi 8 hingga 9 jam tanpa makan dan minum.
Si suami tu rajin-rajinlah bangun sahur sendiri, tak perlu hari-hari isteri kejut. Kesian isteri penat. Namun, isteri-isteri boleh rileks waktu sahur kerana sebenarnya tak perlu memasak pun. Sebab makanan ini mampu memberi tenaga kepada anda sepanjang hari.
Jadi tak perlu lah susah-susah nak memasak. Sediakan je sajian ini!
1. Roti serat (whole grain)
Anda boleh makan roti serat bersama jem kesukaan anda seperti mentega kacang. Ini boleh menambah tenaga anda.
2. Oatmeal
Oatmeal juga adalah salah satu sajian ringkas dan mudah para isteri boleh sediakan untuk seisi keluarga kerana ia mempunyai bahan-bahan lain seperti buah-buahan, chia seed, flax seed dan lain-lain.
3. Roti bersama telur hancur + sayur bayam
Bayam antara sayuran dengan kandungan zat besi yang tinggi yang dapat membekalkan tenaga. Gabungkan ia dengan telur hancur dan balutkan dengan roti adalah satu hidangan yang cukup mengenyangkan.
4. Buah-buahan Segar
Pisang: Selain sebagai penghasil vitamin B6 dan vitamin C, ianya juga mengandungi kandungan potasium dan berserat tinggi. Sebiji buah pisang mengandungi 24 gram karbohidrat.
Tembikai: Buah tembikai memiliki kandungan vitamin C, beta karotin sebagai antioksidan dan dapat mencegah katarak. Tembikai mengandungi kadar air yang tinggi dan rendah kalori yang sangat bagus diambil terutamanya sewaktu haus.
5. Bubur ikan bilis
Anda boleh masakkan bubur malam sebelum sahur. Tidak kira bubur nasi atau bubur kacang, ianya mudah dicernakan dan mudah dimakan di waktu pagi!
Agak kritikal hubungan rumah tangga kalau isteri nak ziarah dan berbakti pada mak ayahnya yang masih hidup pun suami berkira. Boleh jadi rumit dan kudis!
Jadi untuk betulkan situasi ini, suami kena renungkan perkongsian saudara Firdaus Shakirin ini. Bagi seimbang dan harmoni kedua belah pihak.
Isteri Nak Ziarah Dan Berbakti Pada Orang Tua
Kalau kahwin dengan perempuan yang masih ada ibubapa lagi, maka suami kena berlapang dada.
Dia nak berbakti kepada orang tuanya, tolong bagi.
Dia nak memberi kepada orang tuanya, tolong bagi.
Dia nak balik, nak ziarah orang tuanya, tolong bagi.
Jangan halang.
Benda yang dia nak buat itu, adalah tanggungjawab dia sebagai anak.
Dia masih ada mak bapak, maka biar dia nak jaga, nak layan, nak bagi mak bapak dia happy.
Usah Pentingkan Diri Dan Berat Sebelah
Jangan sesekali berat sebelah. Suami sahaja boleh buat itu ini pada mak bapaknya.
Bila turn bini, kita halang, suami tak bagi. Alasan suruh taat perintah lelaki itu, alasan orang tak mengaji.
Dia bukan nak buat kemungkaran, bukan nak buat kejahatan, bukan nak buat benda yang tak berfaedah.
Jadi kenapa nak halang?
Selagi yang dia nak buat kat mak bapaknya, itu tak memudaratkan dirinya dan orang sekeliling. Maka izinkan tanpa syarat.
Itu tanda suami yang mengaji, bukan suami yang buta hati.
Jadi pilihan anda macam mana nak jernihkan hubungan suami isteri atau terus ‘keruh’kan perasaan pasangan dengan sikap pentingkan diri sendiri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!