Kadangakala sifat seseorang lelaki sukar untuk diduga. Mereka sering merahsiakan isi hati daripada meluahkannya kepada wanita. Namun, sekiranya seorang wanita dapat memahami lelaki itu dengan baik, pasti hubungan anda berdua akan bertambah erat dan perasaan kasih sayang semakin berbunga.
Agar mudah untuk wanita tahu apa yang seorang lelaki inginkan daripada anda, ayuh tengok 10 perkara ini.
1. CUBA MEMAHAMI
Cuba faham sikap dan tingkah laku lelaki. Kemudian sesuaikan sikap itu dengan diri anda. Adalah lebih baik anda cuba mengubahnya dengan sesuatu yang tidak sesuai dengan diri anda asalkan ia tidak bertentangan dengan agama dan budaya.
2. TERIMA SEADANYA
Perkara yang paling penting adalah anda mengetahui mengenai lelaki bukan mengubah lelaki menjadi orang lain. Jika seseorang wanita itu mengubah personaliti teman lelaki, berkemungkinan lelaki itu tidak menyukai wanita tersebut. Terima lelaki seadanya seperti mana dia sudi menerima anda.
3. SALING MEMPERCAYAI
Jika anda tidak mempercayai lelaki, jangan harap lelaki akan mempercayai diri anda. Untuk membuatkan diri tidak dipercayai bukannya sukar dan untuk membuatkan orang percaya kepada anda bukan mudah.
4. CUBA MEMUJUK
Siapalah anda untuk mengubah seseorang itu melainkan dengan kerelaan hatinya sendiri tanpa ada sebarang paksaan dan desakan daripada orang lain. Cuba dulu pada diri sendiri dengan berubah ke arah yang lebih baik lalu mengajaknya pula untuk memperbaiki diri.
5. JANGAN MERENDAHKAN MARTABAT LELAKI
Apabila berkahwin, lelaki adalah ketua dalam rumah tangga. Maka perempuan jangan sesekali mengecilkan hati seorang lelaki dan membandingkan dirinya dengan lelaki lain. Ini akan membuatkan lelaki berdiam diri dan tertekan dengan sikap anda itu.
6. BERILAH RUANG
Seorang lelaki juga memerlukan ruang tersendiri. Mereka kadangkala memerlukan masa bersama teman-teman dan menghabiskan masa bersama. Jangan terlalu mengongkong hidup mereka kerana perkara ini cukup tidak disukai oleh lelaki. Berikan ruang dan masa untuknya bersendiri dan bersama rakan-rakan melepak serta membuat aktiviti kegemaran mereka.
7. BERIKAN PENGHARGAAN
Lelaki juga ingin dihargai. Ucapan terima kasih yang ringkas disertai dengan senyuman manis daripada anda sudah cukup untuk membuatkan hatinya girang. Walaupun dia cuma menolong anda memegang beg tangan sementara anda pergi ke tandas di pusat membeli-belah atau tolong membukakan pintu kereta untuk anda, ucapkanlah terima kasih. Penghargaan sedemikian dapat menimbulkan rasa cinta anda terhadapnya. Lihatlah! Pasti dia tidak jemu-jemu untuk membantu anda lagi di lain kali setelah melihat sifat anda yang sering menghargainya.
8. RASA HORMAT
Lelaki perlukan rasa hormat daripada seorang wanita. Bukan sebagai hamba tetapi sekadar individu yang benar-benar memahami dia. Mereka mahukan rasa hormat tetapi mereka tidak memintanya daripada wanita. Bertolak-ansurlah. Hormat yang dimaksudkan di sini ialah anda hormat dengan idea, fikiran, tingkah-laku dan perasaan anda terhadapnya. Anggap si dia penting dan tonjolkan melalui perbuatan anda itu.
9. BERIKAN GALAKAN
Lelaki juga suka mendapat galakan daripada seorang wanita, lebih-lebih lagi daripada orang yang disayanginya. Terasa lebih bermotivasi! Jika mereka berada dalam situasi yang genting atau sedang bersedih, cubalah berikan mereka semangat dan galakan. Kepercayaan anda terhadap dirinya adalah mustahak!
10. BERSOPAN-SANTUN
Bercakaplah dalam nada yang lemah-lembut dan penuh sopan-santun. Lelaki cukup suka pada wanita yang mempunyai ciri-ciri ini. Wanita yang mempunyai sifat ini akan membuatkan lelaki mudah jatuh hati dan tertawan dengannya. Kajian membuktikan seseorang akan bertindak balas lebih baik kepada lawan jantinanya apabila mereka berkata-kata dengan tona suara yang lebih lembut.