pic-pinterest

Menurut kajian Vitabiotics Wellman Conception, bukan sahaja daripada aspek kesihatan perlu diberi perhatian malah dalam kaedah aktiviti intim anda juga perlu dititikberatkan. Soal kesuburan memainkan peranan utama bagi mendapatkan zuriat bukan hanya pada wanita sahaja. Oleh itu, jom kita intai 10 kunci lindungi kesuburan anda.

 

1-INTIM YANG AMAN

Tiada apa yang lebih penting dalam merencanakan kehamilan dengan melalui rutin intim yang selamat. Pastikan anda melakukannya secara aman dan tidak berganti-ganti pasangan. Ingin lebih selamat? Gunakan kondom sebagai perlindungan terbaik terhadap apa sahaja ancaman kesuburan seperti penyakit kelamin (siflis dan lain-lain)

 

2) SUHU

Ya, suhu juga memainkan peranan penting dalam memastikan kesuburan anda terpelihara kala urusan intim. Umumnya, lelaki memiliki jumlah sperma lebih tinggi bila alat kelaminnya berada pada suhu dingin. Oleh itu, elakkan diri anda mendekati kolam air panas, mandi air panas dan mengenakan pakaian ketat sebelum melakukannya. Amalkan hubungan intim di bawah suhu maksimum dengan kadar suam dan sederhana.

3) DIET

Terlalu memberi tumpuan pada aspek fizikal luaran semata-mata juga boleh mempengaruhi kesuburan anda wahai lelaki. Diet yang tidak seimbang boleh memudaratkan. Jika kekurangan gizi atau tidak mendapatkan nutrisi yang mencukupi, jumlah sperma anda akan menurun dengan mendadak. Nutrisi seperti zink, selenium dan asid folat sangat penting untuk kesihatan reproduksi lelaki.

 

4) WAKTU PREMIUM

Penelitian saintifik membuktikan ada waktu dalam seharian yang dapat meningkatkan kualiti, bilangan serta pergerakan sperma lalu memudahkan persenyawaan, iaitu pada waktu pagi.

Menurut kajian, jumlah sperma lelaki lebih tinggi pada waktu pagi berbanding waktu lain. Maka, anda disarankan untuk bercinta pada waktu premium tersebut.

5) KURANGKAN KAFEIN

Si penggemar kafein! Anda perlu kurangkan pengambilan minuman jenis ini. Jika dahulu anda minum 2 hingga 3 gelas sehari, maka anda perlulah meminimumkannya. Kafein yang berlebihan akan memberikan kesan sampingan kerana zat besi yang diperlukan untuk kesihatan sperma anda untuk diserap ketika persenyawaan berlaku.

 

6) LALUAN SPERMA

Untuk mendapatkan sperma yang hebat bagi tujuan persenyawaan, anda dan pasangan perlulah mencipta satu atmosfera mesra sperma ketika menjalankan hubungan intim. Jangan amalkan penggunaan apa-apa sahaja penyembur, tampon mahupun pelincir kerana ia hanya akan menyekat laluan sperma anda.

7) KETAHUI MASA SUBUR SI DIA

Dalam misi untuk kehamilan, anda sebagai seorang lelaki juga perlu tahu dan amati masa subur si dia, kerana ia tidak hanya bergantung pada si dia. Kadangkala akibat tuntutan kerja dan tanggungjawab, anda berdua leka.

Tanpa mengetahui hari subur yang sepatutnya, peluang untuk sperma dan telur bersenyawa tidak akan terjadi. Oleh itu, anda perlu bantu pasangan anda dengan mengingatinya. Sentiasa lakukan pemeriksaan dengan menggunakan kit ovulasi yang boleh didapati di farmasi berdekatan.

 

8) KATAKAN ‘TIDAK’ PADA ALKOHOL DAN ROKOK

Sebaik sahaja anda berdua memutuskan untuk mendapatkan anak, inilah masa yang terbaik bagi anda untuk henti merokok dan jangan sesekali mengambil alkohol. Ini kerana kedua-dua itu mengurangkan mobiliti sperma, malah boleh menggugat kandungan sekiranya pasangan anda hamil jua. Malah, jadikan keinginan untuk mendapatkan zuriat sebagai pemangkin semangat untuk anda berhenti merokok dan minum arak.


9) RELAKS DAN NIKMATI KEPUASAN

Tekanan perasaan, stres dan kemurungan adalah punca utama dalam menyukarkan anda berdua mendapatkan zuriat ketika hubungan intim. Oleh itu, anda berdua dinasihatkan untuk sentiasa tenang, lapangkan fikiran dan mula beraksi. Jangan terlampau banyak berfikir. Just go with the flow!

 

10) HENTIKAN KAEDAH PERANCANG KELUARGA

Ini sudah semestinya. Apabila anda berdua sudah bersedia untuk mendapatkan zuriat, maka hentikan apa jua penggunaan kaedah perancang keluarga yang sedang digunakan. Tidak kiralah sama ada pil, suntikan, implan, IUCD ataupun yang lain-lain. Sebagai lelaki, cubalah pantau ubat-ubatan si dia.