deko rumah

Bila berumahtangga, pasangan yang baru berkahwin perlu bijak deko rumah supaya suasana nampak lebih tenang dan mood ‘baru kahwin’ itu berkekalan.

Haa… jangan kata tak pandai nak mula, anda boleh cuba guna tip hiasan dalam yang dikongsikan Syarikat hiasan dalaman, ZBS Furnishing & Interior untuk kediaman yang dihuni oleh pasangan baru berkahwin.

 

10 Tip Deko Rumah Untuk Pasangan Muda Baru Kahwin

10 Tip Deko Rumah Untuk Pasangan Muda Baru Kahwin, Kemas Dan Teratur!

1. Tentukan konsep pilihan yang diminati oleh suami dan isteri. Inggeris, moden, loaf, scandinavian dan lain-lain. Jika kedua-duanya mempunyai cita rasa yang berbeza maka bincanglah dan buat konsep mix dan match.

2. Rajin-rajin rujuk majalah dekorasi, mencari idea secara online atau offline.

Ads

3. Beli keperluan utama dahulu seperti peti ais, meja makan, sofa, tv, dapur dan katil. Kemudian barulah mula mencari keperluan hiasan untuk mencantikkan rumah.

10 Tip Deko Rumah Untuk Pasangan Muda Baru Kahwin, Kemas Dan Teratur!

4. Setiap hujung minggu anda suami-isteri mesti rajin ke kedai perabot, shopping mall dan juga ekspo dekorasi untuk mencari idea dan juga survey harga. Adakalanya jika bernasib baik anda akan terjumpa tawaran yang tidak masuk akal.

Ads

5. Mesti rajin DIY olah semula perabot terpakai atau benda terbuang dan ditukarkan menjadi salah satu elemen dekorasi yang menarik.

10 Tip Deko Rumah Untuk Pasangan Muda Baru Kahwin, Kemas Dan Teratur!

6. Mesti rajin mengemas rumah bagi memastikan kediaman sentiasa dalam keadaan baik, bersih dan selesa barulah rumah jadi tenang umpama ‘RUMAHKU SYURGAKU”.

Ads

7. Barang-barang hobi juga boleh dijadikan sebagai hiasan rumah atau sebagai hiasan dinding. Contohnya gantungkan papan karom, lukisan yang dicat sendiri dan sebagainya.

8. Ada perabot yang boleh dibeli secara online tetapi dengan harga yang murah. Anda kena rajin membuat perbandingan harga. Kedai online yang berpangkalan di China juga banyak menawarkan perabot harga murah. Cuma anda sanggup tunggu lama atau tidak untuk proses shipment.

9. Jika ingin kurangkan belanja maka lebih baik cat sendiri kediaman. Walaupun mengambil masa yang lama tetapi anda dapat jimat beratus-ratus ringgit.

10. Untuk bahagian dapur beli bekas makanan dari warna dan jenis yang sama untuk kelihatan seragam.

Dapat sesuatu dalam tip deko kali ini? Kalau anda rasa tak mampu nak hias, buat ikut bajet sendiri. Yang penting, ada perubahan setiap bulan. Barulah hasilnya mantap!

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI