Ramai yang mengeluh kesukaran hidup pada waktu PKP ni. Pada golongan biasa-biasa, nak buat simpanan setiap bulan pun sangat susah. Sedangkan perbelanjaan pun tak cukup, inikan pula untuk menyimpan. Lebih menambah tekanan apabila ada yang dah merancang untuk melangsungkan perkahwinan.

 

Selagi ada idea untuk dikongsi, selagi itu berusahalah untuk mencuba. Tak cuba tak tahu kan? Tip ini diharap dapat membantu bakal pengantin untuk lebih berjimat dan dapat melangsungkan perkahwinan tanpa rasa bimbang terbeban hutang.

 

  1. Rancang tarikh kahwin

Sudah tentulah ini poin paling penting. kerana apabila sudah ada tarikh, baharulah kita ada objektif yang ingin dikejar. Objektif ini yang akan menggerakkan dan mengingatkan kita tujuan penjimatan itu dilakukan. Macam alarm clock la. Dan kita akan rasa terkejar dengan dateline.

 

  1. Tetapkan jumlah tetamu

Pada waktu PKP atau PKPB dan sebagainya, kita terpaksa kurangkan tetamu untuk majlis. Jadi, ambillah peluang ini untuk memilih tetamu kita. Utamakan keluarga yang terdekat dan kemudian teman paling rapat. Memang kita bimbang mereka berkecil hati tetapi ini adalah untuk kebaikan semua. Kita sendiri ingin kurangkan risiko jangkitan.

 

Ads

 

  1. Tempah makanan

Tetapkan harga makan untuk satu kepala. Selagi boleh berjimat, kita berjimat. Jika ada ahli keluarga yang sudi untuk memasak sendiri atau buat rewang, pun lebih baik. Anda hanya beli barang basah dan sedikit pemanis mulut sebagai pelengkap.

 

  1. Kiriman kad

Zaman sekarang ni e-card sudah mencukupi. Gunakan sahaja aplikasi Canva untuk membuat rekaan kad jemputan dan hantarkan kepada tetamu.

 

Ads
  1. Cenderahati

Disebabkan tetamu untuk majlis anda terhad, jadi cenderahati pun bolehlah dikurangkan bajetnya. Terlalu banyak barangan yang cantik dan memorable untuk anda pilih di kedai borong. Ataupun anda juga boleh membuat pesanan lebih awal dari laman web seperti Lazada dan Shopee sebelum tibanya majlis perkahwinan.

 

  1. Tidak terpengaruh

Jangan sesekali membandingkan majlis anda dengan orang lain. Duit kita bukan duit mereka dan begitu juga sebaliknya. Kalau boleh, janganlah berangan-angan untuk menggunakan waktu PKP ini untuk membazir di tempat lain pula. Ikut segala strategi penjimatan yang ada.

 

  1. Hantaran

Sekarang ini trend barang hantaran sorok dah kembali. Pilih sahaja barang hantaran dari jenama biasa untuk hantaran kepada pasangan. Orang takt ahu pun jenama apa yang anda gunakan sebagai hantaran. Bila ekonomi dah stabil, hadiahkanlah yang best sikit untuk mereka.

Ads

 

  1. Busana pengantin

Anda boleh pilih untuk membuat tempahan atau beli yang sudah siap. Awal-awal lagi anda perlu letakkan bajet yang anda mampu. Banyak juga pilihan busana pengantin untuk lelaki dan wanita dengan harga sangat berpatutan.

 

  1. Memori

Kahwin ni sekali seumur hidup. Pasti anda mahu abadikan foto perkahwinan menggunakan jurugambar professional. Sila tanya pada kawan-kawan atau orang yang pernah menggunakan khidmat jurugambar professional. Dapatkan info dari mereka. Bukan tak boleh pilih dari Instagram atau Facebook tetapi takut kalau-kalau anda terkena dengan jurugambar yang tak bertauliah. Rugi duit!

 

  1. Simpanan

Sentiasa ingat bahawa kehidupan selepas kahwin memerlukan wang yang banyak lebih dari sewaktu melangsungkan perkahwinan. Majlis kahwin ini sekali sahaja tetapi lepas kahwin yang kita perlukan lebih banyak duit. Elakkan dari berhutan, baik hutang dengan kad kredit atau berhutang dengan orang. Susah nak bayar balik nanti.

 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI