Tip Penting Bakal Pengantin Perlu Tahu Sebelum Pilih Perancang Perkahwinan Agar Majlis Berlangsung Sempurna

Share

Trend kahwin masa kini sudah berbeza berbanding masa dahulu. Dahulu jika bakal pengantin ingin mendapatkan servis perkahwinan, mereka akan datang ke butik untuk berbincang. Namun dengan dunia yang serba canggih ini, serba-serbi menjadi lebih mudah. Ini termasuklah dalam hal memilih perancang perkahwinan yang kebelakangan ini hebat melakukan promosi di pelbagai media sosial.

Kewujudan media sosial diakui sangat membantu bakal pengantin yang sibuk dalam memilih perancang perkahwinan. Cukup dengan melihat posting yang pernah diselenggaranya menarik dan menepati selera, bakal pengantin boleh terus menghubungi terus perancang perkahwinan baik melalui Direct Massage ataupun nombor yang tertera pada keterangan kolum Bio.

Buat bakal pengantin  berikut dikongsikan 10 tip mudah oleh Perancang Perkahwinan Mahligai Creative , Farah Razali & Ashraf Mansor. Semoga majlis kahwin anda menjadi hari terpenting dalam hidup.

Perancang perkahwinan Mahligai Creative , Farah Razali & Ashraf Mansor

1. Tetapkan tarikh majlis anda, nikah dan sanding

Sebelum berjumpa dengan perancang perkahwinan, keluarga ke dua belah pihak sebaiknya sudah menetapkan tarikh untuk majlis nikah dan sanding kedua belah pihak. Ini bagi memudahkan perancang perkahwinan menetapkan kerja dengan sempurna.

2. Lokasi majlis

Selain itu bakal pengantin perlu menetapkan di manakan lokasi majlis iaitu bernikah dan sanding itu mahu diadakan. Adakah di rumah , dewan dan sebagainya. Ia penting untuk perancang perkahwinan membuat persiapan sewajarnya.

3. Waktu majlis

Tetapkan juga waktu majlis sama ada siang atau malam

4. Kos

Bakal pengantin pastinya mempunyai peruntukan tertentu untuk majlis kahwin. Berbincanglah dengan baik kos yang mampu disediakan oleh bakal pengantin supaya majlis yang bakal diadakan berlangsung dengan sempurna

5. Tema atau konsep majlis

Tentukan juga konsep majlis dari segi dekorasi pelamin , baju dan sebagainya. Barulah perancang perkahwinan dapat mengilhamkan sebagaimana yang bakal pengantin inginkan. Mungkin juga juga kombinasi dari idea anda anda perancang perkahwinan dapat merealisasikan sesuatu yang unik untuk majlis bahagia anda.

6. Jumlah tetamu

Ini sangat penting agar tidak ada yang kurang atau lebih contohnya makanan makanan yang disediakan dan sebagainya.

7. Pengalaman rakan

Sebelum pilih perancang perkahwinan, dapatkan cadangan atau pengalaman rakan-rakan atau saudara mara yang anda sudah saksikan sendiri hasil kreativitinya.

8. Ikut kemampuan

Survey dulu perancang perkahwinan yang berbaloi dan mengikut kemampuan anda, bak kata pepatah ukur baju di badan sendiri.

9. Berjumpa dan berbincang

Berkomunikasi dahulu dengan perancang perkahwinan untuk memastikan anda mempunyai ‘chemistry’ bersama untuk menjayakan majlis anda.

10. Ikut citarasa

Pilih perancang perkahwinan yang boleh mengikut citarasa anda dan kukuh di dalam industri perkahwinan.

 

Published by
Putri Adila