Anda takut gemuk tambah pula buat bakal pengantin menjadikan anda lebih berhati-hati dalam memilih makanan. Ada juga yang mengatakan makan malam bakal menggemukkan diri. Jangan panik! Anda boleh mengatasinya dengan mengambil ‘makanan ringan’ yang lebih menyihatkan.

‘Makanan ringan’ yang sihat boleh menjadi kudapan penahan lapar sebelum waktu makan utama atau sebelum tidur. Tetapi hati-hati! Jika anda tidak bijak memilih makanan, ia bakal menggagalkan diet. Bagi yang bakal naik pelamin, awas! Bimbang senget pula pelamin yang bakal anda duduk nanti.

Tiba masanya untuk anda mengambil langkah bijak dengan memilih ‘makanan ringan’ anda. Selain tidak menggemukkan, ‘makanan ringan’ pilihan ini dapat memberi sumber gizi untuk tubuh, selain menghindarkan masalah kegemukan yang melampau. Ini antara 11 ‘makanan ringan’ yang boleh anda ambil sebagai alas perut anda ketika berkeroncong.

1. Kacang-kacangan

Kacang badam kaya dengan sumber protein dan serat, manakala kacang edamame pula mengandungi 4 gram serat, 8 gram protein dan zat besi. Campurkan kedua-dua kacang ini boleh dijadikan makanan ringan yang mudah dibawa ke mana-mana, selain menjadi pilihan yang menyegarkan.

2. Puding rendah lemak

Buat sendiri puding dengan rasa kesukaan tersendiri yang kaya dengan serat tanpa tambahan susu dan gula berlebihan. Pasti menyihatkan!

3. Bertih jagung

Pilih bertih jagung mentah dengan label rendah lemak dan tanpa masukkan sebarang rasa. Masak bertih jagung dalam ketuhar bersama minyak tanpa menambahkan bahan karamel ataupun mentega. Kalau masih inginkan mentega, letak sedikit mentega tanpa lemak trans. Sekiranya suka pedas, anda boleh menambahkan sedikit serbuk cili. Ketahuilah bahawa bertih jagung tanpa tambahan mentega atau gula mengandungi serat tinggi yang sangat bermanfaat bagi pencernaan.

Ads

4. Biskut dan keju

Pilih biskut yang mengandungi biji-bijian utuh (seperti gandum utuh) dan rendah lemak. Anda boleh letakkan sedikit keju parut atau krim keju rendah lemak untuk penambah rasa yang sedap.

5. Bijirin

Ia boleh dijadikan pilihan makanan ringan sihat kerana bijirin kaya dengan serat dan rendah kadar gula. Makan bersama kismis untuk rasa yang lebih enak.

11 ‘Makanan Ringan’ Yang Boleh Anda Makan Sebagai Alas Perut Ketika Berkeroncong

6. Yogurt dan buah

Pilih yogurt tanpa rasa dan makan dengan potongan buah-buahan. Makanan ringan ini dapat menjadi sumber kalsium yang lazat dan kaya dengan manfaat. Anda juga boleh mencampurkan bahan-bahan sihat lain seperti biji bunga matahari.

Ads

11 ‘Makanan Ringan’ Yang Boleh Anda Makan Sebagai Alas Perut Ketika Berkeroncong

7. Sayur-sayuran

Tidak hanya menjadi makanan utama, sayur juga dapat menjadi makanan ringan. Anda boleh masak secara kukus dan potong dalam bentuk kecil atau hirisan paprika sebagai makanan kudapan.

8. Roti panggang bersama tomato dan keju

Panggang dua keping roti tawar daripada biji-bijian (misalnya gandum). Isi dengan tomato yang dipotong dadu dan keju parut rendah lemak. Boleh juga ditambah dengan bawang bombay yang dicincang.

9. Salmon gulung keju

Sediakan empat keping ikan salmon. Lapisi dengan krim keju rendah lemak dan kemudian gulung.

Ads

10. Smoothies/milkshake pisang

Smoothies dan milkshake dikategorikan sebagai minuman sekali gus makanan ringan kerana teksturnya yang lebih kental daripada jus dan minuman lain pada umumnya. Anda boleh mengisar pisang bersama susu rendah lemak. Jika suka, tambahkan sedikit serbuk kulit kayu manis. Selain mengenyangkan, milkshake ini memberi anda tenaga.

11 ‘Makanan Ringan’ Yang Boleh Anda Makan Sebagai Alas Perut Ketika Berkeroncong

11. Aiskrim

Aiskrim memang tidak tepat untuk dijadikan makanan ringan setiap hari. Walau bagaimanapun jika anda memilih aiskrim rendah lemak, ia boleh menjadi pilihan yang tepat dan menyenangkan terutamanya jika anda menikmatina di siang hari yang panas.

KRITERIA PILIH PRODUK MAKANAN

Jika anda tidak punya cukup waktu untuk membuat ‘makanan ringan’ dan hanya ingin membelinya di pasar raya, setidaknya pilihlah produk makanan dengan kriteria sebagai berikut.
1. Mengandungi biji-bijian asli yang kaya dengan serat, nutrisi dan protein.
2. Mempunyai kadar kalori yang mencukupi tapi tidak terlalu banyak.
3. Mempunyai label rendah lemak dan rendah gula.

TIP ELAK PERUT LAPAR

1. Lengkapkan standard makanan yang sihat di dapur rumah atau di laci pejabat dengan yogurt, susu, keju rendah lemak dan biskut yang kaya dengan serat. Bahan-bahan ini dapat dipadukan dengan mudah menggunakan buah-buahan sebagai ‘makanan ringan’ yang menyihatkan.
2. Akhir sekali, sentiasa menyediakan air minuman (air putih) di meja pejabat kerana perut anda sebenarnya tidak selalu inginkan ‘makanan ringan’ melainkan memerlukan cukup air putih saja.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI