12 Tanda Ini Membuktikan Anda Sudah Menjadi Isteri Terbaik Buat Suami

Share

Setiap isteri pasti ingin menjadi pasangan dan teman terbaik buat suami. Bukan hanya dapat membantu meringankan beban suami, malah berupaya untuk menenangkan suami dalam apa jua keadaan susah mahupun senang.

Menjadi seorang isteri yang hebat bukan mudah. Ini kerana kehadiran isteri di sisi suami mampu memberikan impak yang besar terhadap kehidupan rumah tangga.

Oleh itu jika isteri melakukan 12 perkara ini, maka bertuahlah suami miliki anda kerana suami tahu kesungguhan anda untuk menjadi isteri terbaik buatnya. Jom kita semak.

1. Anda mendahulukan suami

Suami menjadi perkara nombor satu dalam hidup anda. Anda akam memastikan karier dan hobi anda tidak lebih penting daripada suami, malah tidak ada orang lain yang lebih anda utamakan.

2. Anda gembira dengan kejayaan suami

Ketika suami gembira kerana prestasinya, anda juga turut bahagia. Anda tahu andalah isteri yang istimewa apabila anda sama-sama meraikan kejayaan dan kegembiraan suami.

3. Anda sentiasa membuatkan suami gembira

Anda isteri terbaik di dunia jika tahu kalimat apa yang mampu membuatkan suami ketawa atau gembira, malah tersenyum hanya dengan satu kilas pandangan.

4. Anda sering memasak makanan kegemaran suami

Walaupun mungkin anda tidak suka dengan makanan kegemaran suami namun anda berusaha memasak makanan kegemarannya untuk menunjukkan bahawa anda tahu apa yang menjadi kegemaran suami dan anda ingin melakukan perkara-perkara yang boleh menyenangkan hatinya.

5. Anda menyimpan rahsia suami

Jika suami kurang selesa apabila anda mahu berkongsi rahsia dengan orang lain, maka anda tidak akan melakukannya. Suami anda berkongsi rahsia dengan anda kerana suami amat mempercayai anda.

6. Anda sanggup menonton filem kegemaran suami berulang kali

Anda sudah menonton filem kegemarannya banyak kali namun anda tetap tidak pernah jemu. Paling membuatkan suami gembira apabila anda dan suami boleh ketawa pada saat yang tepat.

7. Anda faham dengan kehendak suami yang ingin menyendiri

Walaupun anda hanya mengutamakan suami, tak bermakna anda hanya berkepit dengannya 24 jam. Walaupun anda lebih suka berada dekat dengannya, anda tidak keberatan untuk menyendiri dan membiarkan suami juga bersendirian kerana masing-masing memerlukan waktu untuk berseorangan.

8. Anda membuatkan suami rasa yang dia sangat diperlukan

Walaupun anda mampu melakukannya sendiri namun anda tetap mahu meminta bantuan suami untuk melakukannya untuk anda. Dengan cara ini suami akan rasa yang dia amat diperlukan oleh isterinya.

9. Anda sentiasa rasa selesa dengan rakan-rakannya

Anda sedar bahawa suami sudah mengenal teman-temannya sebelum mengenal anda. Jadi anda tidak keberatan jika suami ingin keluar menghabiskan masa bersama temannya.

10. Anda selalu meninggalkan catatan buat suami

Isteri yang baik akan memastikan suaminya tahu bahawa dia dicintai. Nota kecil di dalam kocek atau begnya sudah cukup untuk membayangkan betapa hangat dan romantisnya cinta anda terhadap suami.

11. Anda sentiasa mendoakan kesejahteraan suami

Ketika berdoa selepas solat, anda tidak pernah lupa untuk mendoakan yang terbaik buat suami. Ia sebenarnya lebih menghangatkan lagi hubungan anda dengan pasangan secara spiritual.

12. Anda berusaha keras untuk menjadikan perkahwinan anda bahagia

Tidak peduli apapun yang terjadi, anda berusaha untuk mempertahankan perkahwinan yang telah anda berdua bina. Jika saatnya hubungan anda berdua hambar, anda segera untuk mengambil tindakan bagi mengembalikan kebahagiaan dan kemesraan antara anda berdua.

Published by
Roselinda Mohd Yusof