Hubungan

14 Tahun Maya Karin Hidup Solo, Tak Tolak Kalau Kali Ini Jodohnya!

Share

Manisnya melihat air wajah pelakon wanita, Maya Karin yang sudah berusia 45 tahun. Baru-bar ini dilihat sedang berkawan rapat dengan jejaka Perancis yang pernah dikaitkan dengan dirinya pada tahun lalu.

Mungkin inilah jodoh yang ditakdirkan olehNya. Apa yang istimewa, hubungan mereka masih berjalan lancar selain tidak menafikan lelaki berusia 40-an itu paling dekat di hatinya.

 

“Hubungan saya dengan lelaki itu masih berterusan dan masih lagi (paling istimewa).

“Kadang-kadang kami tidak berjumpa dalam tempoh masa yang lama iaitu sekitar tiga minggu begitu kerana masing-masing juga sibuk dengan kerja.

“Saya cuba menjadi seorang yang realistik. Kalau nak berjumpa, mungkin dia boleh datang ke lokasi penggambaran sebab dia suka tengok saya bekerja,” katanya.

Tak Sangka Hubungan Masih Berpanjangan

Menerusi satu portal hiburan, bintang filem Munafik itu mengakui tidak menyangka apabila hubungan mereka mampu bertahan sehingga hari ini.

“Saya pun agak terkejut apabila hubungan kami ini boleh kekal lama sehingga kini. Jangkaan saya hanya dua tiga bulan sahaja kemudian reda dan pasrah.

“Namun sedar tidak sedar, hubungan kami sudah masuk tempoh dua tahun, lama juga.

“Tipu kalau tiada pasang surutnya dalam hubungan tetapi kini kami saling memahami,” ujarnya.

Tak Tolak Jodoh

 

Hampir 14 tahun hidup solo, Maya tidak menolak dan menyerahkan segalanya kepada ketentuan takdir jika diberi kesempatan untuk kembali bergelar isteri sekali lagi.

“Saya terbuka untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi dan saya sangat gembira dan menikmati momen bersama seseorang.

“Cuma saya percaya dengan ketentuan Allah, terserah kepada perancangan-Nya,” ujarnya lagi.

Sekitar tahun 2022, Maya pernah mendedahkan sedang mengenali seseorang yang dikatakan lelaki paling rapat dengannya dan masih dalam tempoh mengenal hati budi.

Sebelum ini perkahwinan Maya dengan Muhammad Ali Abdullah hanya bertahan selama dua tahun apabila mereka bercerai pada 16 Julai 2010.

Sumber: Kosmo!

 

Published by
Nadia