Memiliki keluarga bahagia adalah impian buat pasangan yang melangkah ke alam perkahwinan. Kebahagiaan dalam rumah tangga tidak dapat dicipta dengan khayalan mahupun kata-kata semata-mata.
Namun keharmonian dan kebahagiaan yang ingin dilahirkan di alam rumah tangga haruslah berbekalkan usaha dan panduan yang tepat.
Ia perlu dimulakan dengan tindakan asas antara suami dan isteri secara bersama.
1. Berikan ciuman, sentuhan, belaian dan pelukan mesra kepada pasangan. Belaian dengan penuh rasa kasih sayang dipercayai dapat membantu pasangan untuk kelihatan awet muda dan berketerampilan menarik. Sekiranya pasangan kecil hati atau merajuk, pujuklah dengan pelukan romantik supaya hatinya menjadi gembira semula.
2. Sering lakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama. Biasanya isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada disisi untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama.
3. Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang di dalam rumah tangga. Sekiranya berlaku pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
Ads
4. Suami atau isteri jangan terlalu memberi tumpuan kepada dunia luar sehingga lupa dengan tanggungjawab masing-masing. Hal ini jika berlanjutan akan mengundang suasana dingin di dalam rumah tangga dan tiada lagi keharmonian dapat dicipta.
5. Pasangan suami isteri perlulah sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan dan pergaulan. Kata-kata yang lembut yang dilontarkan pastinya tidak akan menyinggung hati dan perasaan pasangan.
6. Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah. Biarlah kecantikan itu ditatap untuk suami semata-mata.
7. Menjawab setiap pertanyaan dengan lemah lembut. Cara ini dapat mewujudkan komunikasi dua hala yang lebih sihat antara suami isteri.
Ads
8. Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
9. Fahami dan hayati sifat pasangan. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan yang cantik, lembut dan indah dipandang.
Ads
10. Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran, tempat tinggal sehinggalah menentukan tempat percutian untuk keluarga.
11. Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang dilakukan secara berjemaah bersama-sama ahli keluarga. Ini akan dapat merapatkan hubungan dan kemesraan.
12. Untuk mencapai kerukunan dalam rumah tangga, sebuah rumahtangga yang bahagia harus diliputi oleh empat kunci utama, iaitu cinta atau kasih sayang, saling memahami, kerjasama dan kejujuran.
13. Ungkapan kasih sayang bukan sahaja dengan kata-kata tetapi harus digambarkan dengan layanan serta pergaulan yang baik dan mesra sepanjang masa.
14 Menjadikan matlamat bersama untuk membina keluarga yang harmoni.
15. Elakkan perdebatan, salah faham, mengungkit dan menyindir pasangan. Sebaliknya selesaikan sebarang masalah dengan tenang tanpa mengikut perasaan. Sekiranya masalah itu disebabkan oleh pasangan kita, sedialah untuk memaafkannya. Sebaliknya, jika masalah itu datangnya daripada diri kita, mohonlah kemaafan daripada pasangan anda dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aduh, pastinya agak sedih bagi kaum wanita yang tidak boleh berpuasa pada hari pertama di bulan Ramadan kerana didatangi haid. Memang sedih tapi apa boleh buat kan?
Ingat ya wahai kaum wanita, walaupun anda sedang dalam haid, anda masih boleh melakukan amalan yang boleh menambah pahala anda. Datang bulan tidak bermakna anda perlu duduk sahaja.
Kami kongsikan antara 3 amalan yang boleh dilakukan oleh wanita dalam haid di bulan Ramadan.
1. Berdoa & Berzikir
Bagi wanita yang sedang dalam haid, anda digalakkan untuk membaca doa dan juga zikir. Dalam sebuah riwayat daripada A’isyah R.Anha beliau berkata:
Maksudnya: Wahai Rasulullah, apakah pandangan kamu sekiranya aku bertemu dengan lailatul qadar apakah yang patut aku berdoa? Maka kata Nabi S.A.W: “Ucapkanlah: Ya Allah, sesungguhnya Kau maha Pengampun, dan Kau sukakan pengampunan, maka ampunkanlah aku.”
2. Banyakkan Sedekah
Amalan sedelah di dalam bulan Ramadan mempunyai ganjaran yang amat besar disisi Allah S.W.T. Dalam isu sedekah, tidak disyaratkan bagi seseorang itu berada di dalam keadaan yang suci daripada sebarang hadas. Maka, seseorang wanita yang sedang dalam haid masih boleh mendapat ganjaran pahala bersedekah ini.
3. Memberi Makan Kepada Orang Berbuka Puasa
Sekiranya anda memberi makanan kepada mereka yang berbuka puasa, maka anda akan mendapat ganjaran pahala yang besar. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Zaid bin Khalid al-Juhani R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya: Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun. (Riwayat Al-Tirmizi: 807)
Bahkan kata Imam Izzuddin Al Izz bin Abd al-Salam dalam menjelaskan fadhilat memberi makan kepada orang yang berpuasa: “Sesiapa yang memberi makan kepada 36 orang yang berpuasa dalam sepanjang tahun, maka dia akan mendapat pahala berpuasa selama setahun.” Rujuk Maqasid al-Saum, Izz Abd al-Salam (Hlm. 18)
Soalan: Mohon terangkan iddah orang laki. Biasa kita dengar iddah orang perempuan sahaja.
Jawapan:
Sebelum dijelaskan jawapan bagi persoalan ini, dikemukakan terlebih dahulu takrifan bagi iddah dan nas syarak yang berkaitan dengannya.
Pengertian Iddah
Iddah ialah suatu tempoh masa yang dilalui oleh seseorang perempuan selepas perceraian atau kematian suami di mana dia tidak boleh menikah semula. Tujuannya untuk memastikan kekosongan rahimnya dari mengandung dan tempohnya bergantung kepada berapa kali dia mengalami haid. Biasanya, tempoh iddah bagi wanita sesudah cerainya dengan bekas suaminya yang dahulu adalah tiga kali suci kitaran haid dan wanita yang telah kamatian suaminya, tempoh iddah adalah selama 4 bulan dan 10 hari (dikira mengikut tahun Hijrah) .
Dalam tempoh iddah ini, bekas isteri diharamkan berkahwin dengan orang lain. Tujuan dikenakan iddah ialah bagi memastikan rahim wanita tersebut suci daripada sebarang janin bagi mengelakkan ketidakpastian nasab sebenar anak jika perkahwinan baru dengan lelaki lain berlaku. Dalam tempoh iddah, suami boleh rujuk kembali dengan syarat isteri adalah dalam iddah raj’ie.
Dalil Berkaitan Dengan Iddah
Iddah wanita yang masih didatangi haid, diceraikan semasa suami hidup:
Maksudnya: “Dan orang-orang yang mati di antara kamu serta meninggalkan isteri-isterinya hendaklah mereka (isteri-isteri) menunggu empat bulan sepuluh hari.”
(Surah al-Baqarah: 234)
Iddah bagi wanita hamil yang dicerai semasa suami hidup atau kematian suami:
Maksudnya: “Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh iddahnya ialah sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya.”
(Surah at-Talaq: 4)
Berdasarkan kepada nas al-Quran di atas, ia jelas menunjukkan bahawa Allah SWT telah menetapkan kepada iddah bagi wanita sesuai dengan keadaannya selepas penceraian. Namun, bagi golongan lelaki pula mereka tidak mempunyai tempoh iddah sepertimana iddahnya wanita. Tetapi dalam hal-hal yang tertentu, lelaki juga mempunyai tempoh untuk dia tidak mengahwini wanita lain atau wujudnya penghalang untuk dia berkahwin. Dalam kitab ada menyebut bahawa ulama fiqh berpandangan bahawa iddah tidak wajib bagi lelaki. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah: 29/306)
Berikut dibentangkan beberapa keadaan iddah bagi lelaki, antaranya:
Lelaki yang mempunyai empat orang isteri.
Apabila dia telah menceraikan salah seorang isterinya maka dia tidak boleh berkahwin lain melainkan selepas isteri yang dicerainya itu habis iddah talak raj’ie (cerai yang masih boleh rujuk).
Masih mempunyai pertalian dalam keluarga isteri.
Seorang suami tidak boleh mengahwini kakak isterinya atau ibu saudara isterinya melainkan selepas habis iddah talak raj’ie isterinya.
SUMBER : http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1863-al-kafi-li-al-fatawi-siri-ke-439-iddah-bagi-lelaki
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pil perancang keluarga adalah bahan untuk menjarakkan kehamilan dan telah berkembang sejak mula diperkenalkan 50 tahun lalu. Kaedah perancang keluarga yang dikenali sebagai oral kontraseptif ini begitu popular, berkesan dan selamat digunakan oleh ramai wanita. Pil perancang keluarga terbahagi kepada dua jenis utama. Pertama, pil berkombinasi estrogen dan progesteron seperti Marvelon, Yasmin, Rigevidon, Qlaira, Nordette, Loette, Mercilon, Minulet, Meliane dan Yaz.
Kedua, pil berhormon tunggal (progesteron sahaja) seperti Noriday dan Cerazette. Pil perancang keluarga hormon tunggal tidak akan mengurangkan penghasilan susu badan dan menjadikannya lebih sesuai kepada wanita yang memilih untuk terus memberi susu badan. Terdapat juga wanita yang mengamalkan pil perancang keluarga tanpa mengira dirinya berada dalam kitaran haid.
Sekiranya perkara ini berlaku, mereka harus menggunakan kaedah perancang keluarga lain (suami memakai kondom) untuk julat masa sebulan. Mereka juga hendaklah memastikan tidak berlaku kehamilan selepas pengambilan pil yang pertama. Pil perancang keluarga hanya berkesan jika pengambilannya dibuat secara teratur tanpa mengira mungkin berlakunya pendarahan semasa menelan pil mahupun mengalami loya atau muntah-muntah. Jika berlaku hubungilah doktor atau jururawat yang mempreskripsikan pil tersebut. Pengambilan pil juga harus diteruskan walaupun hubungan seks tidak kerap dilakukan.
Pil ini turut memerlukan penyerapan yang berkesan dalam sistem pencernaan. Sekiranya wanita mengambil antibiotik, penyerapan ubat mungkin terganggu apabila dirinya sentiasa mengalami muntah.
Pil perancang keluarga bukan sahaja berfungsi untuk merancang kehamilan malah memberikan perlindungan terhadap kesihatan wanita secara menyeluruh. Penggunaan pil perancang keluarga dapat membantu mengurangkan kematian ibu semasa hamil dan bersalin selain mampu mengelakkan kehamilan tidak dirancang dan kehamilan berisiko tinggi. Ini sekali gus mengurangkan kes pengguguran tidak selamat.
Pengambilan pil ini dapat meningkatkan kualiti hidup serta menjamin kesihatan menjadi lebih baik.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!