Kemelut rumah tangga ibu bapa kepada penyanyi, Shila Amzah iaitu ND Lala dan Datin Fauziah akhirnya berakhir apabila mereka telah sah bercerai.
2 Kali Lafaz Cerai, Kemelut Rumah Tangga ND Lala Dan Datin Fauziah Berakhir
Menerusi satu hantaran di Instagram, ibu kepada Shila Azmah meluahkan rasa syukur apabila kemelut rumah tangganya berakhir. ND Lala didakwa telah melafazkan cerai sebanyak dua kali, pertamanya pada 2 Ogos dan kedua pada semalam iaitu 8 Ogos.
Assalamualaikum semua. Alhamdulillah dengan izin-Nya dan kekuatan kasih sayang Allah kepada saya, saya ingin memaklumkan kepada semua yang saya telah menerima lafaz cerai melalui aplikasi WhatsApp yang dikirimkan pada pagi 8 Ogos 2023.
Untuk perkahwinan yang terbina selama 34 tahun, lafaz cerai ini dibuat oleh bekas suami saya pada tarikh 2 Ogos lalu di Masjid Ar Rahman, Bangsar dan saya dimaklumkan semalam (8 Ogos 2023) melalui WhatsApp.
Alhamdullilah, Allah telah memberikan saya kekuatan yang sangat luar biasa untuk menerima ketentuan ini. Saya menerima segala ini dengan berlapang dada kerana saya yakin doa saya, doa insan-insan yang sentiasa ada di belakang saya selama bertahun-tahun ini adalah asbab untuk saya mendapat kehidupan yang lebih baik, tenang dan sempurna, insya-Allah.
Ads
Jelaskan Sebab Tak Mahu Timbul Fitnah
Tambah Fauziah, dia menjelaskan status mereka agar tidak timbul sebarang fitnah di kemudian hari.
Fauziah juga memberitahu bahawa dia mengumumkan perkara agar tidak menimbulkan fitnah di kemudian hari kelak.
Ads
Saya menulis ini untuk menjelaskan status saya agar tidak timbul sebarang fitnah dan cuba mendidik jiwa saya untuk tidak menafikan kenyataan yang telah tertulis dalam perkahwinan kami selama 34 tahun ini.
Bukan itu sahaja, ibu kepada Shila Amzah juga mohon doa orang ramai agar dirinya kuat untuk meneruskan kehidupan.
Mohon Doakan Yang Baik-baik
Ads
Doakan untuk saya terus kuat sebagaimana saya kuat selama bertahun-tahun hidup dalam penipuan.
Apa yang telah menjadi sejarah akan saya titipkan sebagai nadi kekuatan saya dalam membina hidup yang lebih diredhai Allah tanpa menyakitkan jiwa sesiapa kerana saya sangat sedar, dosa sesama manusia ini sangatlah berat.
Terima kasih untuk doa semua dan buat mereka yang ada dalam kisah saya yang sangat panjang dan payah untuk diungkapkan dalam baris kata. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas budi baik dan kasih sayang kalian semua.
Sudah tertulis jodoh mereka berdua sampai di situ, moga masing-masing akan bahagia dengan cara hidup yang dipilih.
Kredit: Instagram Ibu Shila Amzah
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Roti sedap enak dinikmati ketika masih panas-panas lagi. Sebenarnya tidak susah pun untuk memasak roti. Bahan-bahan yang digunakan pun tidak banyak. Jika anda tiada oven, roti boleh dimasak dengan cara kukus.
Resipi roti yang dimasak dengan kaedah kukus seperti dikongsikan oleh pengguna Facebook, Khairunnisa Mohammad berikut memang sangat mudah. Hasilnya roti gebu dan cantik. Sesuai dijadikan menu untuk sarapan pagi dan juga hidangan minum petang.
RESIPI ROTI KUKUS GEBU
Bahan-bahan:
150 gm tepung gandum
2 biji telur
1 sudu besar gula
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil esen vanila
Secubit garam
1 sudu besar minyak masak
Gula dan mentega yang dicairkan untuk topping
CARA MENYEDIAKAN:
1. Satukan tepung gandum, yis, gula, garam dan telur dalam bekas. Kacau dengan spatula hingga rata.
2. Masukkan minyak masak. Uli hingga doh licin.
3. Perap sampai doh naik dua kali ganda. Selepas perap, bahagikan doh kepada beberapa bahagian.
4. Bulat-bulatkan dengan tangan. Susun dalam loyang. Boleh guna loyang saiz 6 inci.
5. Kemudian tunggu lagi hingga doh kembang dua kali ganda.
6. Balut loyang dengan ‘cling wrap’ tetapi jangan terlalu ketat. Bagi ruang untuk roti mengembang semasa dikukus.
7. Kukus dengan api sederhana selama 35 minit hingga 40 minit.
8. Apabila roti sudah masak, sapu dengan marjerin/mentega cair. Tabur gula. Siap untuk dimakan. Enak juga dinikmati dengan kari dan juga kuah sardin.
TIP PENTING:
– jika doh agak lambat kembang, jangan panik. Tunggu sahaja sehingga doh betul-betul kembang kemudian bolehlah dikukus.
– doh akan mengembang lagi ketika dikukus.
* jangan balut loyang terlalu ketat semasa mengukus. Roti tidak dapat mengembang dan tidak menjadi gebu.
Pada tahun ini Mattel mengumumkan jelajah Barbie “You Can Be Anything” di taman tema Lost World of Tambun, sempena 60 tahun memberikan inspirasi tanpa had dan batas kepada setiap gadis di seluruh negara. Anda juga berpeluang berjumpa dengan Barbie bagi sesi “Meet and Greet” dan Barbie juga menjemput pengunjung yang hadir untuk ke parti minum petang bersama si cantik ini.
Khas untuk kanak-kanak lelaki pula anda boleh bermain dan berlumba bersama rakan-rakan di trek perlumbaan khas bersama Hot Wheels. Bahagian Zon Challege Accepted ini di buka pada jam empat petang setiap hari untuk kanak-kanak. Bagi yang memasuki cabaran tersebut anda berpeluang untuk memenangi hadiah premium dari Hot Wheels.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada banyak fungsi wooden storage bench dalam hiasan rumah, bukan sekadar tempat duduk tetapi boleh juga diletakkan barang yang anda rasa sesuai.
Adanya bangku jenis ini, bukan sahaja menjadikan masalah storage dapat diatasi malah secara tidak langsung menaikkan seri rumah.
Pilih Wooden Storage Bench Sebagai Hiasan Dalam Rumah
Tidak perlu beli di kedai perabot, anda boleh lakukan DIY seperti yang dikongsikan oleh pasangan suami isteri ini.
Cerita suami isteri ini, “Kami bermula dengan projek DIY kecil kecilan di kuaters guru. Masih banyak lagi ilmu bidang pertukangan yang boleh dipelajari.”
Melihat hasil DIY yang kemas dan cantik, membuatkan ramai yang teruja untuk turut memiliki ruang penyimpanan seperti ini.
Apatah lagi kos untuk menyiapkannya tidaklah mahal, difahamkan kos kayu yang digunakan hanya RM 400 sahaja.
Menyempurnakan lagi rekaan storage bench turut digunakan kayu jenis rubber wood sebagai kemasan top.
Jadi, kalau anda suka ruangan seperti ini, boleh lah tiru dan cuba letakkan di tempat yang sesuai.