2 Kali Lafaz Cerai, Kemelut Rumah Tangga ND Lala Dan Datin Fauziah Berakhir

Share

Kemelut rumah tangga ibu bapa kepada penyanyi, Shila Amzah iaitu ND Lala dan Datin Fauziah akhirnya berakhir apabila mereka telah sah bercerai.

2 Kali Lafaz Cerai, Kemelut Rumah Tangga ND Lala Dan Datin Fauziah Berakhir

Menerusi satu hantaran di Instagram, ibu kepada Shila Azmah meluahkan rasa syukur apabila kemelut rumah tangganya berakhir. ND Lala didakwa telah melafazkan cerai sebanyak dua kali, pertamanya pada 2 Ogos dan kedua pada semalam iaitu 8 Ogos.

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah dengan izin-Nya dan kekuatan kasih sayang Allah kepada saya, saya ingin memaklumkan kepada semua yang saya telah menerima lafaz cerai melalui aplikasi WhatsApp yang dikirimkan pada pagi 8 Ogos 2023.

Untuk perkahwinan yang terbina selama 34 tahun, lafaz cerai ini dibuat oleh bekas suami saya pada tarikh 2 Ogos lalu di Masjid Ar Rahman, Bangsar dan saya dimaklumkan semalam (8 Ogos 2023) melalui WhatsApp.

Alhamdullilah, Allah telah memberikan saya kekuatan yang sangat luar biasa untuk menerima ketentuan ini. Saya menerima segala ini dengan berlapang dada kerana saya yakin doa saya, doa insan-insan yang sentiasa ada di belakang saya selama bertahun-tahun ini adalah asbab untuk saya mendapat kehidupan yang lebih baik, tenang dan sempurna, insya-Allah.

Jelaskan Sebab Tak Mahu Timbul Fitnah

Tambah Fauziah, dia menjelaskan status mereka agar tidak timbul sebarang fitnah di kemudian hari.

Fauziah juga memberitahu bahawa dia mengumumkan perkara agar tidak menimbulkan fitnah di kemudian hari kelak.

Saya menulis ini untuk menjelaskan status saya agar tidak timbul sebarang fitnah dan cuba mendidik jiwa saya untuk tidak menafikan kenyataan yang telah tertulis dalam perkahwinan kami selama 34 tahun ini.

Bukan itu sahaja, ibu kepada Shila Amzah juga mohon doa orang ramai agar dirinya kuat untuk meneruskan kehidupan.

Mohon Doakan Yang Baik-baik

Doakan untuk saya terus kuat sebagaimana saya kuat selama bertahun-tahun hidup dalam penipuan.

Apa yang telah menjadi sejarah akan saya titipkan sebagai nadi kekuatan saya dalam membina hidup yang lebih diredhai Allah tanpa menyakitkan jiwa sesiapa kerana saya sangat sedar, dosa sesama manusia ini sangatlah berat.

Terima kasih untuk doa semua dan buat mereka yang ada dalam kisah saya yang sangat panjang dan payah untuk diungkapkan dalam baris kata. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas budi baik dan kasih sayang kalian semua.

Sudah tertulis jodoh mereka berdua sampai di situ, moga masing-masing akan bahagia dengan cara hidup yang dipilih.

Kredit: Instagram Ibu Shila Amzah

Published by
Nadia