Kecantikan

3 Bahan Masker Yang Dapat Hilangkan Kulit Kena ‘Sun Burn’. Jom Buat!

Share

Masker ni hanya guna bahan yang memang ada kat dapur rumah kita. ‘Confirm’ memang selamat. Korang yang selalu berjemur tengah panas atau lakukan aktiviti lasak tu boleh cuba masker ni nak hilangkan sun burn. Ia juga sesuai untuk hilangkan kulit kusam dan juga untuk kecutkan jerawat.

Bahan-bahan :

1) 5 Sudu beras pulut
2) 1/2 inci kunyit
3) 1 biji kentang

Cara-cara : 

1)

Basuh pulut, masukkan pulut, kunyit dan kentang ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus. Keluarkan dan boleh terus digunakan.

2) Gunakan sebagai masker muka dan badan. Simpan lebihan masker di dalam peti sejuk.  Senang jer kan, jangan lupa guna petua ni kalau kulit lama sangat bawah matahari tau. Kalau nak Share Yana izinkan. Selamat mencuba.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber : Diana Said

Published by
NanyRahman