Soal jodoh terbaik ini sebenarnya agak sukar nak dapat yang serasi dan terima seadanya. Jodoh yang berkawan bertahun-tahun pun tidak menjanjikan bahagia sampai hujung nyawa, apatah lagi jika jodoh yang datang mengejut tanpa diduga.
Itu lah yang anda perlu selongkar soal jodoh. Nak tahu lebih jauh tentang jodoh, jemput baca perkongsian saudara Emran Ahmad ini.
Nak Dapat Jodoh Terbaik
Ada orang bertanya saya tentang cara untuk mendapatkan jodoh yang terbaik yang dapat diusahakannya, dia ingin berkahwin tetapi ingin tahu siapakah yang paling sesuai atau terbaik untuk menjadi pasangannya?
Ini jawapannya:
1. Jodoh yang terbaik ialah pasangan yang dapat membawa kita kepada keredhaan Allah dan boleh membantu kita mencapai kebahagiaan baik di dunia dan hari akhirat.
Ads
2. Setiap orang mempunyai pendapat tersendiri tentang jodoh yang terbaik, ada yang berpegang kepada hadith sebaik-baik perkahwinan ialah yang paling mudah maharnya seperti riwayat Abu Daud dan Ahmad. Ada yang berpendapat jodoh yang terbaik ialah yang dipilih oleh ibubapa atau orang-orang yang soleh.
Namun saya memiliki pendapat yang lain.
3. Secara praktikelnya, bagi orang bujang yang belum bernikah maka saya mencadangkan supaya berkahwin dengan pasangan (lelaki atau perempuan) yang berhasil kita dakwah untuk memeluk Islam.
Kalau lelaki carilah perempuan yang bukan Islam, baik berbangsa Cina atau India, beragama Budha atau Kristian lalu berdakwah kepada mereka sehingga berhasil memeluk Islam lalu menikahinya dan membimbingnya.
Ads
Jika perempuan, ajaklah lelaki Mat Salleh, lelaki Cina atau India atau mana-mana lelaki bukan Islam yang mempunyai peribadi yang baik tetapi belum mendapat hidayah supaya mahu memeluk Islam lalu membantunya mempelajari agama Islam.
Bagi saya itulah jodoh yang terbaik seperti yang berlaku kepada seorang perempuan daripada sahabat Nabi salallahualaihiwassalam yang bernama Rumaisha’ binti Milhan (ada yang menyebut namanya Sahlah), atau dikenali sebagai Ummu Sulaim, ibu kepada Anas bin Malik yang kemudian menikahi Abu Talhah setelah lelaki itu sanggup memeluk Islam dan Ummu Sulaim menjadikan keIslaman suaminya itu sebagai maharnya.
Cukup Romantik
Berkata seorang tabien yang bernama Tsabit bin Aslam rahimahullah (wafat 123 Hijrah) ;
Ads
فَمَا سَمِعْتُ بِامْرَأَةٍ قَطُّ كَانَتْ أَكْرَمَ مَهْرًا مِنْ أُمِّ سُلَيْمٍ الْإِسْلَامَ فَدَخَلَ بِهَا فَوَلَدَتْ لَهُ ‘Aku belum pernah mendengar tentang seorang perempuan pun yang lebih mulia mahar perkahwinannya daripada Ummu Sulaim iaitu maharnya ialah Islam. Lalu suaminya memeluk Islam dan menghasilkan anak dengannya.’ [Riwayat Al-Nasaie]
Asbab penyebaran dakwah, memberi manfaat kepada faktor genetik dan kelahiran anak-anak yang cerdik dan berbaka baik serta menyebar luaskan cara berfikir dan budaya masyarakat Islam agar tidak jumud, terbuka dan menjadi lebih bersifat rahmat dan praktikel.
Asyik berkahwin sesama bangsa Melayu, yang sudah Islam sejak lahir kemudian dibebani adat budaya Melayu, khurafat dan menyusahkan, ketat lagi tertutup tidak baik untuk perkembangan Islam.
Selain itu menikahi dengan tujuan dakwah, akan memberikan keberkatan disamping perjuangan kepada pasangan untuk saling membantu mendidik agar lebih mendalami Islam.
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkahwinan merupakan satu sunnah daripada Rasulullah yang sangat digalakkan untuk menjadi ikutan ummah. Banyak hikmah yang diperolehi jika anda bernikah dengan niat yang betul. Orang yang bernikah kerana Allah tidak akan sia-siakan pernikahan tersebut. Justeru, Allah akan menolong orang yang ingin bernikah atas dasar yang betul. Perkahwinan juga akan memberikan tanggungjawab kepada anda kepada isteri dan anak-anak. Justeru, Allah akan membuka pintu rezeki kepada anda jika anda menjalankan kewajipan anda kepada keluarga.
1. Allah akan mencukupkan rezeki mereka yang akan berkahwin
Jika di lihat dalam masyarakat zaman sekarang, ramai antara mereka yang mulanya miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya. Allah swt. telah berfirman di dalam surah An Nur ayat ke 32 yang bermaksud;
“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”.
(Surah An Nur : Ayat 32)
2. Jangan ragu-ragu
Penyakit ragu-ragu sering menjadi persoalan utama jika seseorang yang ingin menikah. Seseorang yang telah memikirkan lebih mendalam mengenai kehidupan dan perjalanan selepas perkahwinan, adalah seorang yang berkeyakinan dan pasti dengan apa yang di lakukan tanpa ragu-ragu. Anda harus meletakkan keyakinan kepada Allah, kerana sebaik-baik perancang adalah Allah. Mohon kepadanya agar kehidupan anda untuk membina sebuah keluarga berjalan dengan lancar dan di redhai.
Jika umur sudah sampai waktunya dan memang wajib untuk segera menikah. Maka, langkah yang seterusnya adalah kita berikhtiar. Jika berikhtiar telah dilakukan, maka jangan pernah berhenti untuk berdoa. Percayalah, Allah swt. telah menentukan saat-saat yang tepat dan terbaik bagi hamba-Nya yang tak pernah putus asa dari Rahmat-Nya.
Kita sebagai seorang muslim perlu terus menunaikan kewajiban kita dan untuk mempercayai dan yakin dengan janji Allah. Jangan sampai bisikan-bisikan syaitan menyusup ke dalam hati. Ianya akan dapat mengugat keimanan kita terhadap kebenaran janji Allah swt, termasuk ketika Allah swt. berjanji akan mencukupkan hamba-Nya yang miskin apabila menikah.
Tiada yang mudah dalam hidup, semuanya perlu di teruskan walaupun sesakit mana pun kita. Allah swt jika ingin memberikan kurnia kepada hamba-Nya. Sungguh, Allah swt. Maha Pemurah dan pemberi rezeki. Ia terserah kepada kita meyakini atau tidak. Dengan keyakinan itu, hidup kita akan lebih optimis dan selalu memikirkan yang positif.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada yang berkahwin tinggal sebilik dan serumah, tetapi hakikatnya hati bercerai. Ini lah yang berlaku dalam realiti kehidupan seseorang.
Perasaan mulai tawar sebab terlalu lama makan hati atau mungkin berkait dengan beberapa punca yang ditulis oleh saudari Hanie Henna ini:
Berkahwin Tinggal Sebilik
1. Nampak harmoni tetapi sebenarnya rumah tangga yang dijalani terasa tawar dan hambar yang sudah kritikal.
2. Perkahwinan masih terikat, tetapi jiwa dan raga tidak pernah rapat.
3. Akhirnya kita mampu melakukan sesuatu yang normal dengan sendirinya.
4. Perbincangan hanya terhad kepada keperluan sahaja.
5. Tidak melibatkan pasangan dalam membuat sebarang keputusan dan tidak sekali-kali meminta pendapat.
6. Masih suami isteri tetapi tidak lagi mengambil berat antara satu sama lain.
7. Masing-masing sibuk dengan dunia dan hobinya hadir pula rasa sunyi dan sibuk menanggung luka batin.
Sebenarnya perkahwinan adalah untuk mencari pendamping BERSAMA, berganding bahu untuk mencari penyelesaian, memberi semangat kepada satu sama lain tanpa menyalahkan satu sama lain tetapi sebenarnya kita dituntut untuk sentiasa kuat, kuat untuk menerima bahawa hidup ini singkat dan sangat panjang jika menjalani kehidupan dengan orang yang salah.
Semoga pembaca setia di sini, rumah tangganya sentiasa diberi ketenangan dan kedamaian, dapat mengharungi masalah dengan tenang, saling mendoakan dan tidak pernah berniat untuk melepaskan satu sama lain.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang pernah menikmati kaki ayam pasti tidak dapat menafikan lagi rasanya yang enak, bahkan ianya juga baik untuk kesihatan. Kaki ayam mengandungi banyak kolagen yang membantu meremajakan kulit namun kadang-kadang baunya hamis dan untuk memasaknya juga agak leceh. Jangan khuatir lagi, guna tips ringkas ini untuk mendapatkan kaki ayam yang empuk dan menghilangkan bau yang tidak menyenangkan.
1. Buang kotoran di kuku dan kulitnya , Rendam dalam air panas ; Pastikan anda membuang segala kotoran yang ada pada kaki ayam sebelum mula memasaknya. Rendam dahulu dalam air panas untuk memudahkan proses mengupas kulit kakinya.
2. Lumur dengan air limau nipis atau cuka. ; Rendam kaki ayam dalam air limau nipis atau cuka selama 15 minit sebelum dibilas bersih dengan air. Gunakan air paip atau air yang mengalir supaya kotoran dan sisa lain tidak melekat atau membuatkan rasanya menjadi pahit.
3. Rebus dengan aneka rempah ; Bagi mempercepatkan proses rebusan, sebaiknya gunakan periuk tekanan tinggi kerana ia cuma akan memakan masa selama 10 minit sahaja. Masukkan halia, serai, dan daun limau bagi menghilangkan bau hamis. Aroma dan rasa rempah ini akan memberikan citarasa yang tersendiri pada kaki ayam yang dimasak.
4. Masak dengan rempah pedas ; Selain dari sajian sup kaki ayam, boleh juga cuba sajian yang dimasak pedas. Kelebihannya adalah ia akan menghilangkan bau hamis serta merta.
Nah, senang sahaja bukan? Sekarang anda sudah mengetahui rahsia untuk mendapatkan kaki ayam yang empuk dan tidak hamis. Jadi boleh mula praktikkan di dapur sendiri ya. Selamat mencuba
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!