Pasangan

3 Fasa Perkahwinan Yang Pengantin Perlu Lalui, Bersedialah Untuk Cipta Bahagia

Share

Tidak seperti drama semua kelihatan manis, fasa perkahwinan ini ada banyak peringkat dan buat pengantin baru anda kena bersedia dan lalui dengan tenang.

Nak tahu selebihnya, jemput baca perkongsian saudara Taufiq Razif dan ini nasihat serius buat pengantin baru. Jemput baca dan lalui dengan tenang.

3 Fasa Perkahwinan

1. Berkahwin ini ada 3 fasa iaitu:
– fasa berbulan madu
– fasa Power Struggle
– fasa Acceptance

2. Ketika fasa bulan madu ni pasangan kita kentut pun kita boleh cakap ” Eh sape sembur perfum ni? Sedapnya lahai.”

3. Ketika fasa bulan madu semuanya akan jadi sangat indah. Keburukan pasangan kita umpama angin lalu sahaja.

4. Ketika sudah masuk fasa Power Struggle ketika itu kekurangan suami dan isteri perlahan lahan mula terbuka dan keduanya ada standard dan gaya hidup yang berbeza.

5. Ketika fasa Power Struggle itu mungkin cara kita susun atur perabot pun berbeza, cara kita kemas bilik pun berbeza dengan pasangan kita hatta cara picit ubat gigi pun boleh jadi isu jika tak ditangani perbezaan itu dengan segera!

6. Perbezaan kita dengan pasangan kita boleh jadi kerana :
– cara didikan yang berbeza
– cara parenting yang berbeza
– persekitaran yang berbeza
– prinsip hidup yang berbeza

7. Ujian datang melalui titik terlemah diri kita. Ujian paling dasyat bagi seorang suami adalah wanita dan ketika si suami mempunyai segala gala manakala ujian paling dasyat seorang isteri adalah ketika si suami belum punya apa apa.

8. Walaupun bahtera perkahwinan tersebut melalui karang yang berbatu, lautan ribut yang bergelora dan angin kencang yang mengganas dan menggila akan sampai masanya ianya akan memasuki fasa stabil dan harmoni iaitu fasa Acceptance.

9. Ketika itu kita sudah boleh menerima kelemahan juga kekurangan pasangan. Kita akan anggap kelemahan dan kekurangan adalah ciri unik pasangan kita yang membuatkan dia istimewa di mata kita.

10. Ketika itu tiada lagi SAYA. Yang ada hanyalah KITA kerana kelemahan dan kekurangan pasangan adalah kelemahan diri kita dan kelebihan dan kekuatan pasangan adalah kelebihan dan kekuatan diri kita.

Bukan sukar cuma kena ada ilmu dan bersedia. Jadi, berusahalah untuk capai kebahagiaan sampai hujung nyawa.

Published by
Nadia