Dah bertemu jodoh, langkah seterusnya adalah membina keluarga bersama. Siapa yang taknak kan? Sekalipun kita buat persediaan mental dan fizikal, hakikatnya the real deal adalah apabila kita melaluinya sendiri. Dari fasa pertama sampailah masuk fasa ketiga, cabarannya lain-lain. Kena pandai kawal emosi untuk melalui setiap fasa ni.
Dalam coretan Puan
Wawa Shauqi, perincian kehidupan alam berumahtangga ni bagai mengenai tepat pada pasangan suami dan isteri. Semakin lama hidup bersama, semakin kuat semangat kita untuk memperbaiki hubungan dengan pasangan. Boleh baca coretannya di sini…
Saya dan suami, dah masuk tahun ke 10 perkahwinan.
Orang kata, alam perkahwinan ni ada 3 fasa utama :
Fasa Bulan Madu Masa ni, kita akan belajar jatuh cinta kat bau kentut pasangan, rasa comel bila nampak bulu hidung dia terkeluar dan terhibur dengan dengkurannya.
Fasa Power Struggle Waktu ni kita akan mula sedar hakikat sukarnya hidup dengan orang yang lain spesis.
Toilet tak tutup atau tuala tak sidai pun boleh jadi punca gaduh
Fasa Stabil Kita dah mula menerima pasangan sebagai individu. Dan hormat dengan perbezaan yang dia miliki. Dah redho kalau nampak buruk pasangan. Nak bergaduh benda kecik pun rasa buang masa.
Tapi jujur saya cakap. Kami lalui fasa 2 tu dalam tempoh yang agak lama. Bergaduh tu dah kira jadi hobi.
Payah nak jumpa waktu yang kami berdua boleh mesra main laga-laga hidung, balas genyit mata atau senyum-senyum manja.
Part paling susah bagi saya dalam perkahwinan kami adalah BERBINCANG.
Nak cakap pasal isu kecik tu, kadang peram berbulan-bulan. Sebab tau, bila dibangkitkan, boleh jadi perang.
Syukurlah saya ni rajin bukak IKIM. Antara slot favorite saya adalah slot motivasi perkahwinan. Dengar je suara Tuan Fadzli Aziz , auto button volume plus tu saya tekan berkali-kali. Banyak sangat tips yang beliau bagi sangat berkesan. Sangat powerful. Tak sangka kenapa selama ni tak terfikir.
Walaupun masa awal dengar tu, terasa sakit batang idung rasa dipukul bertubi-tubi.
Paling penting, saya dah jumpa 9 kesalahan utama yang buat saya dan suami selalu stuck kat Fasa 2 dulu.
Cuba korang pulak check, antara 9 kesalahan tu, mana yang paling rajin kita buat. Mudah-mudahan, bila dah faham sebabnya, lebih mudah kita nak cari titik perubahan yang impactful dan wonderful untuk kita dan pasangan.
Kredit foto utama: Sweetpictures KL