3 Jenis Cincin Bakal Pengantin Perlu Tahu

Share

Selalu bakal pengantin yang baru nak buat persediaan ni mesti tak tahu mana nak mulakan dulu. Jadi masuk bab mencari cincin pilihan ni, bakal pengantin perlu tahu 3 jenis cincin ni. Namun begitu, terpulang kepada individu. Kalau ada bajet lebih, boleh la beli yang lebih mahal dan mengikut kesesuain design anda.

CINCIN MERISIK

Dipanggil sebagai cincin belah rotan. Walaupon ia digelar sebagai cincin belah rotan tetapi ia tidaklah diperbuat daripada rotan. Cincin ini biasanya diberikan ketika hendak merisik. Cincin ini sangat simple dan tidak mempunyai batu. Harga cincin ini biasanya dalam lingkungan RM 100 lebih dan ke atas.

CINCIN TUNANG

Cincin ini digelar sebagai eternity ring. Biasanya cincin ini mempunyai batu yang disusun sejajar. Mempelai boleh memilih untuk suaikan sama ada emas putih atau emas kuning. Hargannya berada di dalam lingkungan RM 500- RM 1.5k. bergantung kepada berat diamod dan jenis emas.

CINCIN NIKAH

Cincin nikah ini biasanya lebih glamor,  nama pun cincin nikah mestilah cantic dan bermakna kan?  Cincin ini dipanggil Solitaire Ring. Harga cincin berada dalam lingkungan RM 500 ke atas. Cincin jenis ini juga bergantung kepada berat , bentuk dan jenis diamond.

Kredit: Indahnya Perkahwinan

Published by
Bella