30 Minit Selepas Nikah, Ibu Pengantin Pergi Buat Selamanya

Share

Berat ujian wanita ini, 30 minit selepas nikah, ibunya pergi buat selamanya. Itulah yang dialami oleh Puan Ika yang kisahnya dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Mawie Khaili baru-baru ini.

Menerusi video berkenaan, pengguna TikTok itu menceritakan bahawa sahabatnya telah bergegas ke hospital apabila mendapat khabar bahawa ibunya dalam keadaan kritikal setelah selamat bernikah dengan jejaka pilihan.

Namun, sesampainya dia di hospital, ibu tersayang sudahpun menghembuskan nafas yang terakhir.

Apa yang membuatkan ramai sebak adalah kekuatan wanita bernama Ika itu yang tabah menguruskan segala hal dengan masih berpakaian pengantin.

Dia juga turut kembali ke majlis persandingannya untuk menghormati tetamu terutamanya keluarga dari Singapura dan Indonesia walaupun baru sahaja kehilangan insan paling disayangi pada hari bahagianya.

Pengguna TikTok itu juga turut berkongsi video ayah kepada Ika yang berkerusi roda namun tetap menemani perjalanan terakhir allahyarham isteri sehingga jenazah dikebumikan.

@mawiekhaili Sedekahkan al fatihah itu ibunda ika@Boonga ♬ Sad – Enchan

 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata akui sebak dengan momen yang dikongsikan kerana ada diantara mereka pernah mengalami nasib yang sama.

Malah, mereka juga turut mendoakan agar allahyarham ibu kepada Ika ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan berharap ahli keluarga yang ditinggalkan tabah menerima ujian daripada Allah S.W.T.

 

Sumber: TikTok @mawiekhaili

Published by
Nadia