Sebenarnya bedak asas cukup membantu kalau anda nak tutup cela di wajah, nak-nak bila anda nak pergi majlis.
Cara memakai yang jenis cecair tak sama mengikut jenis kulit anda. Sama ada kulit berminyak, kering atau kombinasi, ini sangat penting untuk elakkan nampak kesan comot dan bercapuk.
Menurut seorang wanita, Ain Qaisara, ini antara foundation yang selalu orang viralkan, sebab kesannya best tak bercapuk (pastikan pakai pelembap dan primer).
1. Catrice Foundation
2. Alha Alfa
Ads
3. Maybelline Superstay
Ads
4. Wardah Exclusive
Tetapi sebelum grab, anda patut ambil tahu mana satu yang sesuai dengan jenis kulit sebab masih ada pro and cons dari segi harga dan ketahanan apabila pakai.
Ads
Ada yang memilih warna foundation satu atau dua, lebih cerah daripada warna asli kulit. Ini membuatkan warna foundation menjadi tidak serasi dengan warna kulit. Sebaiknya pilih foundation yang hampir dengan warna asli kulit muka bagi mendapatkan hasil mekap yang lebih menawan.
Cara Sapu Foundation
Sapu foundation pada lima pusat perhatian muka yang utama iaitu dahi, pipi kanan, pipi kiri, dagu dan hujung hidung. Kemudian ratakan menggunakan berus atau span khas.
Owh ya, semua yang dicadangkan ini anda boleh cari dekat kedai hijau dan oren, ya!
Tip: Rapi cadangkan, sebelum pakai bedak asas, elok sapu primer dulu dan ratakan dengan menggunakan concealer.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Usia bukanlah menjadi penghalang untuk seseorang itu memilih pasangan hidup. Pada masa kini berkahwin dengan pasangan yang mempunyai jarak usia yang jauh bukan lagi menjadi isu besar.
Dapat dilihat pada masa kini masyarakat tidak lagi ambil ‘pusing’ tentang soal usia untuk mendirikan rumah tangga. Asalkan sesuai dan serasi, apa salahnya untuk mendirikan rumah tangga bukan?
Menerusi satu muat naik video dilaman TikTok, seorang wanita memaklumkan bahawa ibunya berkahwin sekali lagi selepas berpisah dengan bapanya.
Apa yang menarik perhatian warga maya ialah jarak usia ibu dan bapa tirinya yang agak jauh. Ibunya yang berusia 60 tahun itu telah memilih seorang jejaka yang berusia 23 tahun sebagai suami.
Paling menarik perhatian warga maya apabila wanita ini juga berkongsi tentang perkahwinannya bersama seorang lelaki yang berusia 28 tahun. Ini bermakna, bapa tirinya lima tahun lebih muda berbanding suaminya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa kagum apabila wanita itu dan ibunya menemui jodoh masing-masing meskipun perbezaan usia yang sangat ketara.
Berikut antara komen-komen warga maya:
Apa la sangat ada pada umur, hanya angka semata. yang penting saling menghormati dan berkasih sayang hingga ke akhirnya.”
“Pak mertua lg muda dr menantu… Hahahaha betul semuanye dah tertulis…”
“Tak kisah laa laki muda ka tua… janji dia jaga mak elok², sudah…”
“Itulah jodoh.. siapa pun tidak mampu meneka. bila tiba masa ianya terjadi.. takdir seseorang.”
“Ya Allah beza teruk ni..smoga kekal bahagia hgga ke jannah aminnn”
Seorang lelaki sanggup meninggalkan tunangnya yang terjatuh daripada motosikal ketika menghentikan jenteranya secara mengejut pada sekatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang menghala ke pulau.
Pengarah JPJ negeri, Adenan Md Isa berkata, pada kejadian jam 9.45 malam itu, ketika Op Khas Motosikal sempena Tahun Baharu Cina, lelaki yang menunggang Yamaha LC135 terbabit berkemungkinan takut ditahan pihak berkuasa kerana tidak mempunyai lesen atau tiada cukai jalan.
“Lelaki itu mungkin terkejut dan ketika dia membrek, pemboncengnya yang juga wanita terjatuh dan mengalami kecederaan ringan di tapak tangan.
“Ketika kami mengarahkannya membuat lencongan untuk pemeriksaan lanjut, lelaki itu terus membuat pusingan U dan memecut dengan meninggalkan wanita itu.
“Wanita itu mengakui lelaki berkenaan tunangnya dan mereka dalam perjalanan dari Seberang Perai ke pusat bandar,” katanya.
Menurut Adenan, wanita berusia 20-an itu tidak ditahan kerana tidak melakukan sebarang kesalahan namun dia menghilangkan diri tidak lama kemudian tanpa sempat diberi rawatan awal.
Manakala melalui perkongsian seorang pengguna @amirulainul4788, video rakaman kejadian tersebut dipercayai tular di aplikasi TikTok sehingga meraih 331,700 tontonan dalam kalangan warga maya.
Ramai suka minum air sejuk terutama ketika cuaca panas. Terasa segar ditekak setiap kali minum air sejuk. Ia seakan nikmat yang sukar digambarkan apabila terlalu dahaga, dapat pula minum air sejuk.
Namun berlegar-legar di kalangan masyarakat kita tentang keburukan minum air sejuk. Bagi yang sedang diet pula, minuman air sejuk kononnya perlu dielakkan sama sekali.
Lalu sejauh manakah kebenarannya kita perlu elak minum air sejuk? Melalui perkongsian Dr Zubaidi ini fakta tentang minum air sejuk.
BOLEHKAH MINUM AIR SEJUK MENYEBABKAN SESEORANG ITU MENDAPAT KANSER PERUT?
Air sejuk dari peti sejuk atau atau juga disebut sebagai ais selalunya diminum pada hari yang sangat panas bagi melegakan kehausan. Ramai yang tidak tahu minum air yang terlalu sejuk sama ada air kosong atau air berperisa boleh mendatangkan keburukan.
Minum air sejuk yang terlalu kerap akan memberikan kesan kepada saluran pencernaan, menyebabkan kenaikan berat badan, atau juga boleh menyebabkan badan menjadi cepat letih dan mengantuk.
Benarkah ada pendapat yang mengatakan bahawa minum air sejuk boleh menyebabkan kanser? Melalui khabar angin yang beredar luas di media sosial menyebut bahawa minum air sejuk boleh menyebabkan makanan berminyak akan membeku di dalam perut.
Ini menyebabkan reaksi antara di antara asid dalam perut dan minyak yang membeku. Akhirnya menyebabkan terbentuknya minyak beracun yang berbahaya. Lemak beracun ini akan menyebabkan kanser pada saluran penceranaan.
Walaupun khabar ini kelihatan logik dan meyakinkan, ramai pakar sains yang tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Mereka berpendapat bahawa air sejuk yang diminum tidak menyebabkan kerosakan pada saluran pencernaan atau menyebabkan kanser.
Ini kerana apabila seseorang meminum air sejuk, suhu tubuh kita secara semulajadi akan meningkatkan suhu air tersebut.
Peningkatan suhu ini bermula ketika di dalam mulut lagi, seterusnya masuk ke dalam saluran esofagus, dan akhirnya ke dalam perut. Sampai di perut, suhu air sejuk tadi telah mula menyamai suhu tubuh.
Sebuah penulisan yang diterbitkan oleh American Cancer Society mengatakan bahawa meminum air dingin belum terbukti secara ilmiah boleh menyebabkan kanser.
Jadi kenyataan yang mengatakan minum air sejuk menyebabkan lemak menjadi beku dan seterusnya menyebabkan kanser adalah tidak tepat.
Tetapi saya bersetuju bahawa minum air terlalu sejuk dalam kuantiti yang banyak elok dielakkan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan perut.
Saya mencadangkan minum air yang bersuhu bilik mengikut kesesuaian suhu tubuh kita.
Antara masalah yang dihadapi oleh mereka yang kerap minum air sejuk (terutama dalam kuantiti yang banyak) boleh menyebabkan masalah berikut:
1.GANGGUAN PROSES PENCERNAAN MAKANAN
Meskipun tidak sampai merosakkan saluran esofagus, perut atau usus. Apa yang mungkin berlaku ialah apabila kita minum air sejuk yang banyak, apabila sampai ke perut dan usus, air tersebut bersuhu rendah dan menyebabkan saluran darah di sekeliling perut dan usus menjadi mengecut dan menyebabkan penyerapan nutrisi mungkin terganggu.
Ini akan menyebabkan metabolisme kita menjadi lebih perlahan dan kita mungkin mengalami peningkatan berat badan. Tubuh kita juga menjadi letih dan cepat mengantuk.
2. MENYEBABKAN KERADANGAN PADA SALURAN PERNAFASAN TERUTAMA DI BAHAGIAN HIDUNG DAN TEKAK.
Ini sering berlaku apabila kita dalam keadaan tidak sihat, minum air sejuk terlalu kerap boleh menyebabkan selesema dan rasa sakit tekak.
3. DENYUTAN JANTUNG MUNGKIN MENJADI PERLAHAN
Apabila air terlalu sejuk diminum dengan banyak, denyutan jantung mungkin menjadi perlahan. Ini kerana saluran esofagus sangat dekat dengan saraf vagus yang menjaga rentak denyutan jantung. Laluan air yang sejuk merangsangkan saraf vagus dan akhirnya menyebabkan degupan jantung perlahan.
4. MENYEBABKAN RASA SAKIT KEPALA
Minum air yang terlalu sejuk secara tiba-tiba boleh menyebabkan saluran darah dan saraf di sekeliling kepala akan mengecut dan menyebabkan kita mengalami rasa sakit kepala.
Jadi berhati-hatilah apabila minum air selepas makan. Jangan minum air terlalu sejuk dengan kuantiti yang banyak.
Amalan ini tidak baik untuk kesihatan tubuh secara jangka masa panjang.