Menyentuh hal kenduri-kendara, hal kewangan menjadi keutamaan. Semuanya memerlukan wang untuk menyelenggarakan pelbagai perkara. Jika tidak diuruskan dengan betul, silap-silap anda boleh dibebani dengan hutang selepas majlis perkahwinan berakhir.
Jika anda seorang yang kreatif dan mahu berusaha lebih, kos perkahwinan boleh menjadi murah, menjimatkan kos dan tidak semahal seperti yang digembar-gemburkan. Semua hal mengenai pemilihan dewan, vendor, jurufoto, katering, mekap dan baju pengantin boleh dikurangkan kosnya.
Ini ada 4 cara yang boleh anda buat.
Sedar atau tidak, kad undangan perkahwinan cuma berakhir dan terbuang begitu saja? Anda juga pasti melakukan hal yang sama terhadap kad undangan perkahwinan teman atau keluarga. Sebaik sahaja majlis selesai, pasti kad undangan tersebut berakhir di tong sampah. Daripada anda membazir untuk hal yang sia-sia, lebih baik anda beralih menggunakan kad undangan yang disebar melalui media sosial.
Selain menjimatkan kos, cara ini juga efektif kerana tidak memerlukan waktu yang lama malah jangkauannya juga sangat meluas. Daripada teman di sekolah rendah sampailah rakan-rakan sekerja boleh anda jemput menggunakan kad secara atas talian. Walau bagaimanapun, untuk saudara-mara, ketua di pejabat atau mungkin ada tetamu tertentu yang dianggap istimewa, anda harus menggunakan kad undangan bercetak seperti biasa.
Dengan memanfaatkan alam ternyata anda boleh menjimatkan kos untuk gambar pra-perkahwinan. Tidak perlu banyak aksesori, keindahan alam juga mampu merealisasikan keindahan daripada konsep pra-perkahwinan yang ingin anda tonjolkan.
Undangan majlis perkahwinan biasanya didominasi oleh rakan orang tua dan juga keluarga besar. Usahakan dahulukan daripada keluarga besar kedua-dua pihak terlebih dahulu. Setelah itu, baharulah kepada jiran sekitar rumah, sahabat dan teman terdekat. Kalau masih dirasakan cukup, anda boleh mengundang teman-teman lama. Membuat skala keutamaan pun sangat penting kerana ini ada kaitan langsung dengan jumlah katering yang telah anda tempah.
“Banyak teman banyak rezeki” tentu istilah ini menjadi hal yang sebaiknya ketika anda ingin meminta tolong kepada mereka untuk membantu menyumbang dalam acara perkahwinan yang diselenggarakan. Kalau punya rakan yang kerjayanya sebagai jurufoto, mekap artis atau pereka fesyen, jangan ragu-ragu untuk minta pertolongan mereka. Bolehlah anda minta harga kawan-kawan. Walaupun acara ini harus menjadi momen pertama dan terakhir dalam hidup, jangan paksa diri anda untuk menghabiskan kesemua wang yang anda miliki.