4 Cara Mudah Pilih Tukang Jahit Yang Tepat Untuk Baju Kahwin, No 4 Paling Penting!

Share

Kita sebagai manusia dijadikan berbeza-beza bentuk badan, malah tak ada sesiapa pun yang sama. Ada di antara kita yang berbadan gempal, kurus dan ada juga yang badannya tidak ubah seperti buah pir. Walau bagaimanapun rupa bentuk badan anda, tidak kisahlah anda memakai pakaian saiz XS, S, M, L, XL atau XXL sekalipun, anda tetap yang teristimewa dan unik pada pandangan mata orang yang benar-benar mencintai anda.

Pemilihan baju kahwin yang baik menjadi keinginan setiap pengantin. Pemilihan baju kahwin perlulah bersesuaian dengan cita rasa, harga dan jenis kain yang selesa. Untuk mencari yang benar-benar boleh menepati cita rasa anda, tidaklah susah seperti yang anda bayangkan. Ikuti empat cara ini bagi anda yang masih buntu untuk memilih tukang jahit baju kahwin anda.

1. Kerap ambil tempahan baju kahwin

Anda seharusnya memilih tukang jahit yang kerap bekerja membuat baju kahwin. Selain itu, dia juga ada perniagaan sendiri yang boleh membaiki baju kahwin. Anda dinasihatkan untuk tidak menempah baju kahwin dengan tukang jahit yang tiada pengalaman untuk membuat baju kahwin. Ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

2. Pakar menjahit atau mengubah baju kahwin pilihan anda

Lebih baik lagi, tempahlah dengan tukang jahit yang pakar tentang baju kahwin pilihan anda. Ini kerana, setiap pereka mempunyai style masing-masing untuk membuat baju kahwin. Jadi, anda dinasihatkan untuk bekerja dengan profesional yang biasa dengan seni bina pakaian khusus anda bagi mengelakkan berlakunya sebarang kesilapan.

3. Kedai pengantin yang mengesyorkan anda 

Pilih tukang jahit yang disyorkan oleh butik pengantin kerana butik pengantin kebiasaannya akan memilih tukang jahit yang bagus. Pastinya mereka ingin menjaga kepuasan hati pelanggan mereka. Jika sesuatu berlaku, mereka juga yang akan menanggung malu.

4. Senang untuk berkomunikasi dengan anda

Anda perlu memilih tukang jahit yang boleh berkomunikasi dengan anda. Ini kerana tukang jahit yang baik akan memberitahu anda apa yang dia perlu daripada anda untuk membuat baju kahwin. Malah dia juga akan bertanya bagaimana cita rasa dan apa yang anda inginkan untuk baju kahwin anda itu. Dia juga akan memberi pelbagai tip untuk anda memilih kasut yang betul dan sesuai dengan baju kahwin anda.

Published by
Bella