4 Idea Pemilihan Tempat Majlis Perkahwinan Yang Boleh Di Pertimbangkan

Share

Waktu cuti sekolah dan akhir tahun merupakan antara tarikh yang sibuk buat bakal pengantin kerana waktu-waktu ini kebiasaannya di penuhi dengan majlis jemputan pekahwinan. Bagi anda yang masih tercari-cari tempat untuk melangsungkan
majlis perkahwinan anda kami ada 6 cadangan yang mungkin anda boleh pertimbangkan.

  1. Rumah

Rumah merupakan lokasi yang santai untuk melakukan majlis kerana di rumah lebih Senang ahli keluarga terdekat berkumpul dan mereka mungkin sudah tahu lokasi rumah anda. Namun, ia mungkin agak memenatkan sedikit kerana perlu mengemas dalam rumah anda. Kebiasaannya orang-orang dahulu sering melakukan rewang untuk memasak. Tetapi dengan perubahan zaman, lauk jamuan kini boleh di tempah sahaja, jadi anda tidak perlu mengemas.

 

2. Dewan Serbaguna 

Jika anda dan pasangan ingin menjemput tetamu yang ramai, dewan serbaguna adalah tempat yang paling sesuai  kerana ia mampu memuatkan kapasiti tetamu yang ramai pada satu masa. Harga sewaannya juga agak murah berbanding yang lain. Namun, anda mungkin perlu mengeluarkan wang sedikit untuk dekorasi dewan supaya tidak nampak kosong.

 

3. Hotel 

Hotel sememangnya menjadi tempat idaman semua pasangan kerana tempatnya yang cantik dan mewah. Jika anda mempunyai bajet lebih, buatlah di hotel. Hotel selalunya menyediakan katering mereka sendiri jika anda sewa dengan mereka. Makanan di hotel juga sangat sedap berbanding biasa kerana chef-chefnya. Selain itu, Persekitaran selesa dan tidak perlu risau pasal parking.

 

4. Villa atau banglo sewaan

Sesetengah pasangan mungkin mempunyai kediaman yang kecil dan tidak sesuai untuk membuat majlis. Bagi pasangan yang mahukan kelainan anda anda boleh menyewa banglo atau villa yang menawarkan servis untuk diadakan majlis perkahwinan.Tempatnya juga sangat besar dan selesa. Anda boleh dekorasi mengikut tema anda.

 

Sumber gambar : Pinterest

Published by
NanyRahman