4 Jam Bersiap Untuk Kahwin, Pasangan Ni Sempat Masuk Slot Nikah Sebelum PKP

Share

 

Benda yang baik, memang Allah permudahkan. Macam pasangan yang baharu sahaja melangsungkan perkahwinan, Amirah dan suaminya hanya bersiap sedia empat jam sebelum waktu pernikahan. Melalui laman Twitter @amrhoth, Amirah sendiri tidak menyangka pesanan Whatsapp kepada suami untuk bernikah disambut baik.

PKP 2.0 kali ini membuatkan banyak pihak sudah bersiap sedia namun ramai bakal pengantin yang terpaksa menangguhkan hari bahagia mereka pada tahun 2020 ke 2021 dengan harapan segalanya kembali reda. Namun, lain pula halnya apabila tempoh PKP 2.0 yang bermula 13 Januari akan tamat selepas dua minggu, atau mungkin dilanjutkan lagi berikutan kes yang semakin meningkat.

 

Menurut tulisan Amirah lagi, dia hanya memperuntukkan empat jam untuk mempersiapkan diri, dari solekan, pilhan baju dan tatarias diri. Malah, dia sendiri mengambil cuti kecemasan untuk hari bahagianya ini. Bukan itu sahaja, sahabat baiknya turut mengambil emegency leave

untuk mempermudahkan urusan Amirah dan menyambut hari bahagia pasangan ini.

 

 

Mujur segala persiapan seperti dokumen penting sudah disediakan lebih awal. Kata Amirah lagi, tarikh yang sepatutnya mereka melangsungkan perkahwinan adalah pada Februari namun mereka selesaikan urusan lebih penting dahulu. Sekurang-kurangnya, mudah untuk mereka bernikah secara ‘tiba-tiba’ begini.

Mujur kedua ibu bapa pasangan ini juga menerima ‘kejutan’ dengan hati terbuka.

Saat membaca coretan Amirah, terasa juga kekalutan yang dialaminya sehingga dia terlupa kotak cincin tidak ada isi. Cincin boleh tertinggal pula. Tapi paling best, dulang hantaran yang dihias teman Amirah sangat cantik walaupun dalam keadaan last minute!

Walau apa pun, semuanya dah selamat. Simple tapi sangat bermakna. Tak perlu bermewah-mewah dan besar-besaran. Kami doakan semoga Amirah dan suami berbahagia sehingga ke Jannah.

 

Kredit Twitter: @amrh.o

Published by
Anis Nor