Sumber Internet

Berapa lamakah tempoh perkahwinan anda sekarang? Adakah ia sudah menjangkau ke usia empat tahun? Ini kerana, kajian mengungkapkan, sebab perceraian masih boleh terjadi jika suami isteri itu telah melewati perkahwinan dalam tempoh 4 ke 7 tahun.

Menurut Dr Lawrence A. Kurdek, Psikologi di Wright State University Ohio, sebab perceraian ada beberapa puncanya. Dua perkara yang paling umum adalah kurangnya berbulan madu dan setelah kehadiran anak-anak yang membuatkan hubungan suami isteri semakin menjauh.

5 Sebab Perceraian Di Usia Perkahwinan 4 Ke 7 Tahun

#1. Tidak lagi fokus pada perkahwinan

Setelah usia perkahwinan menjangkau ke angka tujuh, secara umumnya suami isteri telah memiliki anak, sekaligus peranan anda juga berubah dan lebih mengutamakan mereka dari segala-galanya.
Maka dengan itu, hubungan anda dengan pasagnan juga akan mengalami masalah kesan daripada kekeruhan dari segi komunikasi.

#2. Tidak mempersiapkan diri untuk pasangan

Semasa di awal perkahwinan, mungkin anda sentiasa berusaha untuk tampil cantik dan tampan di hadapan pasangan. Namun setelah masuk ke usia perkahwinan tujuh tahun, anda lebih suka memberi fokus pada perkara lain yang lebih penting hingga tidak mencantikkan diri lagi.

#3. Jarang berkomunikasi hal lain selain anak

Ads

Setelah ada anak, fokus anda mungkin hanya pada mereka hingga kadang-kadang anda tidak lagi membicarakan tentang hal masing-masing.
Cuba ingat kembali, bilakah masa anda luangkan bersama pasangan untuk berpimpin tangan dan membicarakan hal yang romantis.
Walaupun ia nampak tidak penting namun sebenarnya ia amat diperlukan demi kesejahteraan dalam rumah tangga kalian sekaligus menghilangkan rasa bosan dan kesepian.

#4. Tidak mempunyai minat yang sama

Ya, memang kalian adalah dua insan yang berbeza, tapi jika tidak dapat memupuk minat dan keperibadian yang sama, mungkin hubungan kalian akan ada masalah.
Hal ini yang akan membuatkan anda dan pasangan lebih suka menghabiskan masa secara bersendirian sekaligus menjauh antara satu sama lain.

Tips menangani perceraian selepas 4 ke 7 tahun perkahwinan

Berikut adalah beberapa hal yang boleh anda lakukan bagi mengelak perceraian terjadi.

Ads
  • Selalu bersyukur dengan kehadiran pasangan

Pertama sekali, anda perlu menghargai dan menyedari betapa bernilainya seseorang itu dalam hidup anda. Kemudian hayati betapa beruntungnya anda memiliki pasangan dalam hidup dan bersyukur ada dia di sisi kalian.

Jadi, tak ada salahnya jika anda kembali bersikap romantis dengan merencanakan makan malam berdua semata-mata ingin menghargai waktu bersama ini.

  • Menyedari tiada siapapun yang sempurna di dunia ini

Ingatlah, dalam dunia ini tiada seorang pun yang sempurna dan tidak pernah berbuat salah. Maka, berhenti menekan diri dan pasangan anda semata-mata ingin nampak bahagia dan sempurna.

  • Jaga pergaulan dengan pasangan

Komunikasi yang baik adalah sangat penting untuk kesejahteraan dalam rumah tangga kerana menyimpan masalah terlalu lama hanya menjadi racun dalam jiwa.

Ads

Oleh sebab itu, luah dan kongsikan sebarang masalah anda dengan pasangan supaya saling mengenali antara satu sama lain.

  • Pastikan ada “me time”

 

 

 

 

Kredit dan sumber The Asianparent Malaysia

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI