Membina masjid atau mendirikan rumah tangga adalah perkara yang dituntut dalam islam. Selain memenuhi tuntutan fitrah, ganjaran pahala yang besar menanti apabila kita menghalalkan ikatan antara lelaki dan perempuan.
Sekiranya anda akan melangsungkan majlis pernikahan tidak lama tidak lama lagi, kami kongsikan 4 perkara sunat dilakukan selepas sah akad nikah perkahwinan.
1. SOLAT SUNAT SELEPAS AKAD NIKAH
Lafaz Niat : “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”
Maksud: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala
Rakaat pertama : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun.
Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas.
Membaca doa selepas salam.
Ads
2. SUJUD SYUKUR
Lafaz Niat : ” sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala”
Takbiratul ihram iaitu mengangkat tangan sebagaimana takbir dalam solat.
Sujud sebanyak 1 kali.
Membaca doa seperti yang biasa dibacakan dalam solat.
Memberi salam.
Ads
3. SI SUAMI MELETAKKAN TAPAK TANGAN DI ATAS UBUN-UBUN ISTERI LALU MEMBACAKAN DOA “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.” (Riwayat Abu Daud).
Ads
4. ISTERI BERSALAMAN DENGAN SUAMI SAMBIL MENCIUM TANGAN LALU MENGUCAPKAN 2 KALIMAH SYAHADAH
Ini adalah 4 perkara sunat dilakukan sejurus anda berdua sah diijabkabul sebagai suami isteri. Namum berhati-hati, anda tidak digalakkan untuk mencium ubun-ubun isteri kerana ia adalah acara dalam agama lain. Selalunya, saudara-mara yang akan mengarahkan pengantin lelaki mencium isteri dan anda haruslah menolaknya dengan berhemah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap pasangan akan fikir soal zuriat lepas kahwin, ini termasuklah pelakon, Aprena Manrose dan suami, Mohd. Afiq Hazman yang menyatakan sudah reda dengan takdir hidupnya.
Bukan langsung tidak ikhtiar, jadi mereka memilih untuk menerima apa jua hasilnya selepas mencuba untuk mendapatkan cahaya mata.
Aprena Manrose Reda Dengan Ketentuan Allah
Menerusi portal Kosmo!, Aprena atau nama lengkapnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 31, berkata, bukan bermaksud mereka berputus asa, sebaliknya hanya yakin dengan ketentuan Allah.
“Kalau bercakap soal zuriat ni, saya buat Persenyawaan In Vitro (IVF) kira-kira dua tahun lalu dan berehat hampir setahun daripada dunia lakonan kerana proses rawatan itu memerlukan saya tidak terlalu lasak.
“Selepas buat pemeriksaan, doktor sahkan rawatan IVF tidak berjaya dan ketika itu, saya dan suami sangat kecewa.
“Kemudian kami lebih kepada reda dan pasrah, tiada zuriat pun tak mengapa. Bukanlah putus asa, tapi, mungkin Allah nak berikan anak di akhirat sana,” katanya.
Akan Terus Usaha Selagi Ada Peluang
Meletakkan keyakinan 100 peratus kepada ketentuan Ilahi , Aprena memberitahu, dia dan suami akan terus berusaha mendapatkan cahaya mata secara semula jadi sementera jadual kerjanya tidak terlalu padat.
“Saya yakin Allah berikan ikut apa yang kita mahukan juga. Sebelum ini, sejujurnya, memang tiada cuti.
“Selepas bertudung, saya ada keinginan untuk lebih santai sebab mungkin bila terlalu sibuk menyebabkan sukar hamil, ditambah hormon tak betul.
“Jadi, bila dah ada masa sekarang, insya-Allah, kalau semua cara rawatan tak menjadi, kita boleh cuba cara alami. Kita tak tahu, tapi Allah tahu bila masa yang sesuai,” ujarnya tersenyum.
Untuk rekod, Aprena dan suaminya mendirikan rumah tangga pada 2016.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jangan risau, buat anda yang rasa geli nak makan kaki ayam, sebenarnya banyak khasiat yang boleh anda dapat dari menikmati kaki ayam ini. Di sini mungkin bakal pengantin boleh makan sup kaki ayam ni kalau nak dapatkan kulit cantik sebelum menjelang hari bahagia anda.
1. Kaki Ayam Kaya Kolagen
Dalam sebuah kajian yang dilakukan oleh Fakulti Sains Haiwan Universiti Chung-Hsing di Taiwan, terungkap bahawa kaki ayam mengandungi kolagen yang sangat tinggi. Walaupun kadar kolagen alami pada kaki ayam hampir sama dengan kolagen yang banyak dijumpai pada sayuran hijau dan buah-buahan yang banyak mengandung vitamin C. Kolagen adalah salah satu bahan khas yang diperlukan kulit tubuh untuk mengekalkan keanjalan kulit. Manfaat kolagen yang terdapat dalam kaki ayam sangat banyak, antara lain adalah:
Kolagen memelihara kesihatan kulit dan membentuk kulit yang anjal kerana menyokong pergantian sel-sel kulit maa ti dengan sel kulit baru yang lebih cepat.
Kolagen membantu tu buh dalam menyerap kalsium dan protein sehingga membuat tu buh menjadi lebih sihat.
Kolagen dapat meningkatkan pengeluaran sel da rah merah kerana bekerja dengan menguatkan struktur pembuluh da rah.
Kolagen membantu tu buh dalam menurunkan berat badan kerana boleh meningkatkan metabolisme tu buh terhadap lemak.
Kolagen boleh membuat struktur tulang menjadi lebih kuat dan mencegah penya kit kerapuhan tulang.
2. Memelihara Sendi dan Mengurangkan Risiko Tulang Rapuh
Penya kit sa kit sendi dan tulang rapuh biasanya banyak terjadi pada orang lanjut usia. Penyebabnya adalah tu buh tidak boleh mendapatkan kalsium dan tulang sudah tidak boleh menyerap kalsium dengan baik. Tapi dengan pengambilan kaki ayam sejak masih muda maka akan memberikan kesan yang berbeza.
Bahagian kaki ayam memang hanya terdiri dari kulit, tendon dan tulang. Kandungan kaki ayam yang kaya dengan protein, kalsium, tulang rawan dan kolagen boleh mudah diserap oleh tu buh. Nutrisi ini sangat penting untuk mengukuhkan struktur tulang dan boleh mence gah kerapuhan tulang apabila sudah lanjut usia.
Kolagen membantu tu buh dalam menurunkan berat badan kerana boleh meningkatkan metabolisme tu buh terhadap lemak.
3. Menyembuhkan Cedera
Nutrisi yang dijumpai dalam kaki ayam adalah seperti protein dan kalsium. Kedua-dua nutrisi ini sangat penting untuk membantu menjana semula saraf, otot dan tulang manusia. Kajian yang sudah dilakukan oleh seorang penyelidik di Ame rika mendedahkan bahawa potensi nutrisi tersebut boleh membantu menyembuhkan kecede raan. Walaupun keadaan kecede raan tulang belakang dipercayai boleh cepat sembuh dengan memakai makanan yang mengandungi kaki ayam.
4. Menyihatkan Saluran Pencernaan
Kaki ayam boleh dibuat menjadi kuah atau sup yang menyegarkan. Bahagian kaki ayam yang banyak mengandungi jaringan ikat dan tulang rawan yang sangat lazat. Bahkan semua nutrisi seperti protein, kolagen, kondroitin dan Glucosamine juga akan larut apabila dimasak menjadi sup.
Khasiat dari pelbagai nutrisi ini juga sangat baik untuk membuat pencernaan menjadi lebih sihat. Kesan dari nutrisi ini juga sangat penting untuk membuat usus menjadi lebih lembut sehingga membuat saluran pencernaan anda menjadi lebih sihat.
5. Menjaga Kesihatan Kuku
Kaki ayam yang sudah dimasak akan mengeluarkan beberapa nutrisi yang sangat penting untuk tu buh. Pati atau beberapa jenis masakan lain dari kaki ayam boleh menghasilkan a sid amino, kolagen, glisin, hidroksipolin, dan prolin yang boleh membantu menjaga kesihatan kuku. Kaki ayam yang dimasak biasanya akan mengeluarkan cecair atau gel khas yang banyak mengandungi gelatin. Nutrisi ini membantu tubuh dalam mengolah kalsium dan diserap oleh kuku.
6. Menyihatkan Gusi
Gusi adalah rangkaian kuat yang digunakan untuk menyokong gigi. Beberapa jenis penya kit gusi banyak disebabkan oleh masalah kesihatan gigi yang buruk. Namun boleh juga masalah ini ditimbulkan dari dalam tu buh. Kekurangan vitamin dan beberapa nutrisi lain juga akan membuat masalah pada gusi.
Kaki ayam adalah makanan yang banyak mengan dung nutrisi dalam jumlah yang sangat banyak. Ada jaringan ikat dan tulang rawan yang boleh berubah menjadi gel kerana mengan dungi kolagen, a sid amino, dan beberapa zat pembentuk gelatin. Kerana itulah semua zat ini akan memperbaiki keadaan kesihatan gusi.
7. Mencegah Kerosakan Rangkaian Tubuh
Manfaat kaki ayam yang terakhir adalah untuk menjaga kerosakan jaringan tu buh. Mempunyai rangkaian tu buh yang kuat memang sangat penting untuk kesihatan. Rangkaian ikat diperlukan untuk otot, tulang dan pelbagai jenis organ badan seperti hati, hempedu dan organ lain.
Kaki ayam yang sudah dimasak akan mengeluarkan asid amino kumpulan glisin. Glisin mempunyai fungsi penting untuk mengukuhkan jaringan ikat tu buh, menjaga kesihatan organ tu buh, membantu tu buh dalam mengeluarkan racun-racun tubuh dan juga meningkatkan kualiti saraf sehingga dapat meningkatkan rasa selesa semasa tidur.
sumber : www.myinfomaya.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam perancangan majlis perkahwinan, bajet memainkan peranan paling besar dalam menentukan kelancaran sesebuah majlis. Bagi yang mempunyai bajet besar, mungkin ia tidak menimbulkan masalah.
Namun, bagi yang ‘berkira-kira’, pastinya tidak mahu majlis impian terbantut serta tercela akibat kewangan yang tidak mencukupi atau ‘terbabas’ bajet yang telah disusun dengan baik.
Bagaimana hendak jimatkan wang untuk majlis kahwin? Anda boleh berjimat dengan tidak mengambil perancang majlis. Namun, andalah yang perlu menjadi perancangnya. Pelbagai cara boleh dijimatkan untuk majlis perkahwinan sekiranya anda mengamalkan konsep DIY.
Namun, bantuan dari ibu bapa serta saudara mara terdekat untuk khidmat nasihat berkaitan majlis yang ingin diadakan juga penting. Ini kerana mereka lebih berpengalaman dan banyak perkara boleh dikongsikan berkaitan urusan majlis perkahwinan.
Adakah wang perbelanjaan kahwin boleh dijimatkan menerusi hidangan makanan? Ya. Tahukah anda bahawa 60% daripada perbelanjaan kahwin akan disalurkan pada hidangan makanan untuk para tetamu? Sekiranya anda ingin menempah katering, maka sediakan wang ribuan ringgit untuk setiap hidangan yang dikira mengikut jumlah tetamu yang hadir.
Untuk bajet rendah, anda boleh berjimat dengan membuat gotong royong dan ‘rewang’ daripada sanak saudara dan jiran tetangga. Banyak juga bajet yang boleh jimatkan. Fikirkan pilihan terbaik untuk diri anda dan pasangan.
Macam mana nak berjimat tanpa membazir duit pada cetakan kad kahwin? Pelbagai cara boleh dicuba dengan kehadiran internet masa kini. Anda boleh membuat kad kahwin digital dan menghantar jemputan menerusi emel atau ‘facebook’. Ini lebih menjimatkan tanpa perlu mengeluarkan bajet ratusan ringgit untuk kos percetakan kad sahaja.
Lupakan kad bercetak untuk tetamu VVIP, buatlah keistimewaan dengan jemputan kad secara formal agar ia tampak lebih sopan. Selain itu, DIY kad dan mencetak sendiri juga lebih menjimatkan bajet anda.
Banyak bunga yang diperlukan untuk menggubah dekorasi pelamin, tetapi bajet pula kurang. Bagaimana? Cara terbaik adalah dengan memilih jenis bunga yang murah harganya di pasaran dan beli secara pukal. Sekiranya tema majlis adalah merah, tidak semestinya anda perlu menggunakan bunga ros merah. Harganya pula agak mahal. Gantikan dengan bunga yang berharga lebih murah dan menjimatkan.
Anda perlu ingat, perbelanjaan pada dekorasi bunga hanyalah sementara iaitu sehari sahaja. Selepas majlis tamat, ia tidak akan digunakan lagi. Fikir-fikirkanlah. Elakkan pembaziran, amalkan penjimatan.
Apakah barangan yang boleh dijimatkan dari segi bajet, untuk majlis resepsi di dewan? Dekorasi bunga segar, boleh digantikan dengan gubahan bunga tisu bersaiz besar dan cantik. Bajet yang dikeluarkan hanya pada kertas tisu sahaja. Ianya murah dan senang untuk dibuat DIY.
Selain itu, kek kahwin juga boleh dikurangkan bajetnya dengan menempah kek artifisial yang semakin menjadi trend masa kini. Gubahannya mudah, dengan hanya menggunakan kain rona lembut dan susunan gabus akan kelihatan seperti kek betul. Sekiranya anda menginginkan kek betul, buatlah tempahan yang murah sahaja dan tidak membebankan pasangan.
Bajet apakah yang boleh dijimatkan dari aspek pakaian? Mestilah busana lelaki. Anda boleh berjimat sekiranya tidak membuat tempahan sewa kot tuksedo dengan butik. Gunakan kreativiti dengan memakai kemeja dan kot ringkas yang dibeli di pusat beli belah. Ianya tidaklah terlalu mahal dan boleh digunakan semula di kemudian hari. Tidaklah nampak membazir kan?
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!