Dalam kehidupan yang dilalui setiap hari, tidak semua yang berlaku dan terjadi itu seperti yang diinginkan. Begitu jugalah dalam perhubungan di antara dua hati yang disulami dengan perasaan.
Bagi wanita khususnya, cinta adalah sesuatu yang terlalu mahal. Walaupun anda mengetahui akan ada pelbagai rintangan dalam menempuhinya.
Ada beberapa perkara yang perlu anda ketahui dalam sesuatu perhubungan:
Terima pasangan seadanya
Rupa paras sebenarnya bukan ukuran utama dalam memilih calon suami. Memang benar anda juga inginkan suami yang elok dan senang dipandang. Tetapi apalah gunanya, sekiranya elok pada wajah tetapi buruk pada akhlak.
Jika anda sudah ‘memiliki’ seseorang yang dirasakan layak untuk menjadi suami pada tingkah lakunya, sedangkan rupanya mungkin tidak seperti yang diinginkan, maka terimalah dia seadanya. Apa yang kurang sedikit itu mungkin pada wajah tetapi jauh lebih baik pada agama yang dimilikinya. Jangan jadikan rupa paras itu sebagai keutamaan sehingga mengabaikan yang lain, kerana anda juga yang akan merana kemudian jari.
Fahami hati budi
Cuba memahami karenah pasangan adalah satu perkara yang amat dituntut akan kesabarannya. Apatah lagi sekiranya karenah itu sama sekali tidak sama dengan anda. Anda perlu bijak untuk menyesuaikan diri dengan perangai yang ada pada pasangan.
Selagi mana ia tidak di luar kebiasaan, bertentangan dengan agama, melanggar kesopanan dan tatasusila maka terimalah karenah itu sebagai bonus dalam hidup berumah tangga nanti.
Banyakkan memberi agar saling menerima
Memberi di sini bermaksud melebihkan sesuatu yang anda lakukan ke atas pasangan. Sebagaimana wanita suka dipuji, lelaki juga sebenarnya juga suka dipuji. Banyakkan pujian yang munasabah untuk diterima oleh pasangan. Bukan sehingga melebihi hak yang tidak sepatutnya.
Jangan lokek dengan ucapan terima kasih sekiranya dia melakukan sesuatu untuk anda. Maniskan muka dan senyuman. Sebolehnya jangan melakukan reaksi yang kurang senang sewaktu keluar bersama sehingga menyebabkan si dia tidak selesa.
Mengalah bukan bereti kalah
Dalam kehidupan suami isteri, masing-masing perlu ada sikap mengalah. Tetapi tidak ramai pula yang sanggup untuk beralah. Ini disebabkan perasaan ego yang tinggi serta keterlaluan menyebabkan suami atau isteri saling nak menang.
Sebagai isteri, seeloknya mengalah sama ada dalam terpaksa atau rela. Sikap inilah yang patut dipuji kerana di sebaliknya ada kekuatan yang tidak diketahui.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI