Sudah biasa kita dengar si siteri akan membebel kepada suami. Ramai suami yang mengeluh kerana isteri menjadi garang selepas berkahwin. Ada yang berpendapat sikap isteri berubah 360 darjah daripada yang sebelumnya.

Tapi, sebelum nak kata isteri anda garang, selidik dulu kenapa dia jadi seperti itu. Mungkin dia merasa tertekan dengan masalah di tempat kerja, atau penat menguruskan rumah tangga. Ada antara sebab lain mungkin anda tidak tahu.

1. Terlalu banyak tanggungjawab dan bebanan

4 Sebab Suami Kena Tahu Kenapa Isteri Anda Garang Macam Singa !

Suami perlu tahu kudrat seorang isteri tidak sama seperti lelaki. Letih seorang isteri tidak sama seperti letihnya suami. Bahkan, bukan tugasan menjadi isteri sahaja, malah tugasan sebagai seorang ibu, dan menguruskan keluarga.

2. Terlalu banyak tekanan yang dialami saban hari

4 Sebab Suami Kena Tahu Kenapa Isteri Anda Garang Macam Singa !

Ads

Kadang kala tekanan menjadikan siapa isteri anda ketika ini. Kalau suami faham, sudah tentu anda akan mengurangkan beban yang dipikul selama ini. Tetapi, ramai lelaki memiliki wanita tetapi tidak ramai yang memahami perasaan wanita itu tentang apa yang dirasai.

3. Meminta untuk difahami 

4 Sebab Suami Kena Tahu Kenapa Isteri Anda Garang Macam Singa !

Suami, tolong jangan tunggu isteri sehingga mereka “meletup” baru nak sedar kerana dia tidak minta kita ganti tempat dia untuk ambil alih kemas rumah, memasak, jaga anak, dan lain-lain tetapi dia cuma minta kita faham dan hargai dia.

Ads

4. Inginkan bantuan agar beban diringankan

4 Sebab Suami Kena Tahu Kenapa Isteri Anda Garang Macam Singa !

Cuba tolong ringankan kerja-kerja dia dan jangan letak semua beban atas bahu dia seorang diri. Perlu tahu, kekuatan dia dan kita berbeza. Sebaiknya sebagai suami isteri saling bantu membantu antara satu sama lain dan tidak membebankan pasangan anda.

Ads

 

 

 

 

Sumber : theasiaparent

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI