“4 Tahun Bergelar Isteri, Aku Masih Dara..”

Share

Assalamualaikum Pesona Pengantin.

Maaf kalau cerita saya terlalu panjang. Saya akan ceritakan secara detail mengenai kehidupan saya. Sekadar perkongsian bersama.

Saya bukanlah seorang perempuan yang baik. Sepanjang berada di institut pengajian tinggi, saya sering bertukar-tukar pasangan. Kebanyakan lelaki yang saya kenal hanyalah melalui media sosial.

Hal ini kerana di dunia nyata, saya adalah seorang perempuan yang sangat pemalu dan pendiam. Orang yang kenal saya di dunia nyata pasti akan terkejut jika tahu siapa saya sebenarnya.

Semua lelaki yang saya kenal tidak ada seorang pun yang benar-benar menjaga maruah dan kehormatan mereka. Tiap-tiap kali bermesej atau call, pasti akan ada terselit unsur-unsur lucah. Lama kelamaan, saya telah menjadi ketagih dengan semua ini. Mereka mengajar saya phone s*x dan menonton video-video lucah.

Seringkali saya tertewas apabila saya berseorangan di kolej. Untuk pertama kalinya dalam hidup ini, seorang senior saya yang dikenali sebagai seorang yang baik dan alim telah mengajak saya keluar. Saya benar-benar terkejut kerana tidak sangka dia berminat dengan saya. Apabila berdua dengan lelaki, yang ketiga pastinya syaitan yang tidak pernah sesaat lupa menyesatkan anak adam.

Dia mula pegang tangan saya dan seterusnya. Saya yang pertama kali disentuh lelaki gagal menolak ajakannya. Kami telah ringan-ringan tapi tidaklah ketahap berzina. Kesan daripada perbuatan pertama saya itu, saya telah bertambah ketagih dan sering beronani. Hal ini berlanjutan sehingga saya di tahun akhir pengajian.

Di tahun akhir pengajian, ada seorang lelaki psiko yang sukakan saya. Dia sebenarnya seorang suami dan telah mempunyai anak. Tetapi dia memberitahu saya bahawa dia lelaki bujang dan masih muda, walhal umurnya telah menghampiri 40-an.

Awalnya saya juga telah menyukainya tetapi apabila segalanya terbongkar, saya berasa amat kecewa dan meninggalkannya. Dia tidak putus-putus mengganggu saya sehingga sanggup menelefon ibu saya untuk meminta saya menerimanya kembali.

Hal ini telah membuatkan saya tertekan dan berasa ingin mendirikan rumah tangga untuk melarikan diri daripadanya. Saya menjadi terdesak dan tertekan. Ada juga friend di fb yang sudi menjadi suami tetapi bukan dalam masa yang terdekat. Semuanya seperti couple yang hanya suka-suka bercinta tanpa berusaha untuk mendirikan rumah tangga.

Sehinggalah suatu hari saya teringatkan seorang kenalan saya di fb. Kawan saya yang menyuruh saya add dia 4 tahun lepas ketika saya berusia 20 tahun. Saya hanya add dia tanpa sebarang perasaan kerana ketika itu saya telah mempunyai teman istimewa.

LAGI PULA KETIKA SAYA STALK FB DIA KETIKA ITU, TIADA APA YANG MENARIK. HANYA GAMBAR-GAMBAR PENGAJIANNYA DI TIMUR TENGAH DAN DIA SEORANG PHOTOGRAPHER. KAMI PERNAH BERBORAK DI MASSENGER FB KETIKA ITU TETAPI HANYALAH SEBAGAI SEORANG KAWAN DAN KEMUDIAN SENYAP.

Lagi pula beza masa antara Malaysia dan tempat dia belajar membuatkan saya tidak memandang serius kepadanya. Dia juga pernah menghadiahkan saya jubah yang dibelinya di sana ketika saya mengatakan jubah di sana cantik-cantik. Saya sangat terkejut ketika menerima bungkusan daripada posmen.

Sekarang apabila saya terdesak, saya telah teringatkannya dan tanpa berfikir panjang saya telah menghantar mesej di massenger fb mengajaknya kahwin. Salam. Awak nak kawen dengan saya? Lebih kurang begitu bunyinya. Pendek tetapi straight to the point. Entah kenapa ketika itu saya berasa sangat berdebar dan tidak keruan. Mesej sent. Tapi tidak berbalas. Mungkin kerana beza masa.

Keesokan harinya saya menerima balasan darinya. InsyaAllah, kalau ada jodoh tak kemana. Pendek dan ringkas sahaja jawapannya. Jujurnya ketika itu saya berasa sangat kecewa. Mesti dia tak suka aku, jawab macam tu la reject cara halus. Emmm…kemudian, tiada lagi khabar berita. Waktu saya melamarnya, dia sudah tahun akhir pengajian dan hanya menunggu masa untuk pulang ke Malaysia.

Dalam hati saya terfikir, tak apa la, dah orang tak sudi, apa boleh buat. Tetapi sebelum saya melamarnya, ada juga saya merisik dia melalui kawan-kawan dia. Saya add kawan-kawan dia di fb dan tanya pendapat mereka mengenai dia.

Semua kawan-kawannya menyatakan bahawa dia belum berpunya. Dunianya hanyalah belajar, main game, ambil gambar, jalan-jalan dengan kawan. Dah banyak negara di Timur Tengah dan Eropah yang dia telah pergi termasuk Makkah.

Mereka menyatakan juga bahawa tidak rugi kalau saya dapat mempersuamikan dia kerana dia sangat baik. Mereka tidak pernah nampak dia marah. Selalu sahaja tersenyum.

Allah..sangat berbeza dengan diri ini. Andainya mereka tahu siapa saya, pasti mereka tidak akan membenarkan kawan mereka ini bersama saya. Namun, siapalah saya untuk membuka aib diri sendiri. Allah telah melindungi aib saya dan saya sentiasa berdoa agar Allah terus menutupinya ?..

Pada penghujung tahun 2013, sedang saya berehat di rumah pada waktu malam, 1 mesej telah masuk. Waktu itu whatsapp belum lagi berkembang.

Allah, mesej dari dia! Di saat saya sudah melupakan dan tidak mengharapkan apa-apa dari dia.. mesejnya berbunyi, assalamualaikum. Ni saya ****. Ingat lagi tak?saya dah sampai Malaysia minggu lepas. Saya sangat terkejut kerana dia masih ingatkan saya. Lalu saya pun membalas mesejnya. Dan tanpa disangka, dia telah mengajak saya berkahwin.

Allah…dia baru mula bekerja dan belum mempunyai duit yang mencukupi. Tetapi, benarlah janji Allah itu, bila kita niat untuk membuat kebaikan, insyaAllah Allah akan bantu kita. Gajinya tidaklah setinggi mana, hanya RM1500 sebulan.

Kerjanya itu bukan berdasarkan ijazahnya tapi dia tetap suka dengan kerjanya. Katanya biarlah sikit gaji, janji ilmu dapat disampaikan. Dari gajinya itulah dia menghantar rombongan meminang. Dan itulah kali pertama saya melihatnya.

Orangnya tinggi dan berkulit cerah. Agak berbeza dengan saya yang berkulit sawo matang. Bulan 2 2014 kami bertunang dan bulan 5 2014 kami selamat diijab kabulkan. Waktu itu saya berumur 24 dan dia 25 tahun. Bulan 9 barulah kami mengadakan kenduri memandangkan pada waktu itu dia masih berusaha mengumpul wang belanja.

Banyak yang perlu dibelanjakan apatah lagi kami berbeza negeri. Saya di utara tanah air dan dia di pantai Timur. Saya amat bersyukur dan terharu kerana dikurniakan suami sebaik dan sesoleh dia. Andai diikutkan kisah silam saya, terlalu hitam dan kelam.

MUNGKIN BERKAT DOA IBU BAPA, SAYA DIKURNIAKAN SEORANG SUAMI YANG BAIK UNTUK MENDIDIK DAN MEMBIMBING AGAR SAYA TIDAK LAGI JATUH KE LEMBAH HINA. SETELAH BERKAHWIN, SAYA TERUS MELUPAKAN SEMUA KISAH SILAM DAN TIDAK PERNAH SAYA MENCERITAKAN AIB INI PADA SUAMI. TIDAK AKAN MUNGKIN. BIARLAH YANG BERLALU MENJADI PENGAJARAN BUAT SAYA.

Tidak saya sangka, rupanya selama ini dia sebenarnya berminat pada saya. Tapi tidak pernah diluahkan perasaannya itu. Sehinggalah saya melamarnya untuk berkahwin, dia seperti tidak percaya.

Dari tahun 2010 sehingga tahun 2013 dia memendam perasaan. Katanya, sayalah cinta pertamanya. Allah..kalaulah dia tahu dia cinta ke berapa dalam hati ini…walaupun dia bukan cinta pertama tapi akan saya pastikan dialah cinta terakhir. InsyaAllah.

Bila ditanya tak cemburu ke tengok kawan-kawan bercinta, dia kata cemburu la tapi malas nak layan perasaan tu. Baik dia belajar dan buat aktiviti lain. Jalan-jalan,ambil gambar. Sebab tu dia tak ada simpanan kahwin sebab tak penah rasa bercinta. Duit banyak habis berjalan tak ingat nak kahwin huhu.

Setelah berkahwin, kami berPJJ kerana saya bekerja di Borneo dan dia bekerja di pantai Timur. Sehingga sekarang kami masih lagi berPJJ. Dari tahun 2014 sehingga bila saya belum tahu.

Sekarang telah masuk tahun ke4 kami berkahwin dan berPJJ. Saya bukan tidak mahu berhenti kerja, tapi bila memandang suami yang bertungkus lumus bekerja, saya ingin membantunya. Gaji saya lebih tinggi darinya. Saya juga bukan berasal dari keluarga yang senang, jadi suami juga tidak menghalang saya untuk terus berbakti kepada keluarga, malahan dia menggalakkan lagi.

Dan untuk pengetahuan semua, saya masih lagi DARA. Kami masih belum bersama secara fitrahnya manusia. Saya tidak tahu apa tidak kena dengan saya. Sejak dari malam pertama, saya menjadi sangat takut apabila suami ingin melakukannya. Saya berasa sakit dan tidak selesa. Untuk memasukkan jari pun tidak lepas.

Hal ini berlarutan sehingga sekarang. Kesian suami saya. Di awal perkahwinan dulu, ada saya menceritakan kepada ibu saya. Ibu mengatakan itu normal untuk orang yang pertama kali melakukan hubungan kelamin. Tapi itu dulu sebulan selepas kahwin.

Kemudian telah hampir setahun masih belum berjaya, ibu dan ibu mertua saya sudah berasa lain. Mereka meminta kami berubat. Saya telah berjumpa dengan pakar sakit puan dan dia mengatakan bahawa saya normal. Laluan saya ada, period saya teratur dan tiada apa2 ketumbuhan dalam rahim saya apabila di scan. Cuma saya terlalu takut. Apabila doktor ingin memasukkan jarinya pun, saya telah menangis ketakutan sehingga hampir menendang doktor tersebut.

Tidak berjaya cara moden, kami berubat pula dengan perubatan Islam. Mana tahu disihir pemisah atau apa. Tetapi ustaz tersebut menyatakan saya sihat dan tidak disihir. Namun, makhluk2 halus ini memang sangat licik. Mungkin mereka ‘menyerang’ otak saya untuk menggagalkan hubungan kami.

Sudah pelbagai ikhtiar yang kami lakukan. Tambahan pula kami PJJ, apabila cuti baru kami dapat berjumpa. Kadang 2,3 bulan sekali berjumpa. Nak jumpa selalu, mana cukup duit huhu..kadang bila dah jumpa, badan pun dan rasa letih. Saya juga berasa hairan dengan diri saya.

Bila berjauhan dengan suami, saya amat rindukannya. Tapi bila dah jumpa, saya jadi tidak bernafsu. Bila dia nk cium saya, saya rasa geli dengan air liur. Saya selalu mengelak. Saya tahu dia kecewa dengan saya. Dah la nak jumpa pun payah. Bila jumpa, tak dapat pula layanan dan belaian dari isteri.

Walaupun saya telah basah lencun ketika foreplay, di saat dia ingin memasukkannya, saya menjadi sangat-sangat takut sehingga menjadi kering dan otot-otot paha saya menjadi keras. Selalunya saya akan menangis kerana kecewa dan geram dengan diri sendiri.

Suami akan peluk saya dan menyuruh saya bersabar. Dia sentiasa bersabar walaupun ketika itu dia boleh sahaja ‘rogol’ isteri dia ni. Demi Allah, dialah lelaki yang paling penyabar yang saya pernah jumpa dalam hidup ini. Di saat air di kepala pun dia masih boleh mengawal keadaan. Bukan sehari dua dia bersabar, dah hampir 4 tahun. Mungkin ini kifarah atas dosa-dosa saya yang lalu tapi dia yang rasa kesannya..

Saya rasa saya seorang yang selfish jika saya tidak membenarkan dia kahwin lain. Saya selalu suruh dia cari seseorang yang dapat layan dia sebaik dan sepenuhnya. Tapi selalunya dia akan marah saya balik. Katanya abang tak mahu sapa-sapa dah. Abang nak sayang ja. Sampai bila-bila dunia akhirat.

Bila saya kata saya tak boleh layan batin dia, dia akan kata, tak pa la sayang. Nanti kita try lagi. Selalunya sambil senyum ja dia cakap sambil gosok-gosok kepala saya.

Allahu..kenapa awak boleh sebaik dan setabah ni..sedangkan itulah yang paling lelaki harapkan. Bila saya cakap saya tak dapat bagi zuriat kat dia, dia akan cakap, mana ada sayang tak boleh beranak, period sayang teratur setiap bulan. Cuma belum berjaya masuk ja. Nanti berjaya insyaAllah ada la anak kita.

Dia tak pernah merungut pasal anak. Dia memang seorang yang sukakan kanak-kanak. Kadang-kadang kesian tengok dia main anak kucing ja. Tapi tu la laki, mereka kuat lawan perasaan dan tak emosi macam perempuan. Bila saya cemburu tengok anak kawan, dia akan pujuk saya sampai saya tenang.

Ujian Allah ni berbeza-beza. Doakan saya kuat apatah lagi suami saya. Dialah kekuatan saya dalam mengharungi dunia perkahwinan. Sekarang saya dah 27 dan dia dah 28 tahun.

Ada gak seorang makcik ni pernah tegur saya, tak bagi suami kahwin lain ke? Saya sambil senyum jawab, eh bagi ja makcik, dia yang tak nak hihihi. Lepas tu makcik tu cakap, tak nak la sekarang dok sayang lagi, lama-lama tak dak apa hilang la rasa sayang tu. Terus tersentak saya.

Saya luahkan pada suami. Macam biasa suami akan peluk dan pujuk saya. Tak semua orang laki macam tu. Tak dak anak bukan bermakna tak bahagia. Kita yang bina bahagia tu. Kawan-kawan abang selalu cakap dah ada anak ni tak sempat dah nak buat pa. Kita ni senang-senang ja dapat berhoneymoon lagi. Rezeki kita gak tu.

Saya harap perkongsian saya ni mendapat manfaat bersama. Untuk para gadis yang belum berkahwin, jagalah diri dan maruah. Jangan jadi macam saya. Walaupun tidak sampai berzina atau hilang dara, tapi kesan dosa-dosa tu dapat dirasakan sekarang.

Saya sangat-sangat menyesal sekarang tapi dah tiada guna lagi. Hanya taubat nasuha yang dapat menenangkan hati. Semoga Allah mengampunkan semua dosa-dosa kita.

Lagi satu, selalulah suruh ibu bapa kita mendoakan jodoh yang baik untuk kita. Pendosa macam saya, pastinyalah ada hijab termakbulnya doa tu. Jodoh yang layak dengan saya si pendosa jugak. Emm..

Jodoh saya sekarang mungkin berkat doa ibu bapa saya atau ada kebaikan yang pernah saya buat tanpa sedar sehingga Allah hadirkan suami yang terlalu baik buat saya.

Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Semoga jodoh kami kekal sehingga di sana. Untuk siapa-siapa yang tahu perubatan Islam mengenai masalah batin saya, sudilah share dengan saya. Terima kasih.

Published by
Bella