Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi Sarah Suhairi kini sah bergelar isteri kepada pensyarah, Aswad Mohd. Anuar, pada majlis pernikahan yang berlangsung di Berenr Hill Sg Serai, di sini pada pukul 8.30 pagi tadi.
Sarah Suhairi Kahwin
Pasangan mempelai dinikahkan bapa pengantin perempuan, Suhairi Hamdan, di hadapan jurunikah Ustaz Ahmad Khaliq Md. Rashid
Penyanyi berusia 24 tahun itu menerima mas kahwin berjumlah RM2,486 dalam bentuk barang kemas bersama tujuh dulang hantaran berbalas lima.
Suami Status Duda Anak 3
Tanpa sembunyikan, Sarah Suhairi yang selamat bergelar isteri pada pagi Jumaat mendedahkan suaminya adalah seorang duda beranak tiga. Sarah, 24, berkata, sejak daripada awal dia mengetahui status suaminya iaitu Aswad Anuar, 39, malah sudah bertemu dengan anak-anak tirinya.
Ads
Tulis Sarah:
Assalamualaikum wbt,
Bersyukur ke hadrat ilahi di hari yang penuh barakah ini, sukacita Sarah ingin mengumumkan kami telah pun selamat di ijab kabul sebagai suami isteri yang sah. Tiada satu pun kata-kata dapat mengungkap perasaan ini melainkan rasa syukur.
Ads
Terlebih dahulu terima kasih kepada ibunda dan ayahanda tercinta yang selama ini mencurahkan kasih sayang dan sokongan kepada Sarah, dan selamanya Sarah terhutang budi dan akan membalas jasa kalian berdua. Untuk seluruh ahli keluarga yang lain, terima kasih kerana sentiasa bersama Sarah, tiada satu permata dapat menggantikan betapa bernilainya perhubungan kita sehingga ke hari ini.
Untuk keluarga baru Sarah, terima kasih kerana menerima kehadiran Sarah dengan tangan yang terbuka dan penuh kehangatan. Sarah sangat bersyukur dan gembira untuk menjadi sebahagian dari keluarga kalian.
Buat semua peminat yang Sarah hargai dan kasihi, terima kasih menjadi suara dan juga ibarat keluarga Sarah dalam menyusuri dunia seni. Terimalah With You sebagai hadiah daripada Sarah buat semua para peminat.
Ads
Kenal 4 Tahun Yang Lalu
Perkenalan antara Sarah dan Aswad, 39, dikatakan bermula sekitar empat tahun lalu sebelum mereka mengikat pertunangan 27 Januari lalu.
Minat yang sama dalam sukan berkuda menjadi pengerat hubungan, sekali gus mencetuskan keserasian mereka.
Seramai 200 tetamu termasuk kenalan terdekat serta saudara mara meraikan mempelai pada majlis tema serba putih tersebut.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon berasal dari Singapura, Atikah Suhaime, 33, sah bergelar isteri ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh, 35, dengan sekali lafaz pada majlis tertutup di sini, kira-kira jam 8.45 malam tadi.
Pasangan itu dinikahkan bapa Atikah, iaitu Mohd Suhaime Mohd Jamali. Lokman menyerahkan mas kahwin bernilai RM300. Namun, wang hantaran dirahsiakan.
Difahamkan, majlis pernikahan itu hanya dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat. Pengantin lelaki menerima sembilan dulang hantaran berbalas tujuh dulang.
Hubungan cinta Atikah dan Lokman diketahui umum apabila mereka dilihat akrab sejak berkenalan pada 2019.
Untuk rekod, Atikah mengumumkan bertunang dengan Lokman melalui Instagram (IG). Atikah turut memuat naik foto hadir ke kursus perkahwinan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Namamu ku rahsiakan
Dan telah terpatri di hatiku
Kucu-kuca, kucu-kuca
(Oops, alamak)
Aku jatuh cinta
Bukan rahsia lagi!
Laman Instagram penyanyi yang popular dengan lagu Kuca-Kuca menimbulkan tanda-tanya apabila memuat naik beberapa foto pertunangan dengan caption “Alhamdulillah, satu langkah ke depan. Enam bulan lalu (bertunang). Semogaa Allah permudahkan urusan untuk langkah seterusnya,” katanya.
Rupanya penyanyi yang popular menerusi lagu Kuca-Kuca, Lia Aziz selamat bergelar isteri kepada pemain gitar kumpulan Treehill, Arash Azimi Anuar pada sabtu .
Pasangan ini disatukan dengan sekali lafaz akad dalam sebuah majlis tertutup di Masjid Al Amin Puchong sekitar jam 9 pagi disaksikan oleh ahli keluarga dan kenalan dekat kedua belah pihak.
Pada majlis akad nikah, Lia mengebnakan sepasang kurung Pahang rona putih rekaan @danielzharifofficial manakala wajah Lia telah ditatarias oleh @intannyusof. Hantaran dari pihak Lia kepada suami tersayang telah mendapat sentuhan dari @deardaisy.my.
Terdahulu, Lia Aziz atau nama sebenarnya Nor Alia Farzana Abdul Aziz, 19 tahun dan Arash Azimi telah mengikat tali pertunangan pada 22 Januari lalu selepas dua tahun berkenalan.
Untuk rekod, pasangan ini sama-sama bernaung dibawah syarikat rakaman yang sama iaitu Rusa Music mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang selepas mendapat restu dari kedua belah pihak.
Menerusi posting di laman Instagram miliknya, penyanyi berusia 19 tahun ini turut memohon doa daripada pengikutnya agar urusan ke fasa perkahwinan dipermudah. Pasangan ini turut mengadakan majlis resepsi untuk keluarga dan kenalan rapat di Tropicana Golf & Country Club ini mengharapkan perkahwinan yang dibina atas dasar cinta ini berkekalan hingga ke jannah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Suami bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri mengikut kemampuan masing-masing. Dan berdosa bagi suami jika menahan nafkah kepada orang di bawah tanggungannya. Walau bagaimanapun, nafkah tidaklah bersifat mutlak kerana setiap orang tidak sama kemampuannya. Ada yang kaya dan berkemampuan menyediakan semua keperluan dan ada pula sebaliknya.
Namun apa yang penting, suami memberikan komitmen dan melaksanakan tanggungjawab itu sebaik mungkin dengan memberi keselesaan kepada isteri, bukan kemewahan atau pembaziran yang melampau. Baca perkongsian lelaki bernama Wan Kamarul Wan Salim ini tentang kepentingan nafkah isteri.
Seusai mengemas semua barang yang akan dibawa pulang ke Negeri Kenyalang, tiba-tiba aku didampingi oleh isteri tercinta. Senyum-senyum malu dengan menampakkan wajah yang sedikit gelisah. Aku hanya perhatikan gerak geri dan bersedia mendengar apa jua tutur katanya.
“Abang, ada tak duit seringgit (RM 1)?” soalnya. “Ada. Nak buat apa sayang?” Ku lihatnya makin kelu. Tampak berkaca di ruangan kelopak matanya. Tergagap-gagap apabila suara dilontarkan.
“Abang, sayang faham abang banyak berhabis sebulan dua ni. Membeli tiket ulang alik ke kampung halaman. Lumrah anak rantau. Terkadang melupakan untuk hal diri sendiri. Tapi sayang tiada punya niat lain. Sayang nak bersihkan rezeki abang. Sayang nak selamatkan abang dari murka Allah. Maafkan sayang,” ujarnya perlahan.
“Kalau abang ada seringgit (RM1), abang hadiahkan kepada sayang. Anggaplah ia sebagai nafkah pemberian abang kepada sayang.” Allah, sesungguhnya aku terkedu Ya Allah. Air mataku mula berlinangan. Mungkin kita suami terlupa, atau memang keadaan kita yang mendesak.
Ya Allah, Kau anugerahkan kepadaku seorang wanita yang mulia hatinya. DemiMu Ya Allah, aku akan berusaha tidak akan menyakiti hatinya.
Maafkan saya atas perkongsian ini. Nampak simple. Hanya nafkah. Walaupun isteri kita bekerja. Itu hak mereka. Hakikat yang lebih besar ialah rahmat Allah untuk kita dalam berumah tangga. Moga dengan kita berbuat baik kepada isteri, rahmat Allah akan mencurah-curah dalam hubungan kita. Aamiin.
Dalam rezeki kita, tersimpan hak orang lain. Walau hanya seringgit!
Beruntungnya duhai suami jika kau memiliki isteri yang cukup memahami. Yang tidak pernah meminta lebih daripada apa yang dia tahu suaminya mampu. Hargailah isterimu!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!