Ramai wanita tentunya mengimpikan alis mata yang tebal dan hitam secantik selebriti, meskipun bukan semua wanita dilahirkan dengan bulu kening yang cantik sempurna. Jika anda ingin menebalkan dan menghitamkan alis mata dengan cara yang mudah, selamat dan kesannya cepat, manfaatkan bahan-bahan alami ini.
Berikut merupakan beberapa bahan alami yang boleh anda gunakan.
MINYAK ZAITUN
Sejak azali lagi minyak zaitun sering kali digunakan bukan sahaja untuk bahan masakan malah untuk wanita gunakan sebagai bahan merawat kecantikan kulit. Vitamin yang terkandung dalam minyak zaitun ini memang terbukti efektif sebagai bahan alami untuk menebalkan dan menghitamkan alis mata.
CARA PENGGUNAAN: Oleskan minyak zaitun pada alis mata di waktu malam hari sebelum anda tidur dan biarkan sehingga pagi. Keesokan harinya baharulah anda membilasnya dengan air bersih.
KUNING TELUR
Wanita sering memanfaatkan putih telur sebagai bahan untuk perawatan kecantikan. Akan tetapi tahukah anda bahawa kuning telur juga memiliki khasiat yang baik untuk menghitamkan dan menebalkan alis mata? Meskipun masih ramai wanita yang belum mengetahuinya, tidak salah jika anda cuba menggunakan kuning telur untuk mendapatkan alis mata yang cantik.
CARA PENGGUNAAN: Oleskan kuning telur di bahagian alis mata dan biarkan hingga kuning telur tersebut kering. Setelah itu bilaskan dengan air bersih. Lakukan cara ini secara rutin agar hasilnya memuaskan.
LIDAH BUAYA
Lidah buaya tentunya banyak dijumpai di sekitar tempat tinggal anda. Seperti yang kita ketahui, lidah buaya sering dimanfaatkan untuk menebalkan dan menyuburkan rambut. Selain itu, lidah buaya juga boleh digunakan sebagai bahan alami untuk rawatan kulit. Jika anda ingin menebalkan dan menghitamkan alis mata, lidah buaya salah satu bahan alami yang boleh anda manfaatkan.
CARA PENGGUNAAN: Oleskan gel lidah buaya di bahagian alis mata, kemudian biarkan lebih kurang 30 minit sehingga gel lidah buaya tersebut benar-benar kering. Setelah itu, bilas dengan air bersih. Agar alis mata anda setebal, sehitam dan secantik selebriti, anda perlu lakukan cara ini secara rutin dan teratur.
MINYAK KACANG BADAM
Minyak kacang badam memiliki banyak manfaat untuk kecantikan dan salah satunya ialah menumbuhkanalis mata dengan cepat sehingga lebat, hitam dan sihat.
CARA PENGGUNAAN: Oleskan minyak kacang badam secara rata pada alis mata. Urut perlahan selama 3-5 minit agar minyak kacang badam meresap dan aliran darah di sekitar alis mata menjadi lebih lancar. Biarkan selama 30 minit. Kemudian bilas dengan air hingga bersih. Lakukan cara ini setiap hari secara rutin untuk mendapatkan hasil yang lebih cepat.
BAWANG BOMBAY
Bawang Bombay merupakan salah satu perencah dalam masakan yang dapat menjadikan alis mata lebih lebat dan hitam.
CARA PENGGUNAAN: Sediakan sebiji bawang Bombay yang segar dan bersihkan. Kisar dan perahkan ia untuk mengambil airnya sahaja. Oleskan air perahan bawang Bombay tersebut pada alis mata secara rata dengan menggunakan putik kapas sebelum tidur. Hati-hati ketika menggunakannya dan jangan sampai terkena mata kerana ia akan menyebabkan pedih. Biarkan semalaman dan bilas keesokan harinya dengan air bersih. Lakukan cara ini setiap hari untuk hasil yang lebih cepat.
Tentunya penggunaan bahan alami untuk menghitamkan dan menebalkan alis mata ini cukup mudah untuk dilakukan sendiri di rumah, malah bahannya juga boleh didapati hanya di dapur. Bukan itu sahaja, rawatan menggunakan bahan-bahan alami ini juga tentunya lebih selamat.