Bunga dan majlis perkahwinan sukar untuk dipisahkan. Tidak lengkap tanpa dekorasi bunga untuk menghidupkan suasana romantis dalam majlis raikan cinta. Sentuhan bunga dalam melengkapkan tatarias ratu sehari sehinggalah dekorasi pelamin ternyata memberikan impak elegan dan eksklusif. Terdapat pelbagai jenis bunga yang boleh digunakan dalam majlis perkahwinan.
Entri kali ini berkongsikan 5 bunga paling popular yang sering digunakan untuk majlis perkahwinan!
BUNGA ROS
Bunga ros merupakan bunga yang sering digunakan ountuk majlis perkahwinan. Bunga ros yang membawa lambang cinta mampu membawa mood romantis buat keseluruhan dekorasi. Antara warna bunga ros yang sering digunakan ialah merah, putih, kuning lembut, pic, ungu dan merah jambu.
Ads
TULIP
Bunga tulip amat comel dan sesuai untuk dijadikan hand bouquet hinggalah hiasan meja. Variasi warna yang pelbagai membolehkan anda memilih mana-mana warna yang bersesuaian dengan tema anda. Bunga jenis ini mampu memberikan niasan mewah dan elegan yang tiada tara.
HYNDRAGEA
Ads
Bunga ini membariskan seleksi warna yang cukup lembut. Jambangan bunga yang lebih mekar dan lebat membuatkan bunga ini cukup popular untuk dekorasi majlis perkahwinan. Juga sesuai digunakan untuk dekorasi dulang hantaran dan bunga tangan.
PEONY
Ads
Bunga ini sedikit mahal sekiranya dibandingkan dengan harga bunga yang lain. Bunga peony yang mekar agak besar dan membuatkan hiasan nampat lebat dan cantik. Bunga peony yang punya variasi warna yang pelbagai boleh digandingkan dengan mana-mana bunga untuk menyerikan majlis anda.
ORKID
Bunga ini juga popular dan sering digunakan untuk majlis perkahwinan. Bagi mereka yang gemarkan tema klasik ataupun tradisional, bunga orkid merupakan pilihan yang tepat. Nilai estetika bunga ini mampu menghidupkan suasana klasik dan harmoni buat keseluruhan dekorasi.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kerja kahwin ni memang sangat banyak dan remeh. Kami dah senaraikan dari sebesar-besar sehingga sekecil-kecil perkara, dari anda mula bertunang sehingga balik dari bulan madu.
Panduan ini dipecahkan kepada beberapa bahagian supaya boleh dilaksanakan secara berperingkat, ikut tempoh masa dan time-frame yang sesuai.
Tujuan dipecahkan ialah
untuk kurangkan stress anda
boleh buat kerja yang perlu diberi keutamaan terlebih dahulu
menikmati detik yang indah bersama pasangan anda
Senarai ini juga sentiasa dikemaskini sesuai dengan trend semasa.
Persiapan perkahwinan, list sebelum majlis perkahwinan, senarai semak persiapan perkahwinan 2019.
OK. Masa untuk merancang! Jom.
12+ Bulan Sebelum
Sediakan folder khas untuk simpan dokumen, resit supplier, borang berkaitan kahwin
Kenalpasti lokasi yang boleh disewa untuk dapat tarikh majlis untuk nikah, majlis belah pihak perempuan dan majlis sambut menantu. Sama ada nak buat di rumah, masjid atau dewan
Cari inspirasi dan idea untuk tema majlis anda
Pilih warna tema
Rancang bajet kahwin, samada duit sendiri, ibubapa, loan bank atau duit hantaran
Senaraikan bilangan jemputan dan tetamu yang akan hadir
Cari wedding planner yang boleh bantu
Tempah dewan – buat bayaran booking
Hadiri pameran dan ekspo pengantin untuk bandingkan pakej dari vendor photographer, video, DJ, catering, kanopi dll.
Antara 9 – 12 Bulan Sebelum
Berapa jumlah wang hantaran dan bilangan dulang hantaran dan balasannya
Dapatkan borang di pejabat agama daerah masing-masing – pihak lelaki dan pihak perempuan
Tempah tiket penerbangan jika perlu naik kapal terbang untuk dapat harga yang murah
Pergi food sampling sebelum decide pihak catering
Tempah dan bayar deposit untuk photographer, videographer, catering, DJ, kanopi dan lain-lain
Bincang barang / item untuk dulang hantaran
Tempah homestay atau hotel yang berdekatan untuk rombongan atau ahli keluarga yang jauh
Senaraikan lokasi berbulan madu
Antara 6-9 Bulan Sebelum
Buat pemeriksaan ujian HIV dan Talassemia
Mulakan diet untuk menurunkan berat badan yang ideal
Tempah tiket kapal terbang untuk bulan madu. Rancang aktiviti bulan madu.
Antara 4 – 6 Bulan Sebelum
Hadiri kursus kahwin yang berdekatan
Tempah baju nikah dan majlis perkahwinan
Beli cincin atau barang kemas untuk nikah dan kahwin
Renew atau daftar passport anda jika berbulan madu di luar negara
Mohon visa jika negara berkenaan perlu
Semak jika anda ada travel ban sebb tak bayar hutang PTPTN. Sangat penting ni!
Tempah baju untuk ahli keluarga mengikut tema
3 Bulan Sebelum
Baca buku berkaitan rumahtangga, hak dan tanggungjawab suami isteri
Tempah kek untuk hantaran atau untuk majlis
Tempah kereta sewa untuk pengantin
Tempah kad jemputan kahwin. Lihat Pakej Kad Kahwin.
Beli barang hiasan untuk buat dulang hantaran sendiri
Tempah doorgift untuk diberi pada tetamu VIP dan tetamu biasa
Cuba fitting baju nikah dan baju majlis. Alter jika perlu
Pergi ke pusat kecantikan untuk buat facial
Tempah baju untuk ahli keluarga mengikut warna tema
2 Bulan Sebelum
Sediakan senarai tugasan untuk ahli keluarga
Mohon cuti dari majikan anda
Hantar kad jemputan kepada tetamu. Boleh pos atau by-hand jika berjumpa.
Buat Facebook Event untuk maklumkan pada kawan-kawan di Facebook
Minta kawan anda alamat jika ingin menerima kad jemputan
Bincang dengan photographer lokasi untuk photoshoot selepas majlis
Buat pre-wedding photoshoot
Tempah bunting dan banner untuk digantung di dewan atau khemah
1 Bulan Sebelum
Senaraikan lagu yang anda ingin DJ mainkan ketika majlis
Pastikan semua supplier on-track dengan tempahan anda
Kenalpasti lokasi dan susun atur meja, pelamin, meja makan beradap, kuih, backdrop di dewan ataupun di kawasan rumah
Pastikan jurunikah, saksi dan dokumen berkaitan sudah dihantar. Bergantung kepada negeri, ada yang memerlukan salinan IC.
Untuk pasangan yang beragama Islam, anda boleh memohon Kebenaran Berkahwin secara online di laman web Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SSPIM) oleh JAKIM.
Negeri yang terlibat ialah:
Negeri Sembilan
Melaka
Perlis
Kedah
Perak
Wilayah Persekutuan
2 Minggu Sebelum
Potong rambut supaya nampak kemas
Atur temujanji dengan untuk rawatan facial
Confirmkan tarikh dengan jurunikah atau tok kadi
Follow up dengan supplier barang tempahan anda
1 Minggu Sebelum
Selesaikan bayaran deposit kepada supplier yang berkenaan
Serahkan tugas-tugasan khas kepada kawan dan ahli keluarga yang sudi membantu
Senaraikan dan kemas barang untuk cuti bulan madu
Follow up dengan supplier anda. Pastikan barang dah sampai
Buat group WhatsApp dengan AJK majlis. Pastikan semua jelas dengan tugasan dan flow majlis
Kenal pasti dan lantik pengapit anda dan pasangan
Ingatkan tok kadi supaya tak lupa
Pergi ke kedai percetakan atau kedai printing untuk fotostat dokumen seperti IC sendiri dan IC waris.
2-3 Hari Sebelum
Sediakan aturcara dan flow majlis samada formal ataupun tidak formal
Ambil cuti untuk persediaan majlis perkahwinan
Manjakan diri anda di pusat spa
Buat manicure, pedicure dan pakai inai
Gantung penunjuk arah jalan ke lokasi majlis perkahwinan
Hari Sebelum
Bertolak ke lokasi majlis pernikahan jika jauh dan pastikan sampai awal
Dapatkan rehat yang cukup – tidur awal
Rehearsal lafaz nikah sehingga lancar – “Aku terima nikahnya …”
Gosok/steam iron baju dan gantung supaya tak kedut
Kenalpasti nombor orang yang boleh dihubungi ketika majlis berlangsung sebab anda tak sempat nak jawab phone
Kenalpasti siapa yang akan bawa dulang hantaran
Lantik tukang simpan duit hadiah dari tetamu – ahli keluarga yang boleh dipercayai
Hantar lokasi majlis dalam group WhatsApp family
Confirm dengan jurunikah yang akan hadir ke majlis pernikahan.
Sediakan dokumen untuk diserahkan kepada jurunikah.
Pada Hari Majlis Pernikahan
Bawa cincin pernikahan, kad pengenalan, dokumen berkaitan dan mas kahwin
Sediakan wang untuk bayar ‘tol’ – adat orang Johor
Pastikan photographer tahu nak ambil gambar siapa
Selepas Majlis
Ucap terima kasih kepada semua ahli keluarga yang datang membantu
Bayar wang baki untuk supplier yang belum dapat bayaran
Simpan baju pengantin yang disewa. Pulangkan semula ke butik
Pergi ke pejabat agama untuk dapatkan kad perkahwinan
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sedar atau tidak anda mungkin seorang yang bermasalah jika anda ada ciri-ciri ini dalam hubungan anda dan si dia.
Tapi itu tidak bermakna anda adalah penyebab rosaknya hubungan anda. Mungkin perlunya memperbaiki dan mengawal perasaan daripada benda yang negatif. Apa kah itu? Lihat di bawah.
1. Anda biarkan pasangan anda lakukan semuanya
Salah satu penyebab anda mungkin bermasalah adalah dengan anda membiarkan segalanya dilakukan oleh pasangan anda, walhal anda boleh lakukannya bersama.
2. Anda tidak gembira dengan diri sendiri
Semua perkara yang anda lakukan tidak menggembira kan. Mengapa? Rupanya ia berpunca dari diri anda sendiri bukan pasangan.
3. Suka mengelak selepas bertengkar
Selepas bertengkar dengan pasangan anda lebih selesa untuk mendiamkan diri dan mengelak daripadanya. Sepatutnya anda dan si dia harus berbincang agar perkara ini tidak terus berlaku.
4. Bersangka buruk terhadap pasangan
Anda selalu bersangka buruk terhadap pasangan anda yang secara terangnya dia tidak melakukan apa-apa kesalahan yang mencurigakan.
5. Anda tak boleh mengaku kesalahan
Apabila ego menguasai diri, ini lah yang akan berlaku. Anda seperti tidak mahu mengalah dan tidak mahu mengaku kesalahan anda padahal memang anda yang lakukannya.
6. Anda tak kekal dalam topik apabila berhujah
Suka mengelak daripada soalan yang ditanya daripada berbincang dengan topik yang sepatutnya perlu dibincangkan. Anda sering menukar ke topik yang lain.
7. Anda anggap anda bukan daripada sebahagian masalah yang berlaku
Walaupun ianya adalah masalah anda bersama tetapi anda seolah-olah melepas tangan dan tidak kisah seperti tiada apa yang berlaku. Anda biarkan pasangan selesai seorang diri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masyarakat Malaysia semestinya sudah biasa dengan mengambil cara pemakanan yang berat tidak kira waktunya. Malahan Malaysia juga banyak menghidangkan pelbagai jenis makanan-makanan yang menyelerakan para pengunjungnya. Namun memilih pemakanan yang sihat adalah sangat penting bagi mengekalkan tubuh badan yang cergas dan awet muda. Bukan itu sahaja, makan makanan yang tidak berkhasiat akan membuat anda menjadi lebih besar dan cenderung mengalami obesiti jika tidak dibendung lebih awal.
Pada masa yang sama, otot-otot wajah kita juga akan mendapat kesan keburukan dari cara pemakanan yang salah seperti hilang keanjalan dan ketegangan yang sepatutnya usia mereka nikmati.
Tahukah anda, lemak bukan saja boleh terjadi pada bahagian tubuh badan semata-mata. Ianya juga boleh berlaku pada bahagian wajah. Berikumerupakan 3 teknik bagi menghilangkan lemak pada wajah agar tampak cantik dan menawan yang harus anda ketahui.
1. Senaman pipi
Mula-mula letakkan jari anda pada bahagian pipi dan tekankan sambil tersenyum sekuat yang boleh. Ulangi 10 hingga 25 kali setiap hari. Jika mampu melakukan sebanyak 4 hingga 5 set setiap hari adalah lebih baik.
2. Senaman rahang
Mungkin anda pernah mendengar tentang teknik senaman ;Yoga face’ bukan? Ia merupakan senaman bagi bahagian wajah dan rahang dan mampu memberikan rengangan pada otot wajah sekalian mengecilkan pipi. Pada masa yang sama, senaman ini juga mampu mengurangkan kesan kedutan serta menganjalkan kulit.
3. Muncungkan bibir
Bagi melakukan senaman bibir juga sangat mudah untuk dilakukan. Hanya perlu memuncungkan bibir tanpa perlu mengerakkan wajah ke kiri ataupun kanan. Atau lebih senang seperti dalam posisi mencium. lakukan gerakan tersebut sebanyak 20 kali dama 4 hingga 5 set sehari.
Sungguh mudah bagi menyingkirkan lemak pada bahagian wajah supaya tidak tampak tembam atau gemuk. Asalkan anda rajin melakukan 3 teknik senaman di atas sebagai langkah menjaga kecantikan wajah dengan mudah.
Sekian petikan dari Islalisa.com.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!