Terdapat sebilangan isteri yang diminta untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah apabila disuruh suami. Suami membuat keputusan tersebut apabila kesukaran mencari pengasuh anak.

Namun, ada cabaran yang perlu anda tahu apabila menjadi suri rumah ini iaitu menjaga dan mendidik anak-anak yang kian membesar. Mari kita teliti apakah lagi cabaran lain yang harus ditempuhi jika memilih menjadi suri rumah.

1. Jam kerja yang lebih lama berbanding kerja di pejabat

5 Cabaran Isteri Perlu Hadam Bila Bergelar Suri Rumah

Menjadi ibu atau bapa yang tidak bekerja memerlukan perhatian 24/7 setiap hari. Malah anda juga tidak mempunyai sebarang cuti tahunan, cuti sakit, dan tidak ada gaji mahupun bonus, tapi anda hanya diberikan wang nafkah dari suami dan wang perbelanjaan dapur setiap hari.

2. Penat dengan tugas rumah yang tidak pernah habis

Ads

5 Cabaran Isteri Perlu Hadam Bila Bergelar Suri Rumah

Ramai orang menggangap suri rumah tangga tidak banyak kerja dan hanya melayan anak-anak saja. Lebih sadis, bila ada yang kata boleh goyang kaki setiap hari. Selain jaga anak, suri rumah tangga juga perlu melakukan kerja rumah seperti memasak, membasuh, membersihkan rumah, seterika pakaian anak-anak yang bersekolah dan pakaian kerja suami.

3. Tidak boleh menikmati hidangan dengan rasa selesa

5 Cabaran Isteri Perlu Hadam Bila Bergelar Suri Rumah

Ads

Apabila bersama anak kecil di rumah kemudian dia melihat ibunya makan atau minum, mesti mereka cuba mengganggu. Kadang-kadang, ibu terpaksa makan sorok-sorok supaya tidak dikacau oleh anak.

4. Mengurangkan kehidupan sosial 

5 Cabaran Isteri Perlu Hadam Bila Bergelar Suri Rumah

Oleh kerana terpaksa memberi tumpuan kepada tugas menjadi suri rumah tangga maka anda terpaksa mengorbankan masa untuk bersosial bersama rakan-rakan anda. Namun anda selamat sebab sekarang ada Facebook, Instagram, Twitter dan Whatsapp yang memudahkan pergaulan kalian dengan teman lain.

Ads

5. Sukar menyesuaikan diri apabila bekerja kembali

5 Cabaran Isteri Perlu Hadam Bila Bergelar Suri Rumah

Tidak mudah untuk kembali bekerja dan sedikit sukar untuk menyesuaikan diri di tempat kerja baru kerana anda perlu seimbangkan antara masa bekerja dan keluarga.  Selain perlu meneliti semula kemahiran kerja yang sudah ditinggalkan dalam tempoh masa yang sangat lama kerana menjadi suri rumah tangga buat seketika cuma.

 

Sumber : The asian parent

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI