Tidak dinafikan masalah cemburu sering menjadi perbalahan utama dalam krisis rumah tangga. Walaupun kata orang cemburu tandanya sayang, tetapi jika sikap itu berlebihan boleh mengundang pergaduhan.

Sebenarnya masalah cemburu ini boleh diatasi agar rumah tangga yang dibina sentiasa hangat dan penuh dengan kasih sayang.

Ikuti beberapa tip untuk mengatasi masalah cemburu di kalangan pasangan.

Percaya Pada Si Dia
Kepercayaan anda buat si dia amatlah penting. Cubalah percaya dengan percakapan si dia. Bukan semua yang diucapkan itu ialah kebohongan semata-mata. Kadangkala setiap pasangan ini lebih memilih berbohong daripada menyakiti hati pasangannya. Kepercayaan yang anda berikan boleh menarik si dia untuk lebih sayang dengan anda.

Tolenrasi
Sikap toleransi perlu ada untuk kedua-dua pasangan. Jangan sesekali anda menyekat tingkah laku pasangan. Tidak semestinya keluar bersama-sama dengan kawan yang tidak sama jantina itu boleh mengundang kecurangan terhadap anda. Cuba anda bertanya dengan santai dengan siapa dia mahu keluar dan kenapa. Cukup hanya itu bukannya dengan memarahi si dia.

Ads

Berhenti Berimaginasi
Pengaruh imaginasi kadangkala boleh meruntuhkan rumah tangga anda dengan mudah. Jika anda mempunyai imaginasi yang negatif tentang pasangan, lebih baik anda hentikan. Jika pengaruh imaginasi itu mengatasi rasa sayang dan cinta anda buat si dia maka anda sedang melukai hatinya.

Lakukan Terapi
Jika segala cara untuk menghilangkan sifat cemburu itu telah dibuat. Anda boleh mencuba dengan meminta bantuan pakar tentang masalah dalam diri anda itu. Cemburu boleh diibarat seperti perasa dalam makanan. Terlebih perasa juga boleh menghilangkan selera seseorang untuk memakan. Begitu juga dengan cemburu, cemburu tandanya sayang tetapi perlu kena pada tempat dan masanya.

Ads

Jangan Membanding-Bandingkan
Kadangkala sifat membanding-bandingkan diri boleh mengakibatkan anda merasa cemburu. Apatah lagi tatkala si dia bergurau senda bersama-sama dengan kawan yang berlainan jantina. Percayalah bahawa anda punya kelebihan tersendiri berbanding orang lain.

Sepatutnya cemburu yang ada pada lelaki apabila:
1. Cantik – membiarkan kecantikan dan tubuh badan isteri dan anak perempuan dinikmati oleh lelaki lain sepanjang berada di luar rumah contoh di pejabat.

Ads

2. Balik kerja lewat- membiarkan isteri dan anak perempuan balik lewat dari pejabat yang secara tak langsung membuka lebih banyak ruang ke arah maksiat seperti pulang bekerja dengan lelaki lain.

3. Aurat – membiarkan aurat isteri dan anak perempuan dewasa oleh orang lain yang bukan mahram seperti terselak kain ketika membonceng motosikal.

4. Berdua-duaan- membiarkan isteri dan anak perempuan berdua-duaan dengan lelaki bukan mahram seperti membiarkan anak perempuan dengan tunang atau pasangannya.

5. Sakit puan- membiarkan doktor lelaki merawatnya padahal banyak lagi klinik atau hospital yang memiliki doktor wanita kecuali jika terdesak.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI