Setiap wanita tentu suka apabila dapat bertemu dengan lelaki yang rela melakukan apa saja demi mendapatkan cintanya. Kebanyakan wanita pastinya berharap agar dia boleh menjadi wanita yang paling istimewa di hati lelaki.
Menunggu perkara itu terjadi mungkin sukar apabila anda tidak berubah dari sekarang. Apabila anda ingin menjadi wanita yang digilai oleh lelaki, maka ada beberapa tip yang boleh anda lakukan agar lelaki menyukai diri anda. Ini antaranya:
1. JADILAH WANITA YANG TERBAIK
Tidak ada yang lebih membuatkan seseorang jatuh hati daripada kebaikan dan ketulusan hati. Sifat menyayangi dan gemar menolong akan memancarkan aura kecantikan yang sejati. Kecantikan fizikal kian pudar seiring dengan pertambahan usia, namun kebaikan hati akan terus membuatkan wanita nampak mempesona. Berusahalah menampilkan yang terbaik. Selalu menjaga kebersihan dalam hal-hal seperti rambut dan baju anda. Jangan lupa gunakan wangian sebaik anda selesai mandi. Jika anda memakai solekan, jangan keterlaluan.
2. JADILAH WANITA YANG MISTERI
Ibarat buku, jangan membuka lembaran anda sepenuhnya. Pastikan anda membuka diri anda perlahan-lahan. Lelaki senang dengan kesan misteri yang diciptakan wanita. Ia merasa tertarik untuk mengenali anda secara mendalam. Jangan beritahu dahulu semua tentang anda. Jika dia bertanya tentang kehidupan anda atau hal-hal yang lebih peribadi, jangan beritahunya dahulu. Lebih baik, anda tersenyum kepada dia dan katakan, “Mungkin lain waktu.” Biarkan dia berusaha mencari nombor anda. Jangan berikan langsung, baik nombor anda atau akaun Facebook anda. Jika dia meminta menjadi teman dengan anda, jangan langsung menerimanya. Tunggu beberapa hari. Atau jika dia mengirim pesan (SMS, Chat), tunggu 30-40 minit untuk membalasnya. Tujuannya, sambil dia menunggu balasan daripada anda, dia akan memikirkan tentang anda dan mencari tentang anda.
3. PAKAI PAKAIAN YANG SESUAI DENGAN KEPERIBADIAN
Apabila wanita memakai pakaian yang tepat, dia akan lebih mempercayai diri. Meskipun anda tidak terlalu cantik, pemilihan pakaian yang tepat membuatkan anda kelihatan lebih menarik. Aura kecantikan anda akan terpancar kerana adanya sikap percaya diri dengan penampilan.
4. JADILAH WANITA YANG BERANI
Wanita yang berani berjuang demi hak-haknya menjadikan anda seorang yang mudah tertarik di mata lelaki. Jadilah seorang yang percaya pada diri, berdikari dan kekal anggun. Pakej lengkap ini dijamin membuatkan lelaki tertarik pada anda.
5. JANGAN LOKEK LEMPARKAN SENYUMAN
Senjata ampuh anda tidak perlu mahal tetapi memadai dengan sebuah senyuman yang tentunya membuatkan sesiapa jua akan menyenangi anda. Senyuman anda boleh membuatkan sesiapa sahaja tertarik dengan anda. Senyuman yang bukan senyuman palsu, tetapi senyuman yang memang menunjukkan bahawa anda seorang yang selalu ceria dan anggun. Senyuman akan membuatkan anda lebih terlihat berbanding wanita-wanita yang lain. Jika anda mendapat eye contact dengan sesiapa sahaja termasuk lelaki yang anda sukai, berikan dia senyuman. Jika lelaki tersebut memalingkan muka, tetap tersenyum dan jangan anda yang memalingkan muka.