Tak kira pengantin perempuan atau lelaki tentu sahaja anda mendambakan perut yang kempis menjelangnya hari perkahwinan. Untuk mastikan anda tampil sempurna, anda akan cuba sedaya upaya mengempiskan perut agar ia tidak membuak dan buncit bak jeli.

Malu jika perut menggelebeh sana sini, lebih-lebih lagi saat pengantin nak menyarungkan baju kahwin. Malah bimbang jika baju pengantin sudah gah, tiba-tiba mata tetamu tertumpu pada tompokan lemak yang ada di perut pengantin. Jadi awas ye!

Sebenarnya banyak kaedah dan cara untuk menjadikan perut anda kempis dan kecil. Anda boleh cuba beberapa cara yang efektif ini tanpa melakukan senaman yang ekstrem ataupun gila-gila. Semoga berjaya!

 

1. Hindari gula

Gula terdiri daripada sukrosa dan fruktosa. Ketika anda mengambil gula, fruktosa akan masuk ke dalam hati anda. Jika fruktosa yang masuk ke dalam hati anda terlalu banyak, maka hati akan mengubah fruktosa menjadi lemak. Gula, baik dalam bentuk padat ataupun cair mempunyai efek yang sama.

Ini termasuk juga gula dalam minuman botol, bahkan jus juga mengandungi gula yang cukup banyak.Tapi, ada gula yang baik buat anda iaitu gula yang terkandung di dalam buah asli. Buah selain mengandungi gula juga mengandungi banyak serat yang boleh meneutralkan efek sampingan dari gula.

Jadi cara mengecilkan perut tanpa olahraga ialah menghindari gula seboleh yang mungkin. Bayangkan gula itu bagaikan ulat yang akan anda hindari!

2. Banyakkan pengambilan protein

Protein berperanan penting dalam menurunkan berat badan. Fungsi protein dalam proses mengecilkan perut adalah:
a) Mengurangi keinginan makan anda hingga 60%
b) Meningkatkan metabolisme tubuh hingga boleh membakar 80-100 kalori/hari

Jika anda ingin menurunkan berat badan dan juga mengecilkan perut, cuba tambahkan pengambilan protein dalam menu anda sehari-hari. Ini kerana protein tidak saja membantu anda mengurangi berat badan tapi juga membantu mengurangi efek bertambahnya berat badan ketika anda memutuskan untuk berhenti berdiet.

Jadi, mulalah mengambil lebih banyak protein seperti telur, daging, ikan, ayam dan susu.

3. Kurangkan sumber karbohidrat

 

Mengurangkan pengambilan karbohidrat bererti anda mengurangkan nafsu makan dan mengurangkan nafsu makan bermakna anda mengurangkan berat badan selain mengempiskan perut. Diet rendah karbohidrat juga membantu anda mengurangi berat air (jumlah air yang disimpan dalam sel tubuh anda) yang menjadikan berat badan anda berkurang hanya dalam hitungan hari. Karbohidrat (roti putih, beras putih, tepung, pasta) menyebabkan kenaikan jumlah lemak di perut anda. Jika anda ingin menurunkan berat badan secara cepat, cuba kurangkan jumlah karbohidrat  hingga 50 gram/hari.

50 gram karbohidrat/hari itu sama sahaja dengan:
a) 1.5 potong kentang panggang
b) Sesenduk nasi
c) Dua keping roti gandum

Dengan mengurangkan karbohidrat hingga 50 gram/hari maka tubuh anda akan mengalami fasa ketosis. Ini adalah fasa di mana tubuh akan menggunakan sumber tenaga internal (lemak) kerana tidak mendapatkan  makanan dari luar.

Selain membantu menurunkan berat badan dan mengecilkan ukuran pinggang, diet rendah karbohidrat juga membantu untuk mengurangi risiko terkena diabetes.

4. Makan makanan berserat

Ya, serat adalah salah satu makanan yang paling mudah dicerna. Namun tidak semua serat boleh membantu anda mengempiskan perut. Serat yang paling berguna adalah jenis serat kental (viscous fiber). Serat jenis ini akan menyerap air dalam tubuh dan membentuk gel di dalam pencernaan anda. Gel ini akan melambatkan proses lewatnya makanan di saluran pencernaan dan juga proses penyerapan nutrisi daripada makanan tersebut, sehingga anda akan berasa kenyang lebih lama dan akhirnya mengurangi porsi makanan anda.

Serat kental banyak terdapat dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang. Jadi, mulalah makan buah dan sayur sekarang!

5. Minum air dengan banyak

Ya, minum air sangat bermanfaat untuk mengempiskan perut anda dan menurunkan berat badan. Minum dua liter air (8 gelas) sehari boleh membakar 96 kalori/hari. Minum air akan lebih efektif membantu anda mengecilkan perut secara semula jadi jika anda minum 0.5 liter air (2 gelas), 30 minit sebelum makan. Jika perut anda sudah penuh dengan air sudah tentu anda tidak akan makan secara berlebihan.

Kopi dan teh hijau juga membantu dalam menurunkan berat badan kerana kafein yang terkandung di dalamnya membantu meningkatkan metabolisme tubuh yang bererti lebih banyak kalori yang terbakar.

Itulah lima cara mengecilkan perut tanpa senaman buat anda yang malas bergerak. Cara di atas akan jauh lebih efektif jika anda menggabungkannya dengan senaman secara teratur.