Apabila menyebut soal ego atau egoism, pastinya ia selalu dikaitkan dengan kaum lelaki Ramai berpendapat lelaki punya ego tersendiri dan ada kalanya sukar untuk difahami, terutamanya oleh kaum wanita. Walaupun wanita tidak terkecuali, namun ego lelaki lebih ‘berbisa’ bila tidak kena tempat dan gayanya. Ego sang lelaki? Kelebihan atau sebaliknya?
WANITA MAMPU TUMBANGKAN EGO LELAKI?
Sememangnya lelaki dan ego tidak dapat dipisahkan. Ego atau riak merupakan keadaan psikologi yang mengusai pemikiran manusia. Ia mempunyai kaitan dengan perangai atau attitude membangga diri, sombong, dan merasakan diri hebat berbanding orang lain. Ada berpendapat ego ada kalanya membantu dalam melonjakkan self-esteem atau harga diri seorang lelaki. Apabila anda menunjukkan keegoan, ini bermakna anda ialah seorang yang berkeyakinan tinggi, positif, tegas dan tidak mudah goyah dengan apa jua yang berlaku.
Namun apa akan berlaku jika ego mula menguasai diri? Lelaki akan mula merasakan diri ibarat ‘superhero’ yang tiada kuasa dapat menumbangkannya. Malah dalam perhubungan sekalipun, lelaki akan terikut dan terbawa-bawa dengan sikap keegoannya yang melampau. Walau bagaimanapun, ego lelaki pasti akan tercalar jika wanita mula menunjukkan taringnya. Jika anda seorang lelaki yang ego, janganlah melatah kerana hanya kuasa wanita dapat menundukkan ego lelaki.
TIP MENGATASI EGO SUAMI
1.Bersabar- Jinakkan ego lelaki dengan kesabaran anda.
2.Dengar dan cuba fahami tindakan mereka– Ego lelaki ada kalanya berlebihan dan tidak kena tempatnya. Jangan melatah dan cuba fahami situasi kenapa si dia ego ketika itu.
3. Jangan terlalu banyak beri pujian- Pujilah si dia, namun jangan berlebihan. Pujian melambung hanya akan meninggikan lagi ego kaum lelaki.
4.Bijak cari kesalahan– Gunakan kreativiti anda untuk menunjukkan kesilapan mereka, namun jangan sesekali malukan si dia.
5.Hormati dirinya– Lelaki sentiasa ingin dihormati. Maka hormatilah pendiriannya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI