Rezeki sememangnya memerlukan usaha yang berlipat ganda agar ia sentiasa ada dan tidak pernah putus. Namun dengan iringan doa, ia menjadikan rezeki itu semakin dipermudahkan. Sebagai bakal pengantin mahupun yang sudah berkahwin, doa adalah pendinding untuk anda lebih kuat dalam bekerja. Semoga setiap rezeki kita lancar dan diberkatinya.
“Ya Allah, Dzat Yang Mahakaya dan memberikan kekayaan, berilah kekayaan yang abadi kepadaku. Wahai Dzat Yang Mahamulia dan yang memberikan kemuliaan, berilah kemuliaan kepadaku dengan kemuliaan kekuasaan-Mu. Wahai Dzat yang mempermudah semua urusan, berilah kemudahan kepadaku di dalam semua urusan dunia dan agama, wahai Dzat yang paling diharapkan, ya Allah.”
Alloohumma zidnaa wa laa tanqushnaa wa akrimnaa wa laa tuuhinaa wa a’athinaa wa laa tahrimnaa wa aatsirnaa wa laa tu’tsir ‘alainaa wa ardhinaa wardhoo ‘annaa.
“Ya Allah, tambahkanlah rezeki kepada kami, jangan Engkau kurangi. Muliakanlah kami dan jangan Engkau hinakan kami. Berilah kami dan jangan Engkau halangi kami. Pilihlah kami dan jangan Engkau tinggalkan kami, dan janganlah Engkau cegah kami.”
Alloohumma innii as-aluka an tarzuqonii rizqon halaalan waasi’an thoyyiban min ghoiri ta’abin wa laa masyaqqotin wa laa dhoirin innaka ‘alaa kulli syai-in qodiir.
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu agar melimpahkan rezeki kepadaku berupa rezeki yang halal, luas dan tanpa susah payah, tanpa memberatkan, tanpa membahayakan dan tanpa rasa lelah dalam memperolehnya. Sesunggunya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.”
Robbanaa anzil ‘alainaa maa-idatan minas samaa-i takuunu lanaa ‘iidan li awwalinaa wa aakhirinaa wa aayatan minka warzuqnaa wa anta khoirur rooziqiin.
“Wahai Tuhan kami, turunkahlah kepada kami suatu hidangan dari langit (yang haru turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami, yaitu bagi orang-orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami, dan menjadi tanda bagi kekuasaan Engkau, berilah kami rezeki, dan Engkau pemberi rezeki yang paling utama.”
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa kata perempuan pendek tak menarik? Sebenarnya ramai lelaki suka perempuan yang pendek, boleh dikatakan perempuan bertubuh kecil ini nampak comel.
Ada banyak sebab lelaki suka perempuan yang pendek. Berikut ini 10 senarai sebab utama lelaki suka perempuan yang tak tinggi untuk dijadikan pasangan.
Comel
Tak dinafikan perempuan rendah ini comel. Lagi-lagi kalau mereka marah dan dikacau.
Kelihatan Muda Dari Umur Sebenar
Ramai akan fikir pasangan anda berumur 17 tahun, padahal dah 28 tahun. Mereka sentiasa muda.
Mudah Cari Saiz Pakaian
Sangat senang untuk dapatkan saiz baju atau seluar dan pakaian lain termasuk kasut sebab saiz mereka sentiasa ada. Silap-silap boleh shopping kat area pakaian kanak-kanak tau.
Akan Kekal Dengan Pasangan
Bukti menunjukkan orang rendah setia pada cintanya. Setuju?
Jimat Duit Makanan
Bukan berjimat cermat ye, tapi memang terbukti orang yang kecil tak makan banyak. Jadi jimat la kan?
Rasa Comel Bila Cium
Cium gadis yang rendah memang comel, lagi-lagi bila perempuan menjingkit kaki. Ops, ini untuk suami isteri je ye. Yang belum berkahwin, sila dapatkan lesen dulu (kahwin).
Selalu Jimat Masa
Suami boleh kongsi cermin untuk dress up, tak perlu la nak tunggu turn kan?
Boleh Pakai High Heels
Perempuan tinggi tak boleh pakai high heels? Bukan tak boleh, tapi nanti terlebih tinggi dari suami pulak kan? Perempuan rendah takde masalah, boleh pakai High Heels dengan confident.
Senang Didukung
Mereka ni ringan, jadi suami suka la angkat dan dukung mereka.
Sangat Awesome Untuk Dipeluk
Suami senang peluk, paras dagu je betul tak? Senang nak cium dahi.
Sumber : Aliff channel
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada pelbagai jenis diet yang menjadi amalan untuk menurunkan berat badan.Antara jenis diet yang cukup popular terutamanya buat golongan wanita adalah jenis Diet Rendah Karbohidrat seperti diet Atkin’s, diet Ketogenik dan sebagainya.
Meskipun kesan penurunan badan dapat dilihat dengan cepat, rupanya amalan diet jenis ini adalah membahayakan kesihatan, tidak selamat dan boleh meningkatkan kadar kematian.
Perkara ini didedahkan oleh Dato Dr. Rushdan Noor, Pakar Perunding Ginekologi Onkologi, menerusi kajian yang diperolehi daripada Medical University of Lodz.
Berikut antara perkongsian beliau;
AMARAN : DIET RENDAH KARBOHIDRAT (“LOW CARB DIET”) ADALAH TIDAK SELAMAT
Ramai yang mengamalkan diet rendah karbohidrat seperti diet Atkin’s, diet Ketogenik dan lain-lain lagi untuk menurunkan berat badan. Ada juga yang percaya diet ketogenik boleh mencegah dan merawat kanser.
Tingkatkan Risiko Kematian
Satu kajian prospektif yang besar telah dilakukan ke atas beribu-ribu orang oleh Professor Maciej Bonach daripada Medical University of Lodz mendapati individu yang mengamalkan diet rendah karbohidrat ini mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami kematian pramatang (“premature death”). Risiko kadar kematian juga lebih tinggi ke atas penghidap sakit jantung koronari (51%), angin ahmar (50%) dan kanser (35%). Hasil kajian ini baru sahaja dibentangkan semasa Kongres ESC* 2018 pada 28hb Ogos 2018.
Satu meta-analisis yang lebih besar ke atas 7 kajian prospektif cohort melibatkan hampir 45 ribu orang peserta mendapati berlaku PENINGKATAN RISIKO KADAR KEMATIAN iaitu 15% bagi keseluruhan penyakit, 13% bagi penyakit jantung dan 8% bagi penyakit kanser oleh individu yang mengamalkan diet rendah karbohidrat.
Elak Diet Rendah Karbohidrat
Walaupun untuk jangkamasa pendek, diet rendah karbohidrat berkesan menurunkan berat badan, tekanan darah dan gula darah tetapi kesan jangkamasa panjang sangat membimbangkan. Ia juga mempunyai kesan negatif kepada kesihatan untuk jangkamasa pendek. Jadi pada pandangan Ahli Sains Perubatan diet rendah karbohidrat lebih baik dielakkan.
Bagi pesakit kanser, saya menasihati supaya jangan mengamalkan diet ketogenik ataupun mengamalkan pengambilan gula/karbohidrat yang terlalu rendah bersama dengan diet tinggi lemak dan protin. Tiada bukti saintifik yang mengesahkan ianya dapat membantu pesakit kanser samada mencegah ataupun merawat penyakit mereka. Kemudaratannya lebih besar, jangan terpedaya dengan pendapat pengamal rawatan alternatif ataupun petua-petua yang palsu ini. Dapatkan nasihat pakar pemakanan dan doktor yang berkelayakan jika ingin mengamalkan diet tertentu.
Hak-Hak Wanita Islam Dalam Kes Mungkir Janji Untuk Berkahwin
Secara umumnya, wanita Islam di Malaysia mengetahui dan menyedari hak-hak mereka selepas berlakunya penceraian. Ini memandangkan ia sering kali diperbincangkan sama ada oleh ahli akademik, pengamal undang-undang atau kolumnis dan penulis-penulis di media masa dan bahan rujukan akademik.
Sebaliknya, menurut pemerhatian, wanita Islam di Malaysia tidak mengetahui dan masih kabur dengan hak-hak mereka di dalam kes kemungkiran janji untuk berkahwin atau di dalam erti kata lain pembatalan pertunangan.
Statistik menunjukkan kes kemungkiran janji untuk berkahwin telah meningkat mutakhir ini dan trend ini telah berleluasa sehingga melibatkan kes pembatalan pertunangan melalui SMS, e-mail dan sebagainya.
Kemungkiran janji untuk berkahwin mengakibatkan kerugian dan impak negatif kepada pihak perempuan dan keluarganya seperti kejatuhan maruah, aib, harga diri, kerugian wang ringgit, tekanan perasaan dan juga gangguan mental.
Pertunangan
Jika seseorang itu telah mengikat suatu pertunangan mengikut Hukum Syarak, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara bersendirian atau melalui seorang perantaraan, dan kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi itu tanpa apa-apa sebab yang sah manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya,.
Maka pihak yang mungkir adalah bertanggungan memulangkan pemberian-pemberian pertunangan, jika ada, atau nilainya dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang demikian boleh dituntut melalui tindakan dalam Mahkamah. – Undang-Undang Keluarga Islam