Penyanyi pop, Britney Spears yang popular dengan lagu ‘Baby One More Time’ dan ‘Oops! I Did It Again’ sekali lagi bergelar isteri buat kali ke-3 setelah selamat melangsungkan perkahwinan dengan kekasih yang juga jurulatih peribadinya, Sam Asghari. Pasangan ini bertunang pada September 2021.
Perkahwinan Britney, 40, dan Sam Asghari, 28, yang merupakan seorang pelakon serta jurulatih kecergasan berlangsung sembilan bulan selepas pasangan itu mengumumkan pertunangan mereka.
Ini merupakan perkahwinan ketiga penyanyi pop berusia 41 tahun itu.
Menerusi perkahwinan kedua dengan penari Kevin Federline yang bertahan sehingga 2007, Spears mempunyai dua anak lelaki iaitu Sean Preston, 17, dan Jayden James, 16 tahun.
Jom lihat beberapa fakta menarik mengenai perkahwinan kali ke-3 Britney Spears ini:
Ads
1.Majlis tertutup itu diadakan di Los Angeles yang turut dihadiri rakan baik Britney antaranya Selena Gomez dan Madonna.
Ads
2. Britney dan Sam tampil glamor serta elegan dengan busana perkahwinan hasil rekaan Donatella Versace.
Ads
3. Pasangan itu berkenalan ketika menjalani penggambaran muzik video lagu Slumber Party pada tahun 2016 sebelum bercinta setahun selepas itu.
4. Britney menggayakan barang kemas dari Stephanie Gottlieb dan disolek Charlotte Tilbury pada hari bahagianya.
5.Britney juga memilih lagu Can’t Help Falling in Love nyanyian Elvis Presley bagi mengiringinya ke altar perkahwinan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon Reen Rahim selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin dalam majlis pernikahan yang diadakan di Boraombak Marina, Putrajaya.
Hanya dengan sekali lafaz, pelakon Reen Rahim akhirnya selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin.
Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa Reen iaitu Abdul Rahim Abdul Kadir di hadapan Pendaftar Nikah Putrajaya, Hafizan Ibrahim. Pada majlis berkenaan, pelakon berusia 34 tahun itu menerima mas kahwin sebanyak RM1,988 serta sedulang barangan kemas.
Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim menerima lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak lelaki.
Pasangan merpati dua sejoli ini memilih untuk menyarungkan busana serba putih pada hari bahagia mereka.
Sebelum ini, Reen meluahkan rasa syukur kerana mendapat tajaan sebanyak RM15 juta dengan mengadakan tiga majlis iaitu malam berinai, akad nikah dan resepsi.
Untuk info, Reen melangsungkan majlis pertunangan dengan jejaka berusia 28 tahun itu pada Ogos lalu namun bertindak untuk merahsiakannya atas permintaan keluarga.
Namamu ku rahsiakan
Dan telah terpatri di hatiku
Kucu-kuca, kucu-kuca
(Oops, alamak)
Aku jatuh cinta
Bukan rahsia lagi!
Laman Instagram penyanyi yang popular dengan lagu Kuca-Kuca menimbulkan tanda-tanya apabila memuat naik beberapa foto pertunangan dengan caption “Alhamdulillah, satu langkah ke depan. Enam bulan lalu (bertunang). Semogaa Allah permudahkan urusan untuk langkah seterusnya,” katanya.
Rupanya penyanyi yang popular menerusi lagu Kuca-Kuca, Lia Aziz selamat bergelar isteri kepada pemain gitar kumpulan Treehill, Arash Azimi Anuar pada sabtu .
Pasangan ini disatukan dengan sekali lafaz akad dalam sebuah majlis tertutup di Masjid Al Amin Puchong sekitar jam 9 pagi disaksikan oleh ahli keluarga dan kenalan dekat kedua belah pihak.
Pada majlis akad nikah, Lia mengebnakan sepasang kurung Pahang rona putih rekaan @danielzharifofficial manakala wajah Lia telah ditatarias oleh @intannyusof. Hantaran dari pihak Lia kepada suami tersayang telah mendapat sentuhan dari @deardaisy.my.
Terdahulu, Lia Aziz atau nama sebenarnya Nor Alia Farzana Abdul Aziz, 19 tahun dan Arash Azimi telah mengikat tali pertunangan pada 22 Januari lalu selepas dua tahun berkenalan.
Untuk rekod, pasangan ini sama-sama bernaung dibawah syarikat rakaman yang sama iaitu Rusa Music mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang selepas mendapat restu dari kedua belah pihak.
Menerusi posting di laman Instagram miliknya, penyanyi berusia 19 tahun ini turut memohon doa daripada pengikutnya agar urusan ke fasa perkahwinan dipermudah. Pasangan ini turut mengadakan majlis resepsi untuk keluarga dan kenalan rapat di Tropicana Golf & Country Club ini mengharapkan perkahwinan yang dibina atas dasar cinta ini berkekalan hingga ke jannah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Astro Prima dan Nu Ideaktiv lancar program bual bicara Borak SeeNI, dari aplikasi ke kaca televisyen. Astro dan Nu Ideaktiv dengan bangganya membawakan isu hangat dan terkini ke kaca televisyen anda menerusi program bual bicara baharu, ‘Borak SeeNI’ yang mula bersiaran pada 1 Oktober lalu.
Astro Prima Dan Nu Ideaktiv Lancar Program Bual Bicara Borak SeeNI, Dari Aplikasi Ke Kaca Televisyen
Program bual bicara yang moden dan interaktif ini membincangkan pelbagai topik menarik dan bersiaran secara langsung pada setiap hari Selasa hingga Jumaat, jam 11 pagi di Astro Prima (saluran 105). Borak SeeNI juga bersiaran ulangan pada hari sama, jam 5 petang di saluran sama.
‘Borak SeeNI’ merangkumi pelbagai topik menarik seperti isu keluarga, segmen gaya hidup dan kesihatan bersama barisan pakar. Selain itu, program ini juga akan menampilkan individu-individu yang boleh memberi inspirasi dan teladan kepada para penonton melalui kisah dan pencapaian mereka yang membanggakan dalam pelbagai bidang.
Dengan penggunaan teknologi studio Extended Reality (XR) yang moden, ‘Borak SeeNI’ menawarkan visual yang lebih menarik dan terkini. Keupayaan Realiti Tambahan (AR) yang diterapkan memberi kelebihan kepada peniaga terutamanya kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam mengetengahkan produk dan perkhidmatan mereka secara dinamik.
‘Borak SeeNI’ turut menekankan penyesuaian kandungan yang fleksibel serta ciri interaktif dengan melibatkan penyertaan penonton secara langsung dan memenuhi keperluan jenama dalam menawarkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan meluas.
Menurut Naib Presiden, Pembangunan Pengiklanan (Nu Ideaktiv & SME), Datin Norashikin Habibur Rahman, “Program bual bicara secara langsung ‘Borak SeeNI’ adalah program yang memfokuskan isu semasa dan gaya hidup terkini.
Program ini dipersembahkan dalam bentuk yang lebih canggih daripada segi visual iaitu penggunaan reka bentuk Extended Reality (XR) di dalam studio dan Augmented Reality (AR). Selain itu, program ini juga ingin membantu warga SME dalam mempromosikan produk mereka”.
Nu Ideaktiv, selaku rakan penghasil kandungan, melalui applikasi SeeNI yang melahirkan program bual bicara ‘Borak SeeNI’ mengambil 17 kandungan digital Nu Ideaktiv yang sesuai dengan format program bual bicara untuk menyampaikan maklumat meliputi semua aspek kehidupan.
“Saya amat teruja dengan kolaborasi program bual bicara secara langsung antara Astro dan Nu Ideaktiv ini. Saya percaya hasil kerjasama yang memberangsangkan daripada kedua-dua pihak dapat memastikan program ini berjalan lancar dengan jayanya.
“Selain itu, ia diharap dapat memperkasa landskap digital bagi SME untuk lebih memperkukuhkan jenama mereka”, kata Encik Syamil Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif, Nu Ideaktiv mengenai penghasilan program ini.
‘Borak SeeNI’ memaparkan gandingan pengacara yang berpengalaman dan relevan kepada pelbagai lapisan masyarakat seperti Erra Fazira, Faizal Ismail, Haziq Hussni, Nana Mahazan, Hunny Madu, Dahlia Shazwan dan Keanu Azman.
Pemilihan mereka sebagai wajah ‘Borak SeeNI’ selaras dengan objektif kami untuk menyasar semua lapisan masyarakat sebagai penonton utama. Kongsikan cerita anda dan ‘Borak SeeNI’ dengan tanyaseeni@astro.com.my.
‘Borak SeeNI’ turut boleh ditonton menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi SeeNI, Astro Gempak, Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel. Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*. Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!