Buat bakal pengantin pastinya mereka ingin kongsikan hari bahagia mereka kepada rakan-rakan tidak kira jauh ataupun dekat. Kad jemputan sememangnya ‘list’ utama buat bakal pengantin untuk menjemput orang ramai menghadiri majlis mereka. Jom kita tengok antara kad kahwin yang boleh anda buat untuk majlis anda nanti.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini 12 Bahasa Tubuh Anda Kena Faham Kalau Tak Nak Beli Hadiah Mahal Untuk Pasangan!
Ada ketikanya kesibukan membuatkan kita sering terlupa untuk mengungkapkan rasa cinta terhadap pasangan. Kesibukan ini jika dibiarkan berlarutan boleh menjauhkan hubungan lantas menghambarkan rumah tangga.
Tidak perlu barang-barang mahal atau melakukan perkara yang rumit untuk membuktikan yang anda cintakan pasangan kerana dengan bahasa tubuh sahaja sudah cukup untuk anda mengungkapkan rasa cinta anda itu.
1. Berikan senyuman manis
Senyuman mampu menyempurnakan rasa bahagia dalam diri anda dan pasangan. Oleh itu berikan senyuman paling manis kepada pasangan bagi mengungkapkan perasaan cinta yang mendalam anda terhadap dirinya.
2. Ungkapkan sesuatu yang tidak terduga
Saat melakukan sesuatu yang tidak dirancang bersama pasangan, cuba ungkapkan kata-kata cinta terhadapnya. Misalnya saat isteri mencuci pinggan, apa kata suami ungkapkan rasa cinta dengan merangkul pinggang isteri dari belakang sambil mengatakan ‘I love you’ kepadanya.
3. Ada di sisinya ketika sakit
Seseorang yang sakit pasti memerlukan belaian dan perhatian yang secukupnya daripada pasangan. Apabila pasangan sakit, ambillah cuti untuk menemaninya. Walaupun mungkin dia tidur sepanjang hari, tapi sekurang-kurangnya dia akan berasa tenang apabila melihat anda berada di sampingnya ketika dia terjaga. Cara ini akan memberi semangat untuknya kembali sihat.
4. Luahkan perasaan dengan mata
Pandangan merupakan cara lain untuk berbahasa dan mengungkapkan perasaan. Tataplah matanya sedalam-dalamnya dengan penuh rasa cinta saat berbicara dengannya agar pasangan tahu bagaimana perasaan cinta anda terhadapnya.
5. Lakukan perkara yang digemarinya
Buktikan rasa cinta anda terhadap pasangan dengan menyokong setiap aktiviti dan minatnya. Lakukan bersama-sama perkara yang digemarinya walaupun mungkin anda kurang gemar dengan aktivitinya kerana sokongan yang anda berikan itu mampu membakar semangatnya.
6. Berikan pelukan hangat
Memeluk antara satu sama lain memberi banyak manfaat dalam rumah tangga. Ia mampu mengembalikan kenangan cinta anda berdua selain memberi hubungan yang lebih akrab sebagai tanda anda berdua saling menyayangi.
7. Berikan ciuman pagi
Sebaik sahaja bangun tidur, berikan ciuman penuh mesra kepada pasangan. Ciuman pagi sebelum memulakan hari merupakan cara untuk anda mengungkapkan rasa cinta. Mungkin dengan ciuman pagi ini boleh dilanjutkan pula dengan hubungan intim sebelum anda berdua memulakan kerja.
8. Sentiasa berikan pujian
Jangan kedekut untuk memberikan pujian atau ungkapan terima kasih kepada pasangan. Pujian bukan hanya untuk menyanjung hatinya tetapi juga sebagai tanda yang anda mengambil berat dengan perubahan dirinya, memberi pasangan lebih bersemangat untuk melakukan yang terbaik dan membuatkan dia percaya anda memang mencintainya.
9. Hadiahkan bunga
Bunga sering dianggap sebagai bahasa cinta untuk menterjemahkan perasaan. Pasangan akan rasa sangat berharga menerima bunga pemberian anda, apatah lagi jika anda menghadiahkannya dengan bunga kegemarannya.
10. Hulurkan bantuan tanpa disuruh
Buat kejutan yang anda menyayangi pasangan dengan menyiapkan kerjanya secara diam. Misalnya suami membuat kejutan membersihkan rumah atau masak hidangan kegemarannya ketika isteri belum pulang dari rumah. Pasti kejutan ini membuatkan isteri rasa terharu.
11. Genggam erat tangannya
Genggamlah tangan pasangan ketika jalan bersama sebagai tanda anda berdua saling memerlukan. Ataupun genggam tangan pasangan secara senyap-senyap ketika anda berdua sedang sibuk menonton tv. Pastinya sikap spontan ini menimbulkan momen romantis untuk anda berdua menikmati waktu bersama.
12. ‘Culik’ dan beri kejutan buat pasangan
Apa kata buat kerja ‘gila’ dengan ‘menculik’ pasangan dan bawa dia ke suatu tempat yang indah tanpa perlu anda dan pasangan merancangnya terlebih dahulu. Misalnya membawa pasangan ke spa untuk pasangan mendapat rawatan tubuh atau bercuti ke tempat menarik yang berdekatan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perut Suami Buncit Selepas Kahwin Tanda Hubungan Bahagia
Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk makan di rumah. Lelaki akan merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan. Berbanding wanita.
Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga. Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan.
Pastinya, perut buncit pada sesetengah individu dapat menggugat penampilan dan menyebabkan rasa kurang keyakinan diri. Antara masalah lain yang timbul adalah sukar mencari saiz pakaian yang dikehendaki serta menghadapi kesukaran untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak. Tahukah anda sebab kenapa lelaki buncit?
GENETIK
Jika anda mempunyai ibu bapa,datuk, nenek atau keturunan yang mempunyai saiz badan yang besar atau gemuk, besar kemungkinan anda juga adalah seorang yang gemuk dan mempunyai perut yang buncit. Tetapi jika anda bijak untuk mengawal berat badan, anda boleh elakkan keadaan ini daripada berlaku. Genetik bukanlah alasan yang kukuh untuk anda kekal mempunyai perut buncit.
TABIAT
Tabiat makan dengan banyak daripada bersenam atau lepas makan dan terus tidur tanpa melakukan apa-apa aktiviti antara punca berat badan anda meningkat. Tenaga dari makanan yang anda makan terus disimpan sebagai lemak subcutaneous di bahagian perut tanpa dibakar terlebih dahulu. Makan terlalu banyak makanan yang tidak berkhasiat, makanan yang terlalu manis, dan berlemak turut menadi faktor penyumbang kepada perut buncit.
KESEDARAN
Bukan bermakna ramai yang tak sedar perutnya buncit. Tetapi ramai yang tidak mengambil berat akan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat.Anda mungkin menyangka bahawa diri anda ‘gemuk tapi sihat’.
Namun awas, lemak-lemak yang terkumpul mungkin akan menjadi bom jangka yang boleh menamatkan nyawa anda. Selain itu, aturan makan yang salah turut menjadi punca. Menjaga makan bukan bermakna tidak makan langsung dan makan dengan banyak apabila lapar. Persepsi seperti ini harus diperbetulkan.
PERKAHWINAN
Kahwin pun boleh jadi punca perut buncit ke? Ya, kebanyakkan lelaki akan menjadi buncit selepas kahwin. Punca sebenarnya adalah hubungan kelamin antara suami isteri. Kebuncitan lelaki berlaku apabila cecair daripada isteri yang mengalir masuk melalui alat sulit lelaki semasa hubungan kelamin, membuatkan perubahan hormon yang menyebabkan perut senang buncit.
Otot-otot di bahagian perut juga akan menjadi lemah untuk mengekalkan bentuk badan. Kadar testosteron juga menurun semasa air mani keluar menyebabkan kadar metabolisma menurun. Perut senang buncit bila badan susah nak bakar lemak.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hei Wanita! Jangan Malu Dengan Kekurangan Anda Sebab 8 Perkara Ini Sebenarnya Boleh Buat Lelaki Terpikat
Selalunya wanita yang miliki kekurangan akan mudah hilang keyakinan untuk berdepan dengan orang ramai apatah lagi ingin mencari pasangan. Jangan bimbang kerana bukan semua lelaki mudah jatuh cinta disebabkan oleh kecantikan paras rupa atau fizikal.
Ada juga sesetengah lelaki yang akan jatuh cinta dengan wanita disebabkan oleh kekurangan wanita itu sendiri. Bagi mereka, kekurangan itulah yang membuatkan wanita sebegini unik sekali gus menjadi daya tarikan lelaki. Ingin tahu apa kekurangan tersebut? Jom kita semak.
1. TAK SUKA MEKAP & MUKA POLOS
Jangan bimbang jika anda tergolong dalam wanita yang tidak suka bersiap atau berdandan secara lebih-lebihan. Ini kerana lelaki lebih suka melihat kecantikan wanita dalam keadaan seadanya kerana bagi mereka semula jadi itulah yang membuatkan seseorang wanita itu tampak lebih cantik dan berseri walaupun tanpa solekan yang tebal di wajah.
2. BERTUBUH BERISI ATAU GEMPAL
Selalunya wanita bertubuh gempal sentiasa rasa rendah diri dan kurang yakin dengan fizikalnya yag dianggap kurang menarik. Namun jangan risau kerana ada sebahagian lelaki yang lebih cenderung memilih wanita bertubuh gempal berbanding wanita berbadan kurus. Bagi lelaki, wanita bertubuh gempal seorang yang kuat kerana mereka miliki keyakinan yang tinggi untuk tampil dengan tubuh sebegitu di khalayak ramai tanpa mempedulikan orang sekeliling.
3. PERWATAKAN ‘NERD’ & SKEMA
Bagi lelaki, wanita ‘nerd’ seorang yang bijak dan tidak membosankan kerana mereka rajin membaca, punya banyak pengetahuan dan tahu tentang isu-isu semasa. Malah ada kajian mengatakan bahawa perempuan ‘nerd’ lebih memahami orang lain dengan lebih baik dan secara tidak langsung lelaki akan lebih bahagia jika mempunyai pasangan yang sangat memahami.
4. SAIZ TUBUH RENDAH
Ketahuilah bahawa ada juga lelaki yang lebih selesa memilih wanita bersaiz rendah daripadanya kerana lelaki menganggap gadis yang tinggi akan mengancam dirinya. Ini kerana ketika seorang lelaki lebih tinggi daripada pasangannya, secara automatik lelaki itu akan rasa lebih selesa dan kuat dalam menjalinkan hubungan.
5. PAKAI CERMIN MATA
Bagi lelaki, wajah wanita yang memakai cermin tampak lebih menggoda dan seksi. Malah mereka juga dilihat lebih bijak, misteri dan ada daya tarikan di mata lelaki. Jadi tak payahlah anda bersusah payah membelanjakan duit untuk membeli kanta lekap selepas ini.
6. NADA SUARA TINGGI & NYARING
Menurut sebuah penelitian, wanita yang memiliki nada suara yang tinggi mampu membangkitkan aura ‘muda’ yang menandakan bahawa tubuh wanita itu sangat sensual dan begitu menarik perhatian lelaki.
7. SUKA BERPAKAIAN SEPERTI LELAKI
Bagi sesetengah lelaki, wanita yang berpakaian ala-ala lelaki mampu membuatkan lelaki tertarik. Alasan mereka, wanita dengan pakaian sebegini memiliki karakter yang mudah untuk bertolak ansur atau berkompromi saat melakukan perkara-perkara yang digemari lelaki.
8. KETAWA TAK ‘COVER’
Jangan hairan kalau ada sesetengah lelaki lebih menyukai wanita yang ketawa tak ‘cover’. Ini kerana bagi lelaki, wanita sebegini mempunyai sifat ‘sense of humor’, ceria dan boleh menghidupkan suasana sekali gus membuatkan lelaki terpikat untuk lebih mendekati wanita sebegini dan selesa untuk berada di sisinya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI