Mengoles pemerah bibir adalah rutin harian si gadis agar tampil cantik dan menawan. Memakai pemerah bibir sememangnya memberikan kepuasan peribadi dan menjadikan lebih percaya pada diri. Bukan itu sahaja, secalit gincu bibir mampu menjadikan penampilan lebih menawan terutamanya untuk ratu sehari di majlis pernikahan mahupun resepsi.
Pemerah bibir dianggap sebagai sahabat baik buat si gadis. Selain bedak, pemerah pipi dan pembayang mata, gincu bibir merupakan salah satu barang yang wajib ada di dalam beg tangan. Dengan satu olesan sahaja mampu menyerikan wajah si mempelai. Jom kenali beberapa pemerah bibir pilihan:
Sesuai digunakan untuk mereka yang cenderung memiliki bibir yang kering. Jenis gincu ini boleh melindungi bibir indah anda dari kekeringan dan pecah-pecah kerana pelembap yang terkandung di dalamnya adalah cukup tinggi. Pemerah bibir ini dapat menonjolkan diri anda dengan ketegasan warnanya.
Sesuai bagi anda yang memiliki bibir yang tidak berbentuk. Gincu bibir pensel ini boleh menjadi penyelamat buat diri anda kerana ia mudah untuk membentuk lakaran bibir. Sifatnya seperti penggaris mata dan juga digunakan sebagai bingkai bibir.
Pemerah bibir ini adalah bersifat lembap dan dilengkapi dengan ‘glitter’. Bibir anda akan kelihatan lebih seksi. Namun begitu, gincu bibir ini mudah hilang, jadi anda harus sentiasa membawanya setiap masa.
pemerah bibir ini mempunyai banyak warna, dan ia berbentuk solid. Lakukan dengan mengoles pelembap bibir sebelum olesan pemerah bibir matte pada bibir. Ini kerana pemerah bibir matte mengandungi sedikit sahaja pelembap bibir berbanding gincu ‘glossy’ dan gincu ini bersifat tahan lama.
Punca bibir tidak sihat, kering dan lebam:
– Tidak gunakan pembersih bibir yang betul.
– Cuci bibir menggunakan sabun wajah yang tidak sesuai untuk kelembutan bibir.
– Kurang gunakan pelembap bibir.
– Tidak gunakan pupur bibir khusus.
– Menggunakan gincu yang tidak mengandungi vitamin dan nutrisi diperlukan bibir.
– Bersihkan bibir menggunakan pembersih solekan mata. Ini adalah kerana kulit mata adalahsama nipis dengan bibir anda.
– Lakukan pembersihan kulit mati dan kotoran bibir menggunakan pupur khas.
– Gunakan gincu teksturnya matte atau krim untuk menutupi warna bibir yang gelap dan tidak nampak terlalu tebal.
– Elakkan pilihan gincu berkilat kerana teksturnya yang nipis akan menampakkan kehitaman bibir lebih jelas.