Nilai kasih sayang antara suami isteri harus sentiasa dipupuk agar perasaan cinta mekar buat selamanya. Ini penting bagi menjamin hubungan dan keluarga yang lebih harmoni dan sejahtera. Ada sesetengah pasangan yang membiarkan perasaan cinta semakin pudar kerana kurangnya tolenrasi dan komunikasi antara pasangan.
Jangan biarkan perkara ini berlaku dalam rumah tangga anda. Semaikan perasaan cinta setiap hari agar cinta yang berputik dari mula utuh sampai bila-bila.
Jom kita lihat 5 tip dan panduan untuk semarakkan hubungan cinta suami isteri yang akan membuatkan ia bertambah mekar!
1. STATUS SUAMI ISTERI UNTUK SALING MENCINTAI
Selain menganggap status suami atau isteri adalah status yang terpikul padanya dengan tanggungjawab semata-mata, suami isteri juga mestilah menjadikan status suami dan isteri sebagai jalan untuk mencintai dan dicintai pasangan. Berikan keutamaan kepada tanggungjawab suami isteri dan jangan sekali-kali mengabaikan hak anda untuk memberikan cinta kepada pasangan.
2. HEBATKAN LAGI CINTA
Bagi yang bercinta sebelelum berkahwin, masihkah anda ingat saat-saat anda bercinta? Alangkah manisnya ketika itu. Betul kan? Segala-galanya indah belaka. Semuanya cukup ideal .Masing-masing berusaha untuk memenangi hati pasangan. Mengapa apabila sudah berkahwin, tiada lagi perkara-perkara manis dan indah seperti dulu .”Masihkah kau ingat,pada waktu itu, sekuntum bunga mekar ku selit ke rambutmu?” Ulangi detik-detik manis bersama dahulu di alam rumah tangga.
Bagi yang tidak bercinta sebelum berkahwin, inilah masa paling indah bagi anda terutamanya yang baharu mendirikan rumah tangga untuk menjadikan pasangan anda cinta pertama dan selamanya. Dialah cinta pertama dan selamanya.
3. MENGIMBAU KENANGAN MANIS
Masihkah anda ingat saat-saat anda akad nikah? Tak dapat digambarkan kegembiraan pada waktu itu. Andalah orang yang paling bahagia ketika itu. Kenang kembali saat-saat indah agar bunga cinta anda mekar kembali. Kenangkan saat-saat indah malam pertama anda sebagai suami isteri. Bagaimana semaraknya cinta anda kepada pasangan ketika itu, ditambah pula dengan kenikmatan hubungan mesra suami isteri. Sangat indah bukan?
4. KEKASIH AWAL & AKHIR
selalu yang berlaku, sangat kurang pasangan suami isteri menganggap pasangan mereka adalah kekasih hati dan mereka tidak menyedari hakikat ini. Seorang suami atau isteri adalah bukan sekadar suami isteri, tetapi mereka adalah pasangan kekasih yang sedang melayari bahtera kehidupan rumah tangga yang memerlukan kasih sayang dan cinta agar pelayaran mereka kekal hingga ke akhir hayat
5. BERUSAHA AMBIL HATI PASANGAN
Apabila sudah mendirikan rumah tangga, ramai pasangan suami isteri sudah tidak mempedulikan hati dan perasaan pasangan. Bak kata orang, “Dah dapat memang macam tu”. Anda perlu berusaha mengambil hati pasangan seperti mana sebelum anda berkahwin demi memastikan rumah tangga anda sentiasa penuh dengan perasaan kasih sayang dan kesefahaman.
Seperti mana sebelum berkahwin, anda sangat banya idea bagaimana memikat hati si dia. Mengapa sudah berkahwin anda seolah-olah kehilangan idea? Apa yang anda lakukan dahulu pun boleh dipraktikkan setelah anda berkahwin seperti hadiah, bunga, surprise (kejutan), dating, candle light dinner, kad ucapan, sms cinta dan banyak lagi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI