Bagi pengantin wanita baju pengantin sememangnya adalah busana yang sangat penting bagi mereka. Ini kerana busana pengantin wanita lebih sukar untuk di buat pilihan berbanding pengantin lelaki. Tidak hanya itu, busana pengantin wanita juga boleh di lihat dalam pelbagai warna, dan corak.
Ia pasti membuatkan si pengantin pening untuk memilihnya! Namun anda ada banyak perkara perlu dipertimbangkan. Imej pengantin impian yang diidamkan sejak zaman remaja, kesopanan, harga, saiz, dan pelbagai kriteria lagi. Jadi, di sini kami berikan 5 tips untuk membuat pilihan baju pengantin yang sesuai dengan majlis perkahwinan anda.
1. Tona Warna Yang Sesuai
Anda perlu mengutamakan warna baju yang sesuai dengan tona warna kulit anda dahulu. Pastikan warna baju tidak membuatkan anda kelihatan pucat atau suram. Pemilihan warna yang sesuai menjadikan anda tampil ceria dan berseri pada hari bahagia anda.
2. Ikut Bajet
Pengurusan kewangan sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Kerana kita perlukannya lagi-lagi jika kita bakal melangsungkan perkahwinan. Tetapkan had harga baju pengantin yang sesuai dengan bajet keseluruhan majlis perkahwinan anda. Sebaiknya jangan menghabiskan terlalu banyak duit semata-mata untuk baju yang hanya dipakai pada hari majlis perkahwinan itu sahaja.
3. Jadi Diri Sendiri
Seeloknya pilihlah baju dengan reka bentuk yang menyerlahkan keperibadian anda. Biarlah ia reka bentuk baju yang sesuai pada mata permandangan semua yang melihat. Namun, jika rekaan tersebut mungkin membuatkan anda merasa janggal, kekok atau sedikit malu. Pilihlah mengikut naluri peribadi anda.
4. Mengikut Tema Majlis
Tema sesuatu majlis bukan sahaja menentukan warna, malahan juga jenis rekaan baju pengantin tersebut. Contohnya, majlis bertemakan tradisional Melayu, baju pengantin songket adalah lebih sesuai digayakan.
5. Biar bersesuaian
Pastikan ukuran dan rekaan bentuk baju pengantin yang dipilih sesuai dengan badan anda. Seringkali kita nampak sesuatu rekaan baju itu cantik dan anggun digayakan oleh model atau patung pameran, tetapi belum pasti ianya sesuai dengan badan anda. Rekaan dan ukuran yang sepadan dengan badan anda boleh menampakkan anda lebih kemas dan anggun. Biar lah pemilihan baju itu selesa untuk dipakai sepanjang majlis perkahwinan anda nanti.